damdiduuu

Tuesday, November 13, 2012

penama KWSP

dari sehari ke sehari
mommy berhasrat nak letak penama untuk KWSP
supaya senang
selepas meninggal
wang caruman KWSP
boleh terus diberi kepada penama
ikut bahagian yang kita tetapkan
tanpa perlu tunggu perintah mahkamah
atau bahagi ikut faraid.
(satu per tiga daripada jumlah harta
boleh diwasiatkan
tanpa perlu dibahagi ikut faraid).

ini berdasarkan pengalaman mommy
selepas arwah mak meninggal dulu.
memang makan masa terutama kalau ada rumah atau tanah.
kesian kalau anak² masih kecil atau belum bekerja.
lebih² lagi selepas Alice lahir
mommy rasa penting untuk letak Alice sebagai penama.

ada mommy terbaca di blog
yang sekarang perlu guna Pesuruhjaya Sumpah
untuk buat penama.
pelik juga
sebab sebelum ni
staff KWSP yang duduk di kaunter akan secara automatik jadi saksi.

kebetulan hari yang kita cuti
dah ada dekat dengan KWSP Jalan Gasing
kita pun cuba nasib.


kebetulan mama Su ada ikut kita sama hari ni
kalau tidak, mati kutu juga dibuatnya.
terima kasih banyak², mama Su!
:)


budak kecik sibuk pegang tiket nombor giliran

Untuk tetapkan penama bagi KWSP
1) Isi borang - dapat percuma di KWSP
2) Seorang saksi yang bukan penama dan bukan staf KWSP
3) Kad pengenalan asal pemilik akaun untuk pengesahan identiti
4) Cap jari pemilik akaun untuk sahkan kad pengenalan & di atas borang
5) Tiada bayaran dikenakan

Oho kemudian baru kita faham.
sekarang tak perlu bawa salinan kad pengenalan.
Yang saksi pula tak boleh penama dan tak boleh staf KWSP
sebab itu ada yang minta daripada Pesuruhjaya Sumpah.
mujur kebetulan hari itu mama Su ikut sama
dapat la mama Su jadi saksi
terima kasih banyak²!
(duit KWSP pun berapa saja - nak letak penama ramai² pun malu.
tu la dulu enjoy lama sangat
kerja lambat mula)
:p

jadi macam mana?
dah letak penama KWSP?
selamat membahagi!
:D

0 orang ckp 'shut up u!':

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...