damdiduuu

Wednesday, January 2, 2013

Alice masuk sekolah


hari pertama sekolah tahun 2013.
hari ini Alice pakai baju Kiko
mommy nyanyi 'K I K O, Kiko'
Alice pun nyanyi sama 'Ko o ko o'
:p

tajuk tak nak kalah :p
sebenarnya mommy dah carikan sekolah untuk Alice
sejak tahun lepas lagi.
agak kecewa juga
bila kebanyakan tadika
cuma terima pelajar paling muda 3 tahun.
malah ada nursery yang cuma terima baby 18 bulan ke atas.

mommy ada satu sekolah yang paling mommy suka.
dah niat nak hantar Alice ke sana
bila dah masuk 3 tahun pada 2014.
tak disangka² baru² ini ada pulak cawangan baru dibuka
dekat dengan rumah.
jadi buat masa ni mommy masih pertimbangkan lagi sekolah² lain.
paling lewat insya Allah dalam bulan 6 ni
nak daftarkan Alice dah
sebab nak dapat early bird discount :D

survey
sebenarnya mommy berbelah bahagi juga.
daddy nak masukkan Alice kat sekolah Cina.
mommy tak ada halangan
cuma mommy nak Alice ada pendedahan dalam bab² agama dulu.
ada juga yang kata
yang paling afdhal kita ajarkan anak² kita mengaji selepas Maghrib
tak perlu nak tadika montesori Muslim yang mahal².
kalau boleh mommy nak Alice ada asas
dan mualim/ mualimah boleh ajar apa yang mak bapak tak dapat nak ajar
serta pendidikan tak terhenti setakat kat sekolah saja
atau ada had² umur.

lagi satu perkara yang buat mommy berbelah bahagi
ialah Alice dah ada favorite teacher dia sekarang ni.
memang ketara sangat
bila sebut saja nama teacher tu
terus bercahaya muka dia
senyum dan bukan main ceria dia bercerita :)

mommy sedar peranan cikgu sangat besar dalam pendidikan anak²
bukan setakat grapan kurikulum saja.
macam mana bagus pun misi, visi dan management sekolah tu
masih bergantung kepada personaliti guru yang mendidik anak².
kita sendiri pun masa sekolah dulu
kalau cikgu tak best je
mula la tak score subjek tu kan :p

memang tak ada pilihan lain
tapi kena tengok waktu pembelajaran pada hari² biasa
dan kenal dengan cikgu yang bakal mengajar
(pengalaman pahit bila jumpa dengan pengetua semua cerita bagus²
bila jumpa orang yang mengadap hari² baru keluar macam² isu!)


moga² Alice selalu ceria, selamat, sihat dan
suka belajar, tambah pengetahuan tak jemu²
:)

jadi tahun baru ni
Alice masih di sekolah lama.
kalendar baru - Alice dah masuk 2 tahun.
setakat ini mommy tengok Alice conteng² buku sampai tangan tercalit² dakwat pen,
buat fruit salad, warnakan rabbit, buat topeng cow
dan beberapa art projects lain.
mommy pun tak berharap sangat
sebab sekarang Alice baru nak masuk umur 2 tahun
tapi aktiviti² yang Alice buat kat sekolah sebelum ini
mendorong kita untuk buat lagi aktiviti menarik kat rumah pulak dengan dia
:)

kakak, mommy akan kerja sungguh²
dapatkan rezeki yang berkat untuk kakak
duit yang cukup untuk beri kakak pendidikan yang baik
dan lifestyle yang kondusif.
mommy sayang kakak.
daddy pun sayang kakak.
kita sama² nak yang terbaik untuk kakak
di rumah, di sekolah, bila kita jalan² sama²
atau waktu kakak sorang² fighting your own battle
waktu sekarang ni
sampai la dah tua nanti
:)

0 orang ckp 'shut up u!':

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...