damdiduuu

Monday, June 4, 2012

cuti birthday Agong

2 Jun 2012, Sabtu
cuti birthday Agong.
nak dijadikan cerita
nursery Alice boleh pulak tunda cuti tu
ke hari Isnin
sebab dalam sebulan cuma Sabtu pertama yang diorang cuti.

aku?
mixed feeling.
tak seronok kena cuti
lebih² lagi minggu yang nak shooting.

seronok dapat luangkan masa dengan baby Alice.
just the 2 of us.
kita boleh main
boleh sepah
boleh nangis (kalau daddy ada nanti daddy marah!) :p
boleh sayang²
boleh manja²
boleh mandi, feed dan tidur banyak² kali dalam 1 hari :p

yang aku perhatikan
Alice dah besar.
dah bukan baby lagi.


saya suka makan keledek ungu!
sampai comot²!
terima kasih daddy belikan keledek ungu
& lenyek best² untuk Alice.
daddy Top Master Chef kita!
:)

arah tujuan
Alice akan tunjuk dengan jari telunjuknya
apa² yang dia nak
apa² yang dia suka
mana² yang dia nak pergi

climber
bila dah banyak tempat yang dia boleh pergi
Alice jadi lebih berani
suka panjat tempat yang tak boleh sampai.
berdiri atas ride on car
untuk panjat meja.
panjat side table untuk ambil barang² yang tak tercapai.
apa yang tak boleh
akan diusahakan!

idea idea idea
sejak dah mula berjalan
Alice sangat aktif.
idea tak pernah kering
pergi sana sini
main ride on car
ambil buku di rak
main helmet
koyakkan buku dan majalah
gigit cd antivirus
baling² bola
main teddy bear
bawa paper bag goyang²
cuba pakai snow cap daddy
tengok tv waktu ada muzik best²
pergi dapur selidik semua laci
pergi stor main cup, teddy yang disimpan
cuma satu saja yang ALice tak buat:
duduk diam setempat o_0

dj Alice in the house, say yeah!

sambil buat itu ini mulutnya ada saja bunyi
kadang² yang difahami
kadang² bunyi pelik².
ketawanya, senyumnya, kata²nya semuanya menghiburkan hati
:)


kecik² lagi suka baca buku mengandung!
sebab buku ni tebal
best bila angkat, selak² flip page dan campak² sana sini :p
Alice ketawa siap nampak gigi atas baru nak tumbuh
:)

salam
ya, aku memang terasa hati
bila dah kita cuba ajar Alice salam cium tangan
Alice ambil masa untuk buat.
tapi bila pengasuh di nursery ajar salam
cepat saja dia dapat.
dia buat.
siap dapat kiss kat pipi sekali!
tensen tak?

alhamdulillah
aku memang suka pengasuh Alice yang sekarang ni.
banyak perkara dia ajar Alice
dan Alice manja dengan pengasuh ni.
alhamdulillah, moga Alice terpelihara
dan dikurnia segala²nya yang terbaik.
syukur!

pis pah tapi bukan anarcho!
hahahaha Alice dah letak nama
pada dia punya 'pah'.
'pah' tu bunyi kiss Alice.
nak tau apa nama 'pah'?
bukan kiss tapi 'pis' :D

aku cakap pada Alice 'salam'
Alice pun salam dan cium tangan.
waktu tangan aku masih dipegangnya
Alice kata 'pis'
dan tangan aku diciumnya.
kadang² bunyi 'pah'
kadang² bunyi 'pis'
comelnya!
:)

aku sangat² beruntung kerana dikurnia nikmat yang tak terharga ni.
moga Alice membesar dengan selamat, dilindungi dan sentiasa diberkati rahmatNya.
syukur.
alhamdulillah
:)

0 orang ckp 'shut up u!':

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...