damdiduuu

Tuesday, November 27, 2012

durian lagi, yay!

kalau sebelum ini
mama Su dan mama Pi belanja kita musang king best²
kali ini kita nak makan durian kampung pula.
durian biasa² saja
tapi nak makan dengan banyak tamak² :D

daddy kata di SS2 mahal dan tak banyak pilihan
jadi daddy bawa kita ke Ampang.
memang selalu beli durian di sini
cuma mommy rasa macam leceh sikit
rasa jauh, lama, penat dan kena banyak sabar redah traffic jammed terutama di Cheras.
bila dah sampai sini memang banyak pilihan.
durian kampung macam² gred.
musang king RM15/kg
D24 RM6/kg.
manggis sebungkus RM8
lebih murah daripada SS2
tapi mungkin kita datang pada masa ni
manggis dah lisut sikit
dan kualiti tak sebagus atau sesegar macam kat SS2.

alhamdulillah
murah rezeki kita musim durian kali ni
:)


macam² gred durian kampung


jom buka dusun kat Pahang nak?
:g~~


mana satu pilihan kalbu?


mula² setakat tolong kopek durian
sebab orang tu buat macam slow je


kemudian dia sendiri turun padang
siap ambil parang tolong kopek durian
dan pack masuk dalam bekas polystyrene
:p


amek kau!
7 bekas polystyrene semua!
(satu bekas dah masuk dalam plastik)
RM20 sahaja


manggis sebungkus dan durian sebeban
untuk isteri tersayang
:D


punya la banyak stok durian baru sampai kat sini!


kulit durian pun banyak berbakul²!

1 comment:

  1. Salam zaza.. Kat mana ni.. Please text me at 0133755552. Epi

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...