damdiduuu

Monday, January 14, 2013

Oral Thrush In Baby

hari Sabtu mommy perasan ada tompok putih
pada bibir bawah
Alice
bahagian dalam.
macam bibir kering.
bila disapu tak hilang
memang bibir tu yang bertompok putih.
menjelang malam, dah berkurang.
esoknya ada lagi.
hari Ahad pead on call.
mahal kalau nak panggil ke hospital.

risiko
mommy pesan pada daddy
tengokkan kat tangan dan kaki
ada bintik² merah tak.
takut terkena HFMD.
tak ada bintik.
demam pun tak ada.
tompok putih makin berkurang menjelang malam.


main kuda depan gambar kuda kat dinding :D
walau mulut ada putih²
tak ada perubahan selera makan
atau demam
atau meragam
atau apa² perbezaan.
Alice aktif dan nakal macam biasa
:p

mari pergi!
pagi Isnin makin banyak putih²
dah merebak pada tepi dan atas bibir.
terus mommy bawa Alice ambil ubat.

sama macam yang kita jangka
paed tanya ada demam
dan periksa kalau ada bintik² di tangan dan kaki.

katanya ini jangkitan kulat.
memandangkan Alice masih menyusu badan
maka ada kemungkinan kulat datang dari mommy
jadi mommy pun kena letak ubat juga.


kereta rosak, kak?


tolak kereta sendiri, nampak?
:p

tangkal
paed beri
satu ubat sapu yang selamat untuk disapu dalam mulut Alice
(mommy pun kena guna ubat sapu)
satu ubat makan
dan satu ubat titis.
ubat titis jika perlu
sebab kalau putih² tu ada banyak
nanti baby sakit.
ubat titis untuk tahan sakit.

follow up
malam itu daddy rebuskan semua botol dan puting botol Alice.
tq daddy!
ada kemungkinan jangkitan daripada botol.
selepas ini kita gunakan botol yang bertutup
lebih kerap cuci dan ganti, guna botol yang bersih.
sama juga dengan sippy cup dan berus gigi.
boleh jadi punca jangkitan.


tak cukup main kat sini
siap pergi klinik lain lagi


kat sebelah ni ada kerusi
dan kerusi roda
:D

natijah
bila Alice sakit
jadi satu amaran pada mommy dan daddy
untuk lebih tingkatkan penjagaan kebersihan.
macam dulu waktu Alice kecik
ada ruam dan kulit boleh terkena jangkitan.
jadi bedung dan baju yang guna di nursery
balik rumah kita terus salin, tak guna di rumah.
balik dari nursery mandi bersih²
dan ganti baju bersih.
selepas tu memang nampak perbezaan ketara.
kesihatan Alice jadi jauh lebih baik
:)

alternatif
ya memang ada jauh di sudut hati
niat nak sapu Bonjela saja pada mulut Alice
tapi sementara kita masih boleh bayar bil hospital
ada kesempatan untuk bawa jumpa doktor pakar kanak²
kita usahakan dulu.
takut² kalau tak bertambah baik
kita balik yang susah hati
menyesal, kenapa tak dapatkan rawatan awal.
kenapa nak bagi baby tanggung sakit.


seluas² alam
punya la banyak kerusi
bila mommy suruh kakak sit down
kakak panjat meja kaca,
duduk atas meja
dan baca surat khabar Cina
:p


lepas baca surat khabar Cina
layan majalah pulak


eh dah panggil nama saya ya

bil hospital: RM122.20
parking: 8.41 - 10.12am RM3.70
ubat pertama makan dan sapu dalam pukul 10 pagi
6 petang ambil Alice dari nursery dah nampak makin beransur pulih.
menjelang esoknya dah hampir hilang semua putih² :)

ya Allah, berikanlah kami kesihatan, kesenangan dan kebahagiaan yang berpanjangan
:)

p/s: Alice 1 tahun 8 bulan
berat 10.1kg
bila dah mula banyak makan nasi
berat badan tak naik banyak berbanding waktu fully breastfed dulu.

1 comment:

  1. I am grateful for this blog to distribute knowledge about this significant topic. Here I found different segments and now I am going to use these new instructions with new enthusiasm. Veneers Cost Los Angeles

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...