damdiduuu

Monday, December 10, 2012

aktiviti bersama baby: popia!

sejak hari Alice bawa balik fruit salad dari nursery
mommy teringin sangat nak buat lagi aktiviti masak² main² sama Alice.
biar bagi dia cuba banyak perkara.
biar dia boleh belajar lebih banyak pasal makanan.
biar dia lebih tahu apa yang ada dalam makanan tu.
biar dia lebih terbuka nak makan lebih banyak jenis makanan.
biar dia lebih yakin untuk cuba perkara baru.
biar dia ada lebih banyak aktiviti untuk isi masa lapang.
biar dia ada lebih banyak kenangan manis sama mommy dan daddy.
biar dia lebih gembira :)

mommy sarankan buat sandwich, popia atau salad.
daddy pilih dan belikan bahan².
menu pertama kita kali ini
popia yang daddy dah potong, bersihkan serta celur taugeh dan carrot.
memang mencabar juga
sebab Alice tak tau apa yang kita nak buat.
dia susun² main² ikut suka hati
dan marah² kalau kita beritahu bukan buat macam tu :p
tapi mommy nak enjoy² saja
beri Alice sepah² sayur dan koyak² kulit popia
nak tengok macam mana kreativiti dia
:D


apa² hal pastikan kawasan dah lapik alas
apa² yang tertumpah boleh kutip semula.
semua peralatan plastik
dan letak ngam² saja sayur untuk tahap kesepahan yang minima
:D


susun² sayur atas kulit popia


2 ketul dah siap
lagi on the way
:D


cantik tak?
mommy yang tolong lipatkan kulit popia
:p


tq daddy gorengkan popia
dan buatkan kuah cecah untuk kita
:)


aumm! bukan main berselera makan popia (Alice sebut 'popa')
dengan tengah ride car
sambil watch tv
:p


sayur terkeluar²
:D


thank you daddy ajar kita buat popia!
:)

0 orang ckp 'shut up u!':

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...