Alice masih minum susu ibu.
makan masih pilih²
kalau nak makan banyak mesti nak kena suap.
makan sendiri suka main²
:p
hey butt butt butt!
perkara yang paling mengejutkan
menjelang Alice masuk 20 bulan
ialah dia tak mahu pakai pampers.
belum sempat kita potty train
dia dah tanggalkan pampers
dan nak pakai seluar sahaja.
tak tahu la tak selesa atau apa.
waktu pakai baju lepas mandi ok.
kita sabar² saja pakaikan pampers.
bila dia main²
nanti elok saja dia tanggalkan pampers.
pakai seluar
tak mahu pakai pampers.
pampers yang dia tanggalkan tu elok saja bersih.
waktu yang ok, tak apa.
Alice akan beritahu bila dia nak wee wee.
tapi waktu dia tengah syok buat aktiviti
(contohnya: makan!)
sedar² kat lantai sana dah bergenang air kuning.
yang Alice masih sibuk main makanan
bila ditanya kalau dia wee wee
cuma dia angguk sambil sambung main.
agaknya kita kena lebih cepat potty train Alice
walau pun dia masih belum fasih bercakap.
kita pulak yang kena catch up dengan dia
:p
chores
ada kalanya ok.
beri saja baju kotor yang Alice dah pakai
tak payah cakap apa²
elok saja Alice masukkan dalam laundry basket.
tapi ada masa²nya
sampai kita kena pujuk lama²
baru Alice akan masukkan baju dalam basket.
yang peliknya
kalau baju mommy,
Alice tak ada masalah.
bila² masa Alice sedia nak menolong.
tapi kalau baju dia sendiri, ada masanya dia keberatan.
tak tahu kenapa.
nak senang mommy gulung saja baju Alice dalam baju mommy.
bagi dia selonggok
semua dia hantar masukkan dalam laundry basket.
selesai!
:p
buang pampers kotor pun sama.
ada masanya ok
tapi ada masanya punya la payah nak dipujuk
last² daddy atau mommy yang buang dirty pampers dalam tong sampah.
hmmm ... budak² pun kena tengok mood ya?
:p
marah
yang paling ketara sekarang ini
Alice makin explicit dalam ekspresi diri.
lebih nampak jelas kalau dia tengah emosi.
bila tak setuju dengan apa yang kita cakap
terus Alice muncungkan bibir,
kemudian dia ketawa!
Alice dah pandai zahirkan emosi dia.
dah pandai protes.
kalau tak suka
muncung bibir,
peluk tubuh,
pukul benda kat depan dia dengan tangan.
yang paling dramatik bila tengah marah sangat²
campak barang yang dia tengah pegang!
mujur Alice ada sense of humor.
sama macam kita kata 'Kalau tengok mommy, Alice mesti senyum tau!'
terus dia pandang mommy
kerutkan kening dan buat mimik muka marah,
... kemudian dia ketawa! :D
jadi kalau apa² yang dia tak setuju
cepat saja dia cebikkan bibir
tapi kemudian ketawa
tandanya dia main² saja
:)
no hand
rasanya peluk tubuh ni Alice belajar kat sekolah
sebab kita nampak
kalau nak dancing²
kena buka kaki luas²
goyang² butt
dan kadang² peluk tubuh
sambil senyum² suka hati.
bila nak suap makan atau nak beri minum air
kita pesan pada Alice
'Don't touch' atau 'No hand'
sebab tak mau Alice kotorkan tangan dia
dan tak mahu Alice tepis atau senggol pinggan atau cawan.
kelakar pulak bila kita kata macam tu
cepat saja Alice peluk tubuh
dan Alice pun tahu kelakar
sebab dia pun senyum² bila peluk tubuh
:D
sekarang Alice dah pandai pakai kasut
tapi mesti berdiri
dan sarungkan kasut sampai masuk muat².
kalau nak pakai kasut sambil duduk
masih menjadi misteri baginya
:p
micro SD
boleh nampak juga
kapasiti memori Alice dah bertambah.
apa² yang kita buat atau tengok kat tv pagi tadi
bila daddy balik petang
atau bila kita duduk² malam²
Alice boleh cerita semula kat daddy.
macam mana snake?
bukan tangan lenggok² atau bunyi 'sssssssssh'
tapi Alice buat 'blub blub blub'
snake's tounge keluar², jadi bunyi 'blub blub blub' sebab jelir² lidah
:)
sama ada memori yang bertambah
atau pun kebolehan berkomunikasi
dan skil bercakap yang makin bagus
yang bolehkan Alice bercerita dan berbual lebih banyak
dengan mommy dan daddy
:)
Alice juga dah boleh letakkan nama pada orang.
walau pun dah lama tak jumpa
bila kita mana Hilmiey?
mana mama Mie?
Alice boleh tunjuk dengan betul.
i story you!
walau pun buku cerita cuma ada 2 buah
yang beli dekat MAHA yang RM2 sebuah tu :p
tapi Alice suka baca buku.
satu perkara yang kita nampak
bukan perkataan dalam buku
atau watak dalam dalam cerita
atau dialog yang diucapkan
yang Alice ingat.
tapi cara Alice bercerita semula pada kita
ialah apa yang mommy ilustrasikan pada Alice.
Alice lalukan tapak tangan pada kepala
sambil kata 'woosh'.
itu yang dia ingat.
pada hal mommy bacakan setiap ayat dalam buku,
buat suara yang berlainan untuk setiap watak
dan akhirnya mommy tunjuk pada Alice 'woosh'
bila swallow terbang rendah nak terkena kepala rabbit.
'woosh' tak ada tulis dalam buku
tapi cerita Alice intipatinya ialah 'woosh'!
:p
write book
dah hujung² tahun ni
banyak iklan alat tulis kat tv.
terutama sekali kalau tengok cerita kartun
(mommy nak beri Alice peluang tengok Diego, Dora, Wonder Pets, Upin Ipin).
bila tiba iklan pensel warna
Alice pun teringat pada pensel warna Upin Ipin dia
dan minta untuk write book.
sekarang ni selain daripada draw hand
Alice pun boleh draw foot :p
malah masa menyusu pun libatkan foot,
tengah makan pun kadang² tak tau macam mana atau untuk apa -
foot boleh masuk dalam pinggan!
macam tu la Alice bereksplorasi!
:p
oh ya, masa ini ok lagi
mommy terfikir macam mana agaknya bila dah masuk sekolah nanti.
buat mereka yang tak tahu
pensel warna ada yang panjang
kalau tak salah 1 set 36 batang
bentuknya 3 segi
tak bulat macam pensel biasa
dan ada lekat² getah apa di sekeliling pensil tu untuk lebih cengkaman ke apa
harganya ialah RM54!
itu baru pensel warna
belum masuk alat tulis lain, pakaian seragam, buku sekolah, buku cerita, alatan sukan, alat muzik, coklat dan budget jalan² lagi tu.
moga bertambah melimpah ruah rezeki kita semua!
:p
makin besar makin restless.
pernah tengok iklan otak bayi boleh simpan tenaga 15 minit?
tipu daddy kata iklan tu!
Alice satu hari cuma nak nap sekali
kemudian tidur dari pukul 9 malam sampai 7 pagi,
malam² bangun menyusu.
daddy tunggu je mana 15 minit Alice tak penat².
memang tak pun!
:p
p/s: oh ya, perubahan terbesar bila dah masuk umur 19 bulan
ialah kita dah mula panggil Alice 'kakak'
sebab selama ni panggil dia 'baby'.
sekarang dah besar dah tak boleh panggil baby.
cumanya bila panggil kakak dah banyak cakap bahasa Melayu pulak
berbanding kalau panggil baby
:p
belum.
kakak belum ada adik lagi
:)
0 orang ckp 'shut up u!':
Post a Comment