damdiduuu

Thursday, January 17, 2013

perkembangan bayi: Alice 20 bulan 3 minggu


Alice waktu baru pandai pakai seluar.
terus berkobar² nak pakai seluar.
pantang jumpa seluar terus nak sarung
jadi berlapis².
seluar mommy pun pernah dia rembat sekali :p
masa ni Alice suka seluar Gap hitam putih ni.
pakai dress pun nak pakai seluar panjang lagi
o_0

makan rasuah
datang jemput Alice di nursery
mommy nampak Alice main belon.
Alice sorang saja main belon.
budak lain tak ada belon.
bukan main suka lagi dia.

pengasuh beritahu mommy
kalau Alice duduk diam
nanti pengasuh bagi belon.
bukan main diam lagi dia duduk atas mat :p
kalau tidak asyik nak panjat rak buku la
itu la
ini la.
mommy faham sangat.
Alice mana boleh duduk diam.
nak kena rasuah rupanya.

mommy salutes kat pengasuh
yang ada banyak trick untuk handle kanak²
:)

onom nom nom
pasal makan
sampai sekarang Alice masih minum susu ibu.
bila dipam, susu dah makin berkurang.
malah bila bawa Alice jumpa paed
doktor pakar kanak² pun tanya
'ada susu lagi?'
bila mommy beritahu Alice minum susu ibu.
memang niat nak berhentikan menjelang lagi 3 bulan.
bekal susu Alice ke nursery pun nak kurangkan berperingkat².
menyusu direct tak apa
ikut suka Alice
cuma mommy tak pelawa
tunggu saja sampai Alice minta.

Alice mula makan banyak.
tak la banyak mana
tapi lebih banyak daripada dulu.
dulu macam pengenalan kepada makanan
sekarang dah nak mula makan kenyang².

selalu daddy masakkan untuk Alice khas makanan yang tak pedas.
tapi waktu kita makan
Alice selalu nak mintak suap
makanan yang ada dalam pinggan daddy :p
yang pedas.
cakap pun tak guna.
suap la saja.
bila dia dah rasa sendiri pedas
baru makan makanan yang mommy suap dari pinggan dia sendiri.
pinggan katak hijau Ikea :D

ikut mommy kalau boleh satu suap
biar semua campur²
ada nasi
ada protein
ada sayur
tapi bukan setiap kali boleh jalan.
daddy kata Alice tak suka campur².
kalau ikan, cuma nak ikan saja
kalau sayur, cuma nak sayur saja
kalau telur, cuma nak telur saja
ada bawang dalam telur dadar pun Alice dah terganggu sikit.
asing² macam tu Alice lagi makan banyak.
betul la cakap daddy.
daddy
pandai!
:)

nama saya
kebelakangan ini kita ajar Alice
bila tanya 'kakak, what is your name?'
jawapannya 'Nur Alicea Zara'
cuma kita yang faham bila Alice dengan bersusah payah jawab 'nu aia wua'
itu pun kena tunggu sampai Alice betul² beri perhatian
kalau dia tengah sibuk
jagan harap dia nak jawab apa².

bedak Alice dah nak habis
dia asyik cakap 'habisssss' tiap² kali pegang botol bedak.
botol tu cuma ringan, bukan isinya habis.
bila dah beli yang baru
cuma dapat botol kecil
jadi mommy beritahu Alice
yang besar tu mommy powder
yang kecil baby powder.
baby sayang mommy
baby powder kisses mommy powder.

Alice pun kiss²kan bedak² dia :D

tengah dia sibuk kiss²
mommy tanya 'What's baby's name?'
Alice tak jawab sebab dia sibuk main.
mommy tanya dalam Bahasa Melayu
'Siapa nama baby?'
nak tau Alice jawab apa?
Alice bukan bagitau nama baby
tapi Alice jawab 'Yay!'
sama macam bila kita tanya
'Siapa nak brush teeth?'
'Siapa nak drink milk?'
boleh pulak dia bagi jawapan sama bila kita tanya
'Siapa nama baby?'
:p
focus, Alice! focus!
:p


agak ketara yang Alice minta air bila balik dari nursery
selalu nak snacking saja.
malam² waktu tidur pun
boleh habis sebotol air kosong 4oz dia minum.


aik apa fesyen ni


siapa la yang ajar
sorok botol dalam baju
:p

riot
mommy
perhatikan
Alice ni kalau kita marah² dia
dia pun sama naik.
sama ada dia akan menangis jerit²
atau guling² sedih marah
atau sama² marah dan tak puas hati.
jadi kalau ada perkara Alice buat
yang mommy tak suka
mommy diam saja.
(berbeza sekali dengan selalunya mommy banyak cakap lembut² baik² happy² dengan Alice)
bila tengok mommy diam
tak pedulikan dia
nanti Alice buat kerja dia sendiri
main sorang²
tak lama lepas tu
dia datang kat mommy senyum²
kiss pipi mommy.
kiss
banyak² kali
:)

cara macam tu lagi berkesan
dia tau dia buat salah
dia sendiri datang minta maaf.

kalau marah²
mommy yang penat nak kena pujuk dia nangis berjurai² air mata :p

kalau marah sangat
mommy cuma bagi Alice 'the look'
nak lagi dramatik
cekak pinggang sikit
tapi senyap saja
tak kata apa².
Alice takut habis la masa tu.
dia jeling mommy sekilas je
lepas tu cepat² pandang tempat lain.
main sama daddy.
tak datang kat mommy.
tak cakap apa² kat mommy
sebab mommy marah Alice.
aman sikit hidup mommy :p
tak lama lepas tu Alice datang la balik senyum² tu nanti
:)

potty dance
oh ya agaknya perubahan terbesar
ialah Alice dah mula potty train.
(Baby Love potty trainer kat Tesco RM6.90 sahaja)
kita tak la paksa sangat.
tak bawa dia duduk atas potty setiap 2 jam pun.
tak juga tanya dia nak wee wee setiap 2 jam.
ikut Alice saja.

bila nak wee wee nanti Alice beritahu
dan terus panik nak tanggal seluar dan pampers cepat².
kena tenangkan dia
kena bagitau 'Mommy helps you, mommy waits for you'
pada hal bila dah duduk atas potty trainer
tak de pun terus terbarai :p
ambil masa dalam 2 minit juga nak tunggu dia wee wee
sambil kena pesan banyak² kali
tangan pegang lulut
kalau tak habis semua dia nak main ...

macam tengok kat Supper Nanny
lepas potty session
kalau berjaya ada potty dance
tapi mommy setakat clap hands dan cakap bagus kat Alice
untuk beritahu dia itu satu pencapaian yang baik :)
Alice pun suka bila kita layan dia dengan penuh excitement!


budak kecik tak boleh duduk diam

hmmmm
agaknya dah boleh ke Alice terima adik? ...

0 orang ckp 'shut up u!':

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...