damdiduuu

Sunday, June 24, 2012

balik JB: sekejap sangat!

esoknya kita gerak balik.
nak duduk lama² pun tak ada cuti.
tak sempat pun jumpa abah dan adik².
mak tak payah cakap
macam² bekal dah siap pack awal² :)
aunty Aisyah siap belikan kek coklat kukus.
selalu kita kat rumah tak makan sangat
tapi bila rasa
pergh! punya la nikmat kek tu! :p
tq aunty Aisyah!
:)


bukan main suka budak kecik ni!
:)

oh ya
aunty Aisya bercadang nak beli rumah
dan juga bertunang tahun ni.
semoga semuanya dipermudahkan :)

kisah kita
tersentuh juga bila balik JB ni
mak dari dulu kerja kuat
katanya masuk Ogos ni
dah 20 tahun mak kerja di tempat yang sama.
teringat pada arwah mak
yang juga sama² gigih cari rezeki untuk anak².
situasi berbeza
kecekalan, kasih sayangnya tetap sama :(

waktu membesar
agak mendukacitakan juga
bila arwah mak hari² keluar bekerja
dan hujung minggu menjaga (arwah) nenek di kampung.
sunyi dan rasa kurang
yang sama juga agaknya yang dikongsi
oleh adik beradik aku
dan adik beradik abang
yang dah biasa ditinggal²kan.

betapa besarnya sumbangan Aisyah
bila adik² masih sekolah
dan mak yang bekerja kuat.
moga diberi kekuatan, keberkatan, kesenangan dan kegembiraan untuk kita semua.

*Al-Fatihah untuk arwah mak & nenek :(


Menara Taming Sari


Alice suka jalan pegang payung

dari JB kita singgah di Melaka.
macam biasa bila kita ke Melaka budak² Melaka entah ke mana.
macam lahanat tak? :p
kita jalan² saja
sempat juga makan asam pedas
(yeah, asam pedas mak masak lagi best!)
dan belikan baju batik untuk Alice
dekat² dengan Menara Taming Sari.


Hilmiey masuk wad
tapi aktif main sana sini!
:)

tak lama.
kita dapat berita Hilmiey masuk wad.
syukur abang drive dengan selamat
jalan pun alhamdulillah lancar
tak ada traffic jammed.
terima kasih untuk abang
walaupun penat
masih digagahkan lawat Hilmiey di Puteri Ampang.
tq tq tq!
ni yang buat bertambah sayang ni :)

0 orang ckp 'shut up u!':

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...