damdiduuu

Tuesday, December 4, 2012

epic: masakan pertama oleh baby Alice!

ok. ok.
tak ada apa² yang epic pun.
sama macam dulu
bila Alice mula menulis
atau pun Alice pertama kali keluar tanpa daddy dan mommy
:p

cuma kali ini
balik dari nursery
kita diberi 3 cucuk buah potong.
kakak pengasuh kata 'Hari ini Alice buat fruit salad'.
Alice?!
buat fruit salad?!
pada umur 19 bulan?!
daddy pun tak percaya bila mommy beritahu :p

Alice makan fruit salad?
makan sikit je.
Alice suka fruit salad?
suka sangat²!
selalunya tiap² kali balik daripada nursery
Alice sibuk dengan biskut kat tangan
nak pegang sendiri beg susu
dan minta nak makan Cheerio sebab lapar.
tapi bila dapat fruit salad
Alice tak peduli yang lain.
fruit salad saja yang dia pegang.
mommy mintak sikit pun tak kasik
(merajuk tau, siap mengadu kat daddy lagi!)
:p


I made fruit salad today!


I made this
red apple, raisin, pear, raisin, green apple, raisin, red apple, raisin ...



nyum! 3 sticks!
all for me!


see this one is so yummy!


I love fruit salad!

p/s: balik rumah daddy patahkan hujung lidi.
tajam, katanya.
bila tanya pada Alice pasal fruit salad
terus bercahaya muka dia
sambil kata 'Cucuk ... cucuk ... cucuk!'
:p

p/p/s: sabar betul pengasuh kat nursery
macam mana agaknya dapat kawal semua budak²
lagi² bila buat aktiviti² yang mengujakan budak².
kudos!
:)

0 orang ckp 'shut up u!':

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...