damdiduuu

Sunday, June 10, 2012

untuk Riyan :(



mungkin sebab aku tak ada adik lelaki
bila aku mula kenal dia
aku rasa dia ni macam seorang adik.
perlukan teman
perlukan nasihat
perlukan teguran
perlukan pujian
perlukan bimbingan.

aku senang dengan kehadirannya.
dia tak banyak kerenah
tak banyak ragam
tak terlalu menekan
senang didekati
mudah dibentuk.

aku tak banyak duit atau kesenangan yang boleh ditawarkan
cuma sekadar berkongsi serba sedikit apa yang ada
keceriaan dan keriangan yang biasa²,
membayangkan apa yang aku perlukan
pada masa aku di usianya.

masih aku ingat
gig skin/punk di 1 Cafe Pudu
mungkin awal 2009.
bila diajak skanking
dia enggan.
malu konon!
ingat senang nak skanking dengan si photographer?! :p

waktu menjaga gig di Paul's Place
dia memang menyenangkan.
semua dipermudahkan :)


di Paul's Place lewat satu gig
gambar aku dirakamnya


kemudian dirinya sendiri
:)

dalam batasan hala tujuan,
masa,
kerja,
kecenderungan,
jalan kita yang tak bertindih.
ada hasrat yang nak diusulkan
ada hajat yang nak disampaikan
ada cerita yang nak dikongsikan
ada sapaan yang nak dimanjakan
ada usikkan yang nak menguji.

setulusnya
ada rindu jauh di sudut hati
rindu yang mendoakan
rindu yang mengharapkan yang baik²
rindu yang tak kesampaian



kesempatan ini terlalu singkat
moga kita selalu sayang menyayangi,
meraikan kehadiran
dan mendoakan pemergian.

Al-fatihah
tenanglah sedih ini
kerana tempatnya kini di sana.




0 orang ckp 'shut up u!':

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...