bila sarungkan kasut Alice
jarinya mesti terkeluar.
cepat² mommy minta maaf pada Alice,
mommy kata kasut Alice ni kecik
kaki Alice dah besar
patutnya pakai kasut saiz 4.
Alice pun akan ulang yang sama
Alice kata '... kaki besar ...'
dan tunjuk 1 jari bila kata saiz 4
(apa la Alice ni, nak tunjuk 4 jari pun tak pass lagi!)
:p
kebetulan ada Al Ikhsan Warehouse Sale
di Stadium Malawati, Shah Alam.
daddy pun berniat nak belikan masing² sepasang
untuk daddy, mommy dan Alice.
memandangkan mommy tak perlu kasut baru buat masa ini
jadi mommy kata untuk mommy tak payah la
(untung kan daddy dapat isteri macam ni!)
:p
awalnya mommy agak skeptikal juga nak pergi
sebab bila baca review
ramai yang beli kasut jogging
atau kasut sukan
bukan kasut cantik²
yang boleh pakai pergi jalan.
kita tengok la apa ada nanti :)
kita sampai dalam pukul 11 pagi
dah nampak orang keluar dengan beg plastik hitam Al Iksan tu pun.
boleh tahan ramai orang beratur
tapi sekejap saja kita dah masuk ke dalam stadium.
petugas di situ hadkan dalam 20 orang sekali masuk
dan setiap orang diberi 20 minit
tapi ada ke orang boleh beli baju atau kasut dalam masa 20 minit?
:p
mudah dan selesa.
setiap zon dah dilabel dan diasingkan ikut kategori.
ikut lelaki, wanita dan kanak²
ikut harga
dan ikut zaiz.
ok la tak panas dan tak berasak² dalam stadium tu.
terima kasih Al Ikhsan!
:)
untuk daddy kita pergi Zon A
kasut lelaki kurang daripada RM100.
mommy terkejut tengok kasut Nike yang sama
macam daddy beli beberapa tahun dulu
harga asal hampir RM300,
di sini dijual RM229 dengan 70% diskaun.
RM91.60 harga selepas diskaun.
sejujurnya memang kasut tu yang paling cantik kat situ!
geram geram geram!
waktu beratur
terdengar ramai yang terus nak serbu Zon C
untuk wanita dan kanak²
yang harga barang kurang daripada RM100.
t-shirt Nike/Adidas lengan pendek untuk perempuan
rata² RM90 dengan 50% diskaun
kira RM45 sehelai.
yang macam Lotto lagi murah
lengan panjang bolehd dapat dalam RM30.
Zon C
kasut kanak² rata² ada 50% diskaun.
daddy pilihkan untuk Alice kasut Nike hitam dengan swoosh pink
RM109 dengan diskaun 50%.
thank you, daddy
:)
ada juga kita tengok kasut perempuan.
Nike/Adidas/Puma dalam RM70 - 90.
kebanyakkannya jenama Puma, banyak juga design yang cantik².
cuba kasut baru
:)
memang murah warehouse sale ni
maklumlah sempena 19 tahun Al Ikhsan di Malaysia.
agak² boleh buat acara tahunan tak?
:)
0 orang ckp 'shut up u!':
Post a Comment