zaman gemilangku.
siapa lebih comel - aku atau budak Alice?
tolong jangan jawab tayar kereta, boleh tak?!
hai!
nama aku beg.
aku sebuah beg.
aku diperbuat daripada plastik lutsinar tanpa warna.
asalnya aku adalah beg kasut.
itu cerita lama.
punya la lama sampaikan aku tak ingat lagi
mana satu kasut yang pernah aku begkan (ada ke perkataan ni?!)
tapi kalau tak salah aku
isi perut aku yang asal ialah
kasut lembu berwarna oren.
(ada logik lembu warna oren?!)
awal bicara
aku telah dibeli oleh seorang emak saudara
yang telah menghadiahkan aku
kepada anak saudaranya.
nak harap emak budak tu
tunggu warehouse sale je memanjang.
warehouse sale mana ada jual barang high end macam aku ni.
bapak budak tu ada jugak belikan budak tu barang branded
tapi tak sekerap mak² saudara budak tu.
dipendekkan cerita
tersimpan la aku di dalam drawer Ikea
di bilik budak kecik tu.
Alice namanya.
ada masanya aku diperkasutkan
ada masanya aku diperkosongkan
tapi memang aman
sebab aku duduk di drawer paling atas.
penghuni drawer bawah sekali yang selalu pasrah
bila dishuffle sesuka hati
oleh budak kecik yang bernama Alice tu.
ternyata aku sangat berharga dan dihargai
kalau tidak tentu emak budak Alice simpan aku kat bottom drawer
dan kasik Alice main ikut suka hati dia
kalau terjatuh bawah cot ke mana
minggu depan baru jumpa
itu pun kalau rajin menyapu lantai
:p
kerjaya baru
prime time hidup aku
ialah setelah aku bertukar kerjaya
daripada beg kasut
kepada beg susu.
bukan sebarang susu
tapi susu ibu untuk bekal budak Alice tu ke sekolah.
aku memang beruntung
sebab merasa berkhidmat sebagai beg susu.
bukan sebarang beg yang boleh jadi beg susu.
kalau ikut²kan
kat rumah budak Alice tu memang ada beg susu.
2 lagi!
satu beg susu besar gedabak
biasa la 1st time parent
beli main sauk je
lepas tu baru complaint barang tak efisyen :p
sampai ke SaraKids Shah Alam mak budak Alice tu
pergi beli beg susu kedua
(FYI: sekarang SaraKids kat Puchong).
beg susu tu kecik sikit
ngam² sui untuk 2 ice packs
dan 6 botol susu.
itu pun beg tu cuma kondusif masa dulu².
waktu budak Alice tu diletak di taska yang tak ada peti sejuk.
bila dah tukar taska yang bagus sikit
yang ada peti ais
dan baby² lain pun minum bekal susu ibu
dah tak perlu guna ice pack
sebab 5 minit je perjalanan
dari rumah ke sekolah.
kalau tekan minyak lebih sikit
2 minit dah sampai
(mak Alice pesan jangan bagitau bapak Alice, tau!)
untung sabut timbul
nak dijadikan cerita
(dah jadi cerita dah pun kan!)
satu hari mak Alice tengok
beg susu tu dah koyak rabak!
selalu cuci dalam washing machine elok saja keluar cantik dan wangi
kali ini entah mana silapnya
boleh terkoyak sampai dah tak boleh guna lagi.
eh apa asyik cerita hal dalam kain orang ni.
baik cerita pasal aku.
aku kan hero cerita ni!
kisah hidupku
selepas terkoyaknya beg susu tersebut
mak budak Alice pun kelebak satu rumah
(p/s: kelebak ada dalam kamus dewan edisi 4) :D
cari apa barang yang boleh menggantikan beg susu yang lama.
jagan harap la mak Alice nak terus beli baru
selagi dia tak cuba impovise barang lain
bagi menggantikan barang asal.
tak ada rotan, akar pun berguna katanya.
tak tahu la pulak
kalau dulu² mak budak Alice pernah kena sebat dengan akar :p
cari punya cari
terjumpa la dengan aku yang comel lote ini.
tanpa belas kasihan
kasut lembu oren pun dibiar tanpa protection.
itulah kali terakhir aku melihat kasut lembu oren tersebut ...
my time to shine
lupakan kisah sedih!
kita pandang ke hadapan
(sibuk nak pandang monitor orang sebelah apa hal?!)
aku amat teruja dengan tugas penting ini.
kapasitiku yang kompak
berjaya memuatkan 4 botol susu
dan 3 buah puting botol yang diisi dalam beg plastik kecik bagi tujuan menjamin kebersihan.
punya la nak bersih sampaikan beg plastik untuk isi puting ditukar setiap hari.
tak mesra alam langsung! :p
aku sanggat bangga menjadi beg susu
sebab kandungan isi perut aku saban hari amat berharga!
nilai susu ibu tu tiada tandingannya.
susu ibu buat budak Alice jadi sihat, manja, pandai,
tak la asyik sakit dan meragam
(lepas tu mak bapak pulak yang sakit & meragam!).
yang paling aku bangga
budak Alice sendiri sayang sangat dengan aku.
walau pun ada beg sekolah berjenama yang mahal
(mak budak Alice asyik cakap 'sekerombot')
pink color lagi pulak tu
tapi budak Alice masih sayang aku berbanding beg² lain
atau barang² lain.
setakat beg pink comel tu
daddy dia bawakkan pun tak apa lagi.
tapi aku?
mesti budak Alice nak bawa sendiri.
siapa tak bangga beb?!
aku sendiri tak boleh nafikan kecantikan semulajadi diriku ini
sampaikan ada mak bapak yang lain
bila nampak budak Alice jinjing aku dengan sepenuh kasih sayang
dikatanya pada budak Alice
'amboi, macam nak pergi shopping!'
well, don't hate me coz I'm beautiful!
manusiawi
walau bagaimana pun
andainya aku ini celebrity Hollywood
boleh la aku buat plastic surgery
amalkan regim senaman yang ketat
dan makan diet yang extrem pelik.
namun aku hanyalah sebuah beg.
free pulak lagi tu.
aku diciptakan sekadar untuk melindungi kasut kecil yang ringan
dan bukan untuk diperbegkan semahunya.
sampai masanya
terkoyak plastikku
terbuka jahitan sambunganku
dan rupa pun dah tak berapa nak market.
sekali lagi
mak budak Alice cuba mencari galang gantiku.
awalnya disanjung juga diriku walau koyak sana sini
tapi lama² kata mak budak Alice
ini tak selari dengan imej kendiri budak Alice yang cuba dibina sedari bayi
lalu aku redha ...
walau dah koyak rabak sana sini
budak Alice masih suka bawa aku.
I love you, Tuan Hamba Budak Alice!
tengok, cantik bergaya je kan?
tak ada silap mana² pun yang aku nampak.
korang ada nampak?
silap mata la tu!
what the ...?!!!
yang aku tak puas hati tu
ada ke patut mak budak Alice gantikan aku
dengan beg bunga telur orang kahwin?!
imej la sangat!
alasannya itu je beg yang ada kat rumah.
hari tu jugak mak budak Alice mengular
pergi Tesco cari beg lain.
last² jumpa di Mr DIY kat mezzanine floor Tesco Mutiara
beg harga RM2.30 gantikan aku.
RM2.30?!
apa barang?!!!
eh ... aku ni free eh, dapat sebab beli kasut eh?
well, tak apa
harga diriku tinggi ... wutever!
apa² pun
aku bangga bergelar beg susu.
aku ikhlas dalam menjalankan amanah sebagai pengangkut cantik
untuk budak Alice.
aku telah mengahabiskan usia mudaku
zaman primeku
dengan bakti setia tanpa berbelah bahagi.
aku transparent
mak budak Alice tak pernah terlupa nak isi puting botol
sebab senang nak tengok isi perutku.
aku kalis air
boleh masuk terus dalam peti ais.
saiz aku pun kompak
itu yang membuatkan aku jadi kesayangan budak Alice.
masa aku dah berlalu.
dah aku pergunakan sebaiknya.
yang korang ni macam mana
masa kerja baca blog apa cerita?!
nak kena ganti dengan beg yang lagi murah?!
APTB!
beg RM2.30 beli kat Mr DIY Tesco Mutiara.
ini pun lepas puas mak budak Alice cari
barang lain yang beli boleh dapat free beg transparent
:p
aku tetap mendoakan kebahagiaan budak Alice
walau tanpa beg lutsinar di sisi.
berani cakap beg baru lagi cantik daripada aku?
nak kena tampar?!
update: sampai sekarang beg ini masih tergantung di dapur.
tunggu sampai kena tegur dengan bapak budak Alice la
baru nak kena buang beg tu.
ada arkib untuk beg susu tak?
mana tau satu hari nanti budak Alice jadi kaya ternama ...
0 orang ckp 'shut up u!':
Post a Comment