cakap apa?
dari dalam kandungan
mommy nak anak mommy
out spoken, extrovert, berani, pandai berkomunikasi, lively dan ceria.
Alice keluar² saja
nangis dengan suara yang nyaring,
tak suka duduk diam
selalu ada yang nak dicerita
dan suka belajar perkara baru.
terbaru menjelang Alice masuk 1 tahun 8 bulan
makin terserlah ciri² ketrampilannya.
mommy pernah tengok di nursery
masuk² saja Alice terus marah kawan dia
sebab selongkar barang kat belakang pintu
(siap kakak pengasuh pun back up dia, tak kasi kawan tu selongkar barang!).
pernah sekali daddy ambil towel
dan tak sengaja terjatuh barang lain yang ada dekat² dengan towel tu.
Alice yang masa tu tengah menyusu
terus nyanyi ejek²
'ba - yu a - tu'
'ba - yu a - tu'
'bayu ya tu'
'bayu yatuh'
sambil goyang² jari telunjuk.
tak padan dengan pelat!
tetap jugak nak ejek² orang.
dengan bersusah payah dia nak cakap 'baju jatuh'
lama² baru lancar.
nak ejek punya pasal! :p
agaknya Alice kat nursery selalu ejek kawan dia, tak?!
:p
apa la Alice ni
asal main slide je mesti pegang sebelah
safety first ya? :p
kalau mommy masih semua nak selamat.
daddy yang berani bagi Alice main mainan yang mencabar kat play ground
:)
living skill
selain daripada pandai pakai kasut sambil berdiri,
Alice tengah belajar pakai seluar sendiri.
mommy bersyukur
setiap kali mommy tanya 'Where's your right foot?'
Alice beri jawapan yang betul.
pakai seluar sambil duduk
kemudian berdiri untuk tarik seluar ke atas.
part yang belakang belum lulus lagi
masih kena bantu.
pakai baju sendiri masih belajar lagi
dengan gigih dan bersungguh².
cuma Alice ni kalau orang tegur dia memang cepat meragam.
kalau tersalah sarung kasut kiri ke kaki kanan
memang nak kena guna seluruh kepandaian kita yang ada
untuk terangkan pada dia kasut tu salah kaki.
kalau tidak memang payah
sebab bila ditegur, Alice ingat kita tak beri dia pakai kasut sendiri
atau tak beri dia keluar, tak boleh pakai kasut
sebab itu dia sangat² frustrated.
fuuu bukan senang nak mengajar orang rupanya!
... macam mana agaknya kegigihan mak ayah, datuk nenek dan cikgu kita kecik² dulu!
hujan lebat.
mommy kata kat kakak pakai tudung.
serkup kepala dengan baju yang pakai pagi tadi.
tambah topi kat atas.
selamat tak basah rambut.
comel tak?
ke rupa macam orang potong rumput?
:p
I love you, up front and center
mommy pun tak tahu sangat pasal attached parenting
tapi cara mommy besarkan Alice
mommy openly beritahu Alice
mommy sayang Alice
sebab mommy nak Alice tahu walau pun dia nangis atau meragam,
kotorkan tangan hitam² sebab pegang periuk kat dapur,
tumpahkan air sampai lantai licin,
sepahkan toys dan color pencil merata²,
mommy tetap sayangkan Alice.
of course kena la cuci dan kemas cantik² semula kan!
ada masanya rasa bersalah pun ada
bila cakap I love you kat Alice
lebih daripada cakap I love you kat daddy :p
I love you, yayang!
:D
mommy juga nak Alice ada self esteem yang tinggi.
mommy selalu kata 'kakak ni cantik la, mommy sayang kakak'
'amboi, pandainya!'
'good girl'
'clever girl, kakak!'
mommy nak Alice tahu dia cantik, baik dan bijak.
apa² yang dia tak tahu, dia boleh tanya.
apa² yang dia nak, dia boleh belajar.
apa² keperluan, boleh minta pada mommy dan daddy
mommy nak Alice jadi serba boleh, sentiasa terima cabaran tanpa mengalah dan selalu suka belajar.
tengok muka Alice saja memang sejuk hati
geram nak hug, nak kiss selalu.
belum lagi layan borak ceritanya yang tak putus².
cuma Alice ni sense of humor dia boleh tahan juga
masa tengah menyusu
kalau tanya 'kakak, rambut mommy cantik kan?'
nanti dia geleng kepala sambi senyum².
habis la kakak kena tickle dengan mommy!
'apa cakap rambut mommy tak cantik?! cantik la! kenapa pulak tak cantik?! mesti la cantik! mana ada tak cantik?!'
(suara kecik nada tinggi macam itik marah² sambil tickle Alice)
itu la yang dia paling suka
:)
sebelum berumahtangga lagi
mommy pernah nampak ayah paling bahagia
bila anak kecik dia hug dia
(yang mommy tengok tu kebetulan pula adalah anak angkat, apatah lagi kalau anak kandung!)
alhamdulillah Alice pun macam tu.
suka hug mommy
waktu suka hati happy²
atau pun waktu menangis sedih².
yang istimewanya
bila mommy sakit, mommy tak sihat
Alice usap kepala mommy, sapu pipi mommy dan hug mommy.
Alice kesian.
Alice sayang mommy
:)
kebelakangan ni tak tahu la
sama ada Alice tak cukup makan di nursery
atau memang sengaja suka snacking.
hari² mesti nak bawa bekal Koko Krunch pergi nursery!
kasih ibu
pasal makan
setakat ini yang kita tengok
paling banyak Alice makan nasi ialah sup daging
yang ada rencah kentang dan lobak merah.
tak semena² mommy teringat waktu mommy kecik dulu.
arwah mak selalu kecik²an daging
supaya mommy senang nak makan nasi yang bergenang dalam sup daging.
kenangan silam
yang masih terbayang di ruang minda.
tiba² mommy terasa
macam mommy taksub nak cari panduan nutrisi bayi
dari website pakar yang canggih².
pada hal pilihan tu kita dah lalui sejak masa kita kecik dulu
(nak tanya kat arwah mak tak boleh, terpaksa cari alternatif lain).
'pilihan' la tapinya,
bukan ultimate solution.
walau apa pun yang kita (atau mak² kita!) pernah lalui
dah jadi tanggungjawab kita untuk belajar dapatkan yang lebih baik
selari dengan perkembangan maklumat yang sedia ada sekarang ni.
takkan la kita nak duduk takuk lama
pada hal anak kita hari² mengahadapi cabaran baru sekarang ni.
yang baik jadikan tauladan.
semestinya kita sentiasa nak berikan yang terbaik untuk anak².
inysa Allah.
perkembangan terbaru
dari dulu pun suka ting ting ting solex
bezanya sekarang dah tak perlu nak jengket kaki pun dah sampai.
lepas tu pulak bila tengok kotor
basah² rumput dengan daun bagai
terus tak jadi nak ting ting ting
:p
0 orang ckp 'shut up u!':
Post a Comment