Isnin Alice balik dari nursery
tak ada apa² yang luar daripada kebiasaaan.
semuanya biasa² saja.
manja yang biasa.
nakal yang biasa.
minta dilayan itu ini macam yang biasa.
sayang macam biasa.
rindu macam biasa.
geram sama macam macam biasa
:D
cuma malam tu
tengah tidur
mommy rasa macam badan Alice panas.
mulanya mommy agak tu cuma perasaan mommy.
nak sahkan senang saja
kalau Alice sihat, dia berpeluh.
kalau demam, kepala panas sebab peluh tak keluar.
soheh.
Alice demam.
mandikan untuk turunkan suhu
dan daddy tampal Cool Fever di dahi dan badan.
kesian budak kecik tu.
pukul 12 tengah malam kena bangun mandi!
meragam dia!
dan macam biasa bila tak sedap badan
Alice akan minta menyusu lama² sayang².
sampaikan mommy risau sebab Alice menyusu lama sangat
minum susu banyak sangat.
esoknya, dia pun muntah
:p
masa awal demam Alice cranky sikit.
nak menyusu saja.
pagi tu dia ok.
suhu dah turun 37.2 tapi masih belum berpeluh
dan masih agak panas dahinya.
main² manja² sayang² macam biasa :)
(tapi mommy lebih suka kalau Alice sihat waktu mommy cuti!)
Selasa petang
menjelang petang
selepas nap
dalam pukul 4 petang
suhu naik jadi 38.8.
memang mommy perasan suhu badan Alice naik waktu dia tidur
dan bahagian badan yang terhimpit
yang tak kena angin
akan jadi lebih panas :(
jadi setiap kali Alice tidur
mommy basahkan rambut, leher, tapak tangan, tapak kaki
dan lembabkan baju bahagian leher, ketiak dan badan.
bukan apa, waktu kecil dulu senang.
cuma letak Alice atas rubber mat
dan balut kepala dengan kain basah.
lama² suhunya akan turun.
tapi bila dah besar, dah ada pendapat sendiri
Alice tak mahu dibalut kain basah
malah Cool Fever pun tak mahu
(mungkin sebab pedih mata bila tampal Cool Fever kat dahi)
jadi kena la lebih kreatif dengan si kecik ni
:)
Rabu
esoknya masih panas tapi dah kurang.
yang agak panas cuma dahi dan leher Alice.
badannya normal.
terpaksa juga hantar ke nursery
takkan mommy nak cuti lama².
balik dari nursery masih juga belum turun sepenuhnya suhu badan
dan masih belum berpeluh.
Rabu malam
malam sama juga
rutin jagaan budak kecik demam.
namun syukur sangat²!
tengah² tidur mommy terasa suhu badan Alice dah normal.
alhamdulillah!
mommy pun selimutkan Alice
tak mahu kasi dia sejuk
sebab dah nampak tanda² nak mula selsema.
daddy tegur kenapa selimutkan Alice.
mommy happy sangat² jawab 'dah turun dah suhu dia'
:)
Isnin malam demam
Khamis pagi baru baik demamnya.
cuma ada tanda² macam nak selsema.
alhamdulillah
:)
kes terpencil, bukan standard procedure!
mommy mengaku memang tak ada bagi apa² ubat
sebab Alice masih belum masuk umur 2 tahun
jadi tak boleh beli ubat demam off shelve sembarang.
kebetulan kita dapat kesan dari awal demamnya
jadi dari awal kita sentiasa cuba turunkan suhu
demamnya kali ini tak teruk
biar antiboldi Alice sendiri yang stabilkan fisiologi dia.
kadang² Alice muntah semula bila makan ubat
mahal tu antibiotik, ubat demam dan konsultasi pediatrician
dekat nak RM200 kosnya
:p
silver lining
mommy juga bersyukur sangat²
sebab mommy sihat pada masa tu
boleh jaga Alice.
malam Alice demam memang mommy tak dapat nak tidur lena
(sebab tu esoknya nak cuti, tak larat nak pergi kerja).
nak tidur pun rasa bersalah sebab anak sakit
patutnya emak mesti jaga anak sampai sihat!
setiap masa malam tu periksa suhu
basahkan rambut, badan dan baju Alice.
esoknya walau pun di rumah sama juga
tak juga dapat betul² tidur dan rehat.
oh ya mungkin sebab itu bila dah masuk kerja
mommy jadi sakit kepala
walau pun tak banyak kerja dan tak stress.
anak daddy
yang paling ketara waktu Alice demam
dia makin susah nak berenggang dengan daddy dia.
mungkin sebab mommy cuti duduk rumah sama²
sebab itu Alice lebih rindu daddy.
nak berdukung dengan daddy tak mahu turun.
sampaikan bila daddy keluar daripada bilik pun
Alice sedih
boleh nampak mukanya dari ceria jadi muram
dan kemudiannya menangis cari daddy :(
bila ada daddy macam² dia cerita dan main
:)
pagi² masa yang paling indah untuk belajar
Alice suka tengok burung,
dengar burung menyanyi,
cari kucing,
kejar kucing,
jalan² sana sini.
punya la lama mommy nak tunggu
bila la dia ni nak masuk dalam nursery ni?!
:p
(jalan mati, orang ramai parking kereta depan rumah
tapi jalan ni tak sibuk
tak banyak kereta lalu lalang)
kenapa?!
memangnya mommy tak tahu kenapa Alice boleh demam.
kalau hujan selalunya mommy parking bawah atap betul² depan pintu nursery
jadi memang tak kena hujang langsung.
cuma waktu parking di rumah dari car park nak naik atas
mungkin terkena hujan
tapi tiap² kali balik petang
memang mommy dan Alice mandi bersih².
mungkin juga cuaca atau berjangkit dengan kawan di nursery.
tadi pun ada baby demam dan dibekalkan ubat oleh ayahnya.
memang mommy selalu harap antibodi Alice kuat
sementara dia masih lagi minum susu ibu ni!
memang tak sampai hati tengok bila Alice tak sihat.
kesian dan risau saja.
alhamdulillah tak ada yang serius.
moga² kita semua sentiasa dirahmati dalam lindungaNya selalu
in sya Allah
:)
0 orang ckp 'shut up u!':
Post a Comment