notis tutup di taska Alice
Rabu 20 Jun 2012
pukul 1 tengah hari
mommy dapat panggilan
daripada pengasuh di taska.
katanya taska diminta tutup oleh Kementerian Kesihatan
sebab ada 5 orang kena penyakit mulut, tangan dan kaki.
sebenarnya taska dapat notis tutup
pada Jumaat lepas
tapi mereka tak mahu tutup.
tapi hari ini sebab 'orang kementerian datang'
mereka terpaksa telefon penjaga
untuk jemput anak² awal daripada taska
dan kemudian taska hanya akan dibuka semula minggu hadapan.
simptom
mommy perasan baby Alice batuk² dan selsema.
takut juga kalau batuk disebabkan HFMD.
kalau² ada ulser dalam mulut.
sebelum ini
pada tahun 2011 kalau tak salah mommy
memang ada seorang baby di taska Alice terkena penyakit tu.
air liur meleleh²
ingatkan sebab nak tumbuh gigi.
bila periksa ada ulser dalam mulut.
mommy jemput Alice lebih kurang pukul 2 petang.
selepas ke pejabat daddy
dan beli barang lebih kurang
kita balik dan Alice pun nap selepas mandi.
semuanya biasa saja.
pertama kali Alice naik trolley macam ni.
peringatan! lepas ni tak boleh lagi!
bahaya! trolley tak bersih!
sampailah selepas bangun daripada nap
Alice mula meragam.
tak mahu makan
tak mahu minum air
cuma nak menyusu dan menangis.
dari situ mommy perasan suhu badan Alice tinggi.
Alice demam
:(
macam biasa bila demam
Alice lebih kerap dimandikan,
ditampal cool fever di dahi dan ketiak,
kemudian rambut, ketiak, badan, tapak tangan, tapak kaki dibasahkan dengan air
sewaktu Alice tidur.
HFMD
bila Alice dah demam
kita bimbang sangat² kalau Alice terkena HFMD.
daddy pun google untuk cari lebih maklumat.
alhamdulillah
tak ada bintik² merah di tapak tangan atau kaki Alice.
tq daddy!
daddy la tempat kita berharap
:)
Khamis 21 Jun 2012
Alice dimandikan pukul 6 pagi dan 8 pagi
tapi suhu badan masih tak turun²
:(
alhamdulillah
menjelang pukul 1 petang
suhu badan Alice bernasur normal.
syukur sangat²!
:)
Jumaat 22 Jun 2012
nak dijadikan cerita
malam tu mommy dan daddy best² makan nasi
lauk black pepper shrimp dengan telur.
sambil makan, daddy suapkan Alice makan telur.
tak tahu di mana silapnya
malam itu Alice mula gatal²
pipi dan mata merah² digaru
dan timbul ruam pada leher dan dada.
kita suspek Alice mungkin allergic pada black pepper.
yang paling peliknya
Alice tak banyak kerenah terus tidur.
ajaib!
selalunya Alice ni kalau nak tidur
mahu disusukan sampai lena.
ni susu pun tak mahu.
terus saja tidur.
risau juga mommy kalau Alice pengsan :p
malam itu dalam pukul 2 pagi
mommy perasan badan Alice dah panas semula.
demam lagi!
kali ini lebih mencabar
suhu sampai 38.6!
Alice dimandikan lagi pada pukul 5 pagi.
seharian mommy risau
sebab kita plan nak bawa Alice balik JB petang nanti.
perlu ke kita batalkan?
waktu demam pun banyak kerenah :p
alhamdulillah
Jumaat tu demam Alice beransur sembuh.
mommy dari masa ke masa setia check dahi Alice
tertanya²
bila agaknya suhu nak naik semula.
alhamdulillah
tak ada demam lagi.
boleh balik JB jumpa atuk dan nenek
:)
Ada sebuah pusat jagaan kanak-kanak terkenal di KL juga diarah tutup oleh KKM sebab kes HFMD. Alhamdulillah telah dibuka semula. We at Smart Living can help to solve the HFMD problem at your premises, fast, safe & save. Contact me at normala@smartliving2u.com
ReplyDeleteboleh tak saya nak email personnaly?
ReplyDeletesaya Dr Safiya dari USM tgh buat kajian ttg kesusahan parents bila taska anak ditutup kerna hfmd.
saya berminat nak tau pengalamn puan
email saya:
safiya_amaran@hotmail.com