damdiduuu

Tuesday, November 27, 2012

kepentingan pembelajaran awal kanak²

5 tahun terawal sangat kritikal
kerana pada masa ini
asas dibentuk dalam semua segi
termasuk kesihatan fizikal dan mental.

untuk kanak² membesar dalam cara yang sihat
cuma perlukan 2 perkara:

1) perhubungan
yang stabil, rapat dan menggalakkan pembelajaran
dengan orang dewasa.
secara relatifnya orang dewasa yang penting ini bilangannya adalah kecil

2) peluang belajar
yang banyak,
dalam pelbagai bidang
supaya kanak² dapat peluang menerokai dan memahami kehidupan ini


tv vs buku

kanak² bukan perlukan tv
yang sarat dengan pelbagai maklumat
tapi perlukan interaksi sesama insan
yang boleh diberikan
antaranya ketika ibu bapa membacakan buku cerita kepada anak².
tidak kira sama ada ibu bapa tersebut
boleh membaca atau tidak.

perkara yang diuji
ialah kanak² yang berumur setahun
apabila diberikan buku adakah akan
- ambil dan tengok gambar pada buku
atau
- masukkan buku dalam mulut

jika masukkan buku dalam mulut
merupakan petunjuk utama
yang kanak² ini tidak mempunyai
skil awal membaca dan menulis


perkembangan otak

1) 7,000/saat
kadar untuk sel otak membuat hubungan antara sel
dalam masa 4-5 tahun pertama.
dari sinilah mulanya asas perkembangan penglihatan dan pendengaran
diikuti dengan kemahiran bahasa
dan fungsi kognitif yang lebih tinggi seperti
kordinasi tangan - mata.
aktiviti seperti bermain instrument muzik
dapat menggalakkan lagi kemahiran ini.

2) 18 bulan
umur apabila kita mula melihat perbezaan keputusan
bagi ujian perkembangan
berdasarkan kepada kelas sosial

3) 2:1
saiz tatabahasa
kanak² berusia 3 tahun
yang membesar dalam keluarga yang kukuh
di mana kedua² ibubapa lepasan kolej,
adalah 2 kali ganda
berbanding dengan kanak² yang membesar dalam keadaan
kemiskinan tegar
dengan kedua² ibubapa tidak tamat sekolah menengah

tatabahasa
atau bilangan perkataan yang lazim digunakan oleh seorang kanak²
adalah penunjuk penting dalam penilai kebolehan membaca dan menulis
yang kemudiannya akan menjadi penanda yang penting
dalam produktiviti ekonomi.

4) 90-100%
6 faktor risiko:
i - kemiskinan
ii - anak² yang diabaikan
iii - ibubapa teribat dalam penyalahgunaan dadah atau alkohol
iv - ibubapa mengalami kemurungan dalam membesarkan anak²
v - keluarga ibu/ bapa tunggal
vi - lain² faktor yang dikaitkan sebagai penyebab dalam mendapat keputusan yang buruk

pada umur 3 tahun
kanak² yang mempunya lebih daripada 6 faktor risiko tersebut
90-100%
mengalami masalah dalam perkembangan kognitif, bahasa dan perkembangan sosial

5) 3:1
apabila kanak² yang mempunyai 6 faktor risiko
sampai ke umur 50 - 60 tahun
mereka mempunyai risiko 3 kali ganda
untuk mendapat sakit jantung
berbanding dengan
kanak² yang tidak menghadapi sebarang faktor risiko pada zaman kanak² mereka.


berdasarkan hasil daripada kajian ini
menyokong pediatrician untuk memberi pengetahuan kepada ibubapa
dalam membesarkan anak².
tahap umur 5 tahun pertama ini amat penting
kerana hasil yang diperoleh adalah dalam jangka panjang
apabila anak² telah berjaya menempuhi persekolahan,
melanjutkan pelajaran
dan kemudiannya mula kembali kepada masyarakat
serta menajadi warga yang produktif.

Dr Jack Shonkoff
Pengarah Center on the Developing Child
Universiti Harvard
menegaskan bahawa pengalaman awal
membentuk perkembangan dan senibina otak
yang kemudiannya memberi kesan dalam pembelajaran dan kesihatan sepanjang hidup.


nota:
kosa kata
atau bilangan perkataan yang lazim dituturkan
merupakan penunjuk kebijaksanaan seseorang.
sebab itu kita boleh tengok
orang yang biasa² hanya mampu maki² bila tak puas hati
sedangkan orang yang bijak akan fokus pada isu dan penyelesaian.

Dr Jack Shonkoff ni sendiri gunakan banyak big words
atau pun perkataan yang cantik²
yang menjadikan apa yang dia kata bukan saja penuh informasi
tapi cara penyampaiannya sangat menarik.

nak kena ajar Alice baca banyak buku,
berbual dengan orang bijak pandai,
selalu rujuk kamus
dan main cross word atau scrabble la macam ni.
mama Su, mama Pi, mama Mi tolong main sama² ya!
:)

0 orang ckp 'shut up u!':

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...