Suh Park dah nak ke Shanghai
ikut suaminya yang bertukar pejabat.
dalam masa yang singkat
macam² perkara kita sama² belajar.
Suh pernah tanya pasal tudung dan solat.
malah pernah mimpi
aku buat dreadlock warna shiny purple
(tapi katanya dia tak boleh lihat sebab aurat!)
:p
dia sangat alert dengan orang dan setiap apa yang terjadi di pejabat.
dia nampak budak perempuan ni baling duit kat boy friend dia
(macam mana aku boleh terlepas drama swasta kat pejabat ni?!)
dia risau bila ada staff baru yang pelik
obsess dengan cuci tangan, cuci tandas, cuci segala :p
pasal fesyen memang dia up to date.
ke pejabat bawa beg LV
dan ada dompet Vivienne Westwood yang giler comel!
atas meja ada scented candle
dan suka pakai hand lotion yang wangi bau honey dew
(kadang² petang² boleh buat lapar bila tercium wangian honey dew!) :p
tak sangka bila dia kata dia suka buah betik
dan mangga kat sini manis sangat!
susah nak import buah di Korea
jadi buah mahal,
maggis 2 biji dah RM25!
awalnya dia kata dia tak suka di sini
sebab tak dapat nak bezakan musim
tapi bila dah nak pindah
katanya dia akan rindukan cuaca Malaysia :)
bila ditanya 'How's your new phone?'
boss jawab 'New what? Few months already'
pada hal iPhone5 kat Malaysia baru je launch Jumaat sebelumnya.
all the best untuk Suh Park!
ada rezeki boleh la dia jemput kita di Gangnam Station
yang dekat dengan rumahnya di Korea
:)
0 orang ckp 'shut up u!':
Post a Comment