betul: ada ke orang yang suka disapa dengan kasar?!
salah: mulakan perbualan dengan negatif
betul: bila buka mulut saja tanya la khabar dulu
contoh: salah
- nak apa lagi?
orang dengar sebagai: apa lagi yang kau nak menyusahkan aku lagi tak sudah² ni?!
jawapan yang bakal anda dapat: kau pergi mati lagi baik!
salah: tanya soalan (yang menyakitkan hati) apabila ada perkara yang tak kena
betul: beri arahan/ panduan/ permintaan
contoh: salah
- tak reti nak buang dalam tong sampah?!
- tak reti nak buat sendiri?!
jawapan yang bakal anda dapat: bab*! tak reti nak cakap baik²?!
sepatutnya:
- dah sudah nanti buang dalam tong sampah tau *senyum*
- sekarang aku sibuk, kalau nak aku tolong kejap lagi ya.
jawapan yang bakal anda dapat: ok. terima kasih *senyum*
salah: gunakan perkataan negatif
betul: orang yang negatif tak akan hidup senang
contoh: salah
- lembab pemalas bodoh!
- hey bongok, ini boleh tarik ke atas la!
jawapan yang bakal anda dapat: bab* sia* la!
sepatutnya
- perkara ni penting, tak boleh dilengahkan (fokus kepada kerja, bukan sifat negatif orang)
- ni pun ok je sebenarnya (beri orang senang hati, bukan lagi menekan)
jawapan yang bakal anda dapat: ok, terima kasih *senyum*
salah: terus marah tanpa usul periksa
betul: minta terangkan keadaan
contoh: salah
- buang je la telefon tu!
- kenapa susah sangat nak jawab telefon!
jawapan yang bakal anda dapat: bab* tak payah telefon la!
sepatutnya:
- 2 kali telefon tak ada jawapan
- sibuk ya, tak boleh jawab telefon sekarang?
jawapan yang bakal anda dapat: minta maaf banyak², kesian telefon banyak² kali. ada kerja tadi, maaf ya!
salah: beri tindak balas yang negatif bila orang buat baik
betul: kalau nak menolak, gunakan cara yang baik
bila orang letak makanan dalam pinggan kita
selalunya dengan niat dan hati yang baik
contoh: salah
- biar je boleh tak?!
jawapan yang bakal anda dapat: bangan*, orang buat baik pun kena marah!
sepatutnya:
- terima kasih. tak apa la, nanti kalau nak, aku ambik sendiri. aku dah terlebih makan hari ni! *senyum*
jawapan yang bakal anda dapat: maaf ya, ikut la mana yang senang
salah: marah² sebab servis tidak memuaskan
betul: salurkan teguran pada orang yang betul dengan cara yang berhemah
contoh: salah
- bukak kaunter lagi boleh tak, orang ramai ni. servis lanca*!
jawapan yang bakal anda dapat: kau la lanca*!
sepatutnya:
- panggilkan pengurus. saya nak buat komplen. (kemudian fokus kepada kelemahan sistem sedia ada dan usulkan cadangan anda dengan berhemah. bukan setakat nak maki² saja)
jawapan yang bakal anda dapat: Free goodie bag, yay! :D
nota:
orang yang tidak berkomunikasi secara berkesan
selalu dapat maklum balas yang negatif
sebab permulaan komunikasi adalah negatif.
kalau anda rasa
tiba² anak, pasangan, orang bawahan, orang sekeliling atau kawan²
bersikap kurang ajar pada anda
sila semak semula
adakah anda selalu mengamalkan komunikasi berkesan?
0 orang ckp 'shut up u!':
Post a Comment