damdiduuu

Monday, November 5, 2012

condo mewah

mungkin sebab aku ni orang kampung
aku lebih suka kediaman yang ada ruang tanah
berbanding condo mewah.
mungkin juga sebab aku belum menikmati kemudahan condo
club house, swimming pool, gym, play ground, spa
dan sebagainya.
termasuk juga faktor keselamatan yang lebih ketat
dan staff yang lebih mesra di kediaman mewah.

pernah juga aku tergila²
mimpi nak duduk Armanee Terrace di Damansara Perdana
sebab di tingkat bawah duplex
ada laman balkoni yang agak besar
boleh bercucuk tanam.
malangnya Armanee Terrace lease hold
dan expatriate yang duduk situ
belanja kos yang besar untuk perbaiki semula
hasil kerja asal MK Land.
katanya tanah laman meresap dalam sistem perpaipan
dan ada beberapa perkara lain diuruskan
sebelum meletakkan condo tersebut sebagai pelaburan
untuk disewakan kepada expatriate lain kemudian hari.

jadi cuma setakat itu saja la
pink colored glasses aku.
baru² ini
projek terbaru di Bangar
membolehkan aku datang ke satu lagi condominium mewah.
bukan calang² projek
3 tingkat dengan 2 unit digabungkan.
refurbish besar²an.
tak sabar nak tengok hasil akhirnya.
mudah²an ada rezeki kita satu hari nanti
insya Allah
:)


ni bukan dalam unit kediaman
tapi kat luar laluan daripada lift
siap ada majalan bersusun lagi


selain daripada CCTV dan kawasan berkunci sana sini
ada kemudahan selesa disediakan sekitar condo


lif ada 3
termasuk 1 lif barang besar


pemandangan dari luar management office


keluar² ingatkan hujan lebat
lupa pulak depan ni ada water feature
:p

0 orang ckp 'shut up u!':

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...