damdiduuu

Thursday, November 22, 2012

perkembangan bayi: Alice 18 bulan 4 minggu


baby mommy dah makin besar
:)

cakap
dari hari ke hari
makin jelas buah butir perkataan yang Alice sebut
dan yang nak buat orang gelaknya
bila Alice makin dramatik bila bercerita.

ada satu hari tu Alice menangis
lapar agaknya.
mommy beri Alice air oren.
kemudian Alice nangis lagi.
tiba² muntah.
keluar air oren campur susu.
mommy pujuk Alice,
bersihkan muntahnya,
mandikan Alice,
dan beri nasihat sambil pakaikan baju bersih.

bila daddy balik
dan mama Su ada di rumah
mommy minta Alice cerita yang Alice muntah.
terus dia pergi kat tempat kejadian
cerita dengan muka berkerut penuh dramatik
tunjuk² dengan jari
cakap macam² perkataan
tapi yang paling ketara
hujung ayat ditekankan perkataan 'mtaaaaaaa!'
... sian dia!
:)


Alice paling suka berdiri atas escalator dan dalam lif.
jadi bila di escalator tak boleh dukung
atau letak Alice dalam stroller.
Alice just loves to enjoy the ride!
:)


hujung minggu kita bawa Alice pergi groceries shopping.
memang mencabar!
ada masanya Alice ok duduk atas trolley
ada masanya nak berdiri dalam trolley
ada masanya nak jalan sambil tolak trolley
ada masanya nak berdukung
ada masanya apa pun tak nak, nak nangis saja (dah lapar & penat la tu!)

mami
waktu tunjuk² gambar di ruang tamu
mommy perasan yang Alice dah lama boleh sebut 'mami'
tapi bila dah masuk 18 bulan
baru Alice nak panggil mommy dengan panggilan 'ami' atau 'mami'.
alahai cairnya hati!
bila sampai saja di pintu pagar nursery
Alice yang berdiri di grill
terus excited jerit 'Ami! Ami!' :)
sekarang ni keluar saja dari pintu
mommy terus hug Alice sambil nyanyi²
'How are you? I miss you' :)

*mommy terfikir bila agaknya Alice tak mahu mommy hug atau kiss dia depan orang ramai! :p

zirafah Alice sebut 'jipapa'.
mommy kagum tengok Alice
sama macam waktu sebut 'kasut' dulu
Alice berlatih sebut banyak² kali
baru dia dapat sebut dengan sebutan yang betul.
Alice dah boleh sebut 3 suku kata
macam corak wallpaper di ruang tamu 'sakura'
walaupun pelat tapi ada bunyi
dan Alice cuba sebut dengan betul.

aunty Farah Farhan ada beri kita fridge magnet Hong Kong.
mommy pun ajar Alice sebut 'Hong Kong'
biasa la mak Alice
mesti sebut dengan penuh nahu dengung semua
sampai tension daddy Alice dengar asyik ulang² itu saja :p
hasilnya?
Alice sebut 'hok ko'.
tiap² kali lalu depan peti ais je mommy mesti tanya Alice
'Where's Hong Kong?'
Alice tunjuk fridge magnet sambil sebut 'hok ko'
hmmm bila agaknya ada rezeki nak bawa Alice pergi Disneyland Hong Kong
:)


mungkin orang lain tak kisah
tapi mommy suka kalau Alice belajar berdikari.
mommy suka bila sampai ke rumah atau nursery
Alice sendiri yang buka dan simpan kasut


sit down,
take off shoes
take shoes


put shoes at the rack
(waktu ni nursery tengah kemas², jadi kasut letak kat meja saja)

aji song
lagi dramatik bila Alice menyanyi.
kalau sebelum ini lirik lagu Alice cuma 'Aaaaaa'
sekarang dah ada lirik baru.
liriknya: 'Aji'
mommy ada juga tanya kawan Alice di nursery
'Aji' tu apa?
tak ada siapa tahu.

boleh masa iklan Smash di Diva
bila orang menyanyi dengan penuh perasaan
Alice pun sama² menyanyi
tapi lagu Alice sendiri
dengan liriknya dari awal sampai habis cuma 'Ajiiii ...'
kalau nak menyanyi mesti dengan sepenuh penghayatan.
kening mesti berkerut,
mulut muncung sikit,
siap dengan gaya²
memang tak boleh blah!
:p

selain menyanyi, Alice boleh menari dan juga main gitar.
menari kena buka kaki luas² untuk kestabilan
(belajar kat nursery la agaknya ni)
dan main gitar ada cara dia tersendiri.
tengok asyik nak gelak je
:p


di luar kita beri Alice duduk atas baby high chair
dan beri sauce plate yang kecik cinonet tu jadi pinggan Alice.
kita ketak nasi dan ayam sikit² untuk Alice makan.
dah nak habis refill lagi.
suka la dia boleh main²
:D


kusyuk makan


tak cukup, kena tambah lagi ni!


beri straw dia boleh cucuk² nasi
kemudian guna straw untuk suap makanan masuk mulut!
kreatif tak kreatif baby mommy!
:p

makan
perubahan terbesar bila masuk umur 18 bulan
ialah Alice dah boleh mula makan makanan orang dewasa
yang bergaram dan bergula.
setakat ini yang kita tengok
makanan kegemaran Alice ialah ayam dan roti canai.

jajan semua dia suka
termasuk yang perisa pedas yang kita tak jangka dia boleh tahan.
coklat tak payah sebut la.
kita bagi coklat sikit²
sebab makan coklat kena menghayati nikmat coklat tu
Alice laju je sebut 'Lagi!'
kuat pulak tu!
baru makan coklat sikit dah buat perangai macam budak terlebih gula
:p

selain daripada jajan
(jajan semua dia bedal!)
kalau waktu makan
makanan yang baru rasa
selalunya suapan pertama Alice akan luah balik.
sebab tu kena cuba lagi bagi makanan yang sama kali ke2.
ada yang ok boleh makan banyak² lagi
ada yang Alice tak nak.

makanan yang panas pun kadang² boleh buat Alice give up.
sayur macam carrot, ok Alice suka.
sayur lain kalau pertama kali capai terasa panas
mungkin Alice tak nak sentuh langsung.

kalau pedas
Alice usik lidah dia dengan jari
dan merengek².
pedas la tu.
tak boleh makan.
kena lumur dulu makanan dengan nasi kasi habis rasa lada atau rempah.
kalau makanan budak²
kita tak boleh masukkan dalam mulut kita dahulu sebelum bagi pada baby
sebab mulut orang dewasa banyak bakteria.
mungkin kanak² tak tahan.
lebih² lagi orang dewasa yang merokok.
back tu nature
kalau makanan pedas
cuma lumurkan pada nasi
atau bilas dengan kuah sup.

sama juga dengan puting baby (pacifier)
tak boleh masukkan dalam mulut kita untuk dibersihkan
kalau dah terjatuh kat lantai.
dalam mulut kita lagi banyak bakteria daripada atas lantai!


mommy wants to take photo?
lets spoil it!


what else can I do?


take nose photo!
:p

yak
bila dah makan makanan orang dewasa
yak pun sama macam orang dewasa.
sebab tu penting untuk Alice makan sayur
tak nak yak terlalu keras.

sekarang memang dah boleh agak bila Alice nak yak
dan dah boleh dibelikan tempat potty.
cuma kita tak nak paksa Alice untuk potty train dulu
sebab Alice masih belum fasih bercakap.
jadi susah nak tanya bila Alice nak yak atau wee wee.
yang kita tau bila dia dah start nak meneran
:)

biasanya selepas yak atau wee wee
Alice akan tarik tangan mommy
nak wash butt
atau wash wee wee di toilet.
ada kalanya dah siap² buka pampers ajak masuk ke bathroom
tengok kat pampers tak ada yak pun
rupanya belum yak lagi.
Alice tak nak yak dalam pampers
baby mommy dah besar!
:)


bengkak dah surut
tapi ada calar kat dahi
:(

jatuh
yang paling tragis di usia 18 bulan ni rasanya
ialah Alice mula jatuh.

pertama kali di hospital mata
di cafe Alice duduk di kerusi
dia nak turun
tiba² terjatuh sampai bercalar dahi.
Alice menangis kuat
cakap 'Akit!'
tapi sekejap saja.
tuam dahi dengan ais
jadi tak la benjol dahinya.

kali kedua di pasar malam Putrajaya
Alice pakai capri pants
jatuh atas jalan berbatu.
sama juga nangis sekejap sambil cakap 'Akit!'.
Alice tunjuk lutut
tak luka pun
kejap dah ok.

paling mengesankan kali ketiga
jatuh di depan pagar nursery.
sebelum ini ada juga tersalah langkah dan jatuh di rumah
tapi kat rumah lantai licin.
kat depan nursery simen kasar berbatu².
jatuhnya sikit saja
tapi kaki tercalar
sampai terbit darah.
hari tu mommy sedih sangat² :(
Alice tak nangis langsung.
tanya 'sakit tak?'
dia buat selamba je.
tapi calar balar tu, berdarah!
(mommy yang terlebih emo!)


betis kiri bercalar balar
:(


skinned right knee
:(

empathy
ada kalanya bila Alice menyusu lama sangat
atau nakal² gigit²
atau masa menyusu tapi tak mahu duduk ontok², nak bergerak ke sana sini
atau saja mommy nak mengusik Alice
mommy nangis tipu².
nak tengok apa reaksi Alice.
Alice cepat² usap² pipi mommy
tandanya 'Sayang sayang sayang'.
mommy ajar kalau sayang tak boleh puk
kalau sayang kena usap² sambil kata 'Sayang sayang sayang'.

*bila mommy nangis Alice pujuk, maknanya kalau Alice nangis mesti la mommy kena pujuk kan! :p

Alice suka gadgets
cuma masalahnya
gadget tu mesti interaktif
Alice suka cucuk² :p
sebab itu kalau tengok mama Pi mula ambil iPhone
cepat saja Alice terkam
sampaikan Alice pernah ketuk mama Pi dengan buku.
bukan sebab marah
tapi sebab nak berinteraksi.
mommy pesan pada Alice
'Sayang sayang sayang'
Alice pun usap pipi mama Pi
maknanya dia sayang
bukan dia puk untuk sakitkan mama Pi.

sekarang ni dunia tengah hangat dengan isu keganasan Israel ke atas Palestine
waktu menonton berita
mommy sedih juga bila tengok apa yang dipaparkan.
bila scene di hospital
ibu bapa bercerita tentang ancaman yang dihadapi
tak sangka Alice pula dengan teruja tunjuk skrin sambil kata 'Baby!'
Alice nampak baby yang terbaring di katil hospital.
mommy kata pada Alice
'Baby akit, baby kena bom'
terus bertukar ekspresi muka Alice
berkerut kening dia
terus dia bercerita dengan sedih
dan bertanya lagi pasal berita yang ditanyangkan di tv.

bila daddy balik
mommy suruh Alice cerita
pasal baby sakit, baby kena bom.
Alice pun tunjuk pada tv dan cerita dengan sedih pada daddy.
ceritanya panjang
tapi dalam bahasa Alice sendiri :p
daddy pun tanya 'Alice tengok kat tv ya?'


Air! Air!
teruja tapi takut nak pergi dekat²
:p

syukur sangat² kita di bumi bertuah.
walau pun banyak cabaran mendatang hari ke hari
tapi kita jauh lebih bertuah daripada mereka di luar sana.
semoga Tuhan berikan kekuatan, kebahagiaan dan kesenangan untuk kita semua.
mudah²an.


antara rutin kita sebelum tidur
ialah tengok gambar dan video di hand phone.
boleh nampak bila Alice tengok gambar di play ground
mesti dia tersenyum lebar.
mommy rasa main sama daddy di play ground
adalah saat² gembira yang sangat dihargai oleh Alice
:)

thank you, daddy!
alhamdulillah!

0 orang ckp 'shut up u!':

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...