damdiduuu

Saturday, June 23, 2012

balik JB: jom!

pagi tu 5.30 pagi dah terjaga.
biasa la waktu menyusu Alice.
bila ditanyakan pada abang
selepas subuh kita gerak.
alhamdulillah semuanya dipermudahkan.
dalam pukul 7 pagi dah terang di highway.
jalan lengang.
angin agak kuat
tapi semuanya selamat.
berhenti di Ayer Keroh dan Machap
isi minyak dan sarapan.


Machap - abang nak mee kari telur puyuh kot?


budak kecik yang sentiasa happy sana sini

sampai di Kempas
mak baru balik kerja rasanya
masih mengantuk dan letih.
sempat la berbual itu ini dengan mak :)
Alice baru bangun tidur
dari semalam tidurnya asik terganggu
nak tidur saja dah kena bangun.
sian dia :)

abang sempat la lelap sekejap.
Alice? merayau sini sana, ambil itu ini, belajar macam²
mommynya la yang puas mengejar.
di rumah nenek ada banyak kucing.
kucing aunty Aisyah.
mujur kucing lari sebab takut strangers
kalau tidak, tak tahu apa baby Alice buat dengan kucing² yang gebu dan cantik tu!
:p


dah lama tak turun Danga Bay
:)


sempat shopping moping kat CS
alhamdulillah
:)


danga city mall

jalan² pusing town
petang kita keluar jalan²
Danga Bay, CS, Danga City Mall, area Anjung.
malamnya ingat nak bawa mak keluar makan
agaknya mak dah penat sangat
tak ada rezeki kali ini.
kita makan di rumah saja.
mak punya asam pedas sumpah best!
tak pedas sangat, cukup asam, cukup manis, cukup semua.
air tangan ibu :)

malam nak ke mana² pun dah penat.
rehat di rumah saja.
tak sangka pukul 1 pagi mak bangun buatkan kerepek pisang
(macam mana la tidur kayu boleh tak sedar!)
punya la banyak kerepek mak buat
sedap² pulak tu!


dong² chey
suka hati main nenek punya penimbang
:p


daddy ajar usik meow


satu hari main sana sini
malam terus tidur dengan amannya!
:D

0 orang ckp 'shut up u!':

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...