ialah cari baju tidur Alice
set yang saiz L,
target yang RM3 sehelai
dan set RM10 atau kurang.
nak juga sandal saiz 4 untuk Alice pakai hari².
malangnya bila daddy cari
katanya sale kali ini tak ada jual kasut langsung.
kita juga nak cuba baby bath baru.
sekarang guna Drypers Head to Toe
tapi tak ada jual refill pack pun di Tesco.
bila baca review, Pureen baby head to toe
wangi, tak pedihkan mata dan halal.
sama juga dengan Head to Toe Yogurt Peach and Cherry.
cuma kena tengok betul²
sebab toiletries Pureen ada baby range dan toddler range.
untuk Alice mommy rasa lebih selamat beli baby range
:)
macam biasa orang ramai bersesak².
kat jalan raya lagi dah sesak.
kita parking tempat biasa.
sampai dalam pukul 10.10pagi
(lebih kurang 10 minit selepas buka)
orang dah ramai
siap yang ada dah balik bawa beg plastik berbondong² lagi.
orang ramai terutama kat bahagian baju.
tak banyak pilihan.
corak yang sama cuma warna dan saiz saja yang berbeza.
Alice pulak sekarang cuma boleh muat saiz L atau 2-3 years.
agak terhad juga
berbanding majoriti baju yang cantik²
kita tengok saiz M.
mama Mi ada pesan baju untuk Hilmiey.
sementara dah ada kat sini kita beli juga baby bath extra
kalau² mama Mi nak,
kalau tidak kita buat stok untuk Alice saja la
:)
tak pernah guna
tapi baca review
baby bath ni wangi, tak pedihkan mata dan halal.
kat Tesco jual RM13 - 14.
RM11
sama juga tak pernah guna
tapi nak cuba cari alternatif baby bath
sekarang guna Drypers Top To Toe
tak ada jual refill pack kat Tesco.
sama juga baca review
baby bath ni wangi, tak pedihkan mata dan halal.
kat Tesco hari yang kita buat price survey tak jumpa.
RM10.
tak ada dalam gambar: Pureen Wet Wipe
RM9
p/s: bila tengok review yang lepas
baru perasan sebelum ini sleeveless set cuma RM8
sekarang semua RM10 per set.
alhamdulillah
ada juga rezeki Alice & Hilmiey
:)
Hai, saya pun sama bersesak2 juga kat Pureen sales ni Sabtu lepas. Ada jugak baju baby kita yang sama :p
ReplyDelete