damdiduuu

Friday, November 30, 2012

Tony Romas


dah lama nak makan kat Tony Romas
baru kali ini ada rezeki
alhamdulillah
:)


budak kecik baru balik dari nursery
tengah penat dan lapar!


New York Strip untuk daddy
baru la Amerika!


sedap tak?


tiap kali makan
mesti daddy suap Alice.
thank you, daddy
:)


budak kecik makan bekal
sama non-alcoholic mojito


I love you
:)


budak kecik ada saja yang dia nak buat tu!


beri Alice vanilla milk shake


kata kat Alice 'Don't touch straw'
Alice pun simpan tangan dia
:D


another satisfied customer


licin!
alhamdulillah!


sudah kenyang makan steak
makan budak pulak.
Alice, selamatkan diri!
:p


selingan: Scottish bagpipes


fuuu punya la panjang beratur!
nasib baik kita sampai awal
tak kena tunggu lama²

Thursday, November 29, 2012

what's red and bring the sweetest smile?


smile!


mommy, you know what what makes sweeter smile?


new pink floral shoes!


cheeky baby.
you made my day

:)

p/s: dah lama sangat nak tukarkan sandal Alice
baru sekarang ada rezeki.
ikut mommy main sebat je mana ada janji selesa.
nak yang mahal tunggu daddy ya
:D

masih belum sempurna


a humble start
:)

Wednesday, November 28, 2012

kenapa saya nak cuti pada public holiday

satu tempat yang buatkan Alice teruja
ialah play ground.
dari jauh lagi Alice dah jerit² suka hati.
kalau lalu di play ground
tapi masa tak sesuai untuk pergi main
Alice sedih dan kecewa sangat².
alhamdulillah
waktu balik Seremban
kita berpeluang bawa Alice main di play ground sekejap.
kegembiraan seorang kanak² yang begitu besar maknanya pada dia :)

semoga dalam kesibukan kita sehari²
kita tak lupa ambil sedikit masa
untuk hargai perkara² kecik
yang menjadikan hidup ini lebih ceria
bagi diri kita dan yang tersayang
:)


duduk atas slide je
mula la nampak muka Alice berseri²
:)


sliding Alice style
slide
sebelah je - pegang tepi sebelah kiri.
daddy kata inilah 'Safety first'
:p


kasi chance daddy pulak relax
:)


fuuu dah macam budak Korea buat khidmat negara tak?


tengah sibuk² bersenam
sempat lagi tengok orang sini sana


main ni tak stim la mommy ...


tak ada swing untuk budak kecik
ada yang style macam ni saja


thank you daddy layan Alice main kat play ground
:)


taman permainan Bukit Chedang Fasa 1
November 2012.
next time kita datang tak tahu la macam mana rupanya
:)


kawan sama Hilmiey
Alice dominan
conquer semua mainan.
kena diajar dan dibimbing baru nak share sama².
tapi bila dah balik rumah masing²
dalam perjalanan Alice asyik lambai² kereta
sambil kata 'Mimi! Mimi!'
(Alice tak pandai sebut Hilmiey lagi)

Tuesday, November 27, 2012

kepentingan pembelajaran awal kanak²

5 tahun terawal sangat kritikal
kerana pada masa ini
asas dibentuk dalam semua segi
termasuk kesihatan fizikal dan mental.

untuk kanak² membesar dalam cara yang sihat
cuma perlukan 2 perkara:

1) perhubungan
yang stabil, rapat dan menggalakkan pembelajaran
dengan orang dewasa.
secara relatifnya orang dewasa yang penting ini bilangannya adalah kecil

2) peluang belajar
yang banyak,
dalam pelbagai bidang
supaya kanak² dapat peluang menerokai dan memahami kehidupan ini


tv vs buku

kanak² bukan perlukan tv
yang sarat dengan pelbagai maklumat
tapi perlukan interaksi sesama insan
yang boleh diberikan
antaranya ketika ibu bapa membacakan buku cerita kepada anak².
tidak kira sama ada ibu bapa tersebut
boleh membaca atau tidak.

perkara yang diuji
ialah kanak² yang berumur setahun
apabila diberikan buku adakah akan
- ambil dan tengok gambar pada buku
atau
- masukkan buku dalam mulut

jika masukkan buku dalam mulut
merupakan petunjuk utama
yang kanak² ini tidak mempunyai
skil awal membaca dan menulis


perkembangan otak

1) 7,000/saat
kadar untuk sel otak membuat hubungan antara sel
dalam masa 4-5 tahun pertama.
dari sinilah mulanya asas perkembangan penglihatan dan pendengaran
diikuti dengan kemahiran bahasa
dan fungsi kognitif yang lebih tinggi seperti
kordinasi tangan - mata.
aktiviti seperti bermain instrument muzik
dapat menggalakkan lagi kemahiran ini.

2) 18 bulan
umur apabila kita mula melihat perbezaan keputusan
bagi ujian perkembangan
berdasarkan kepada kelas sosial

3) 2:1
saiz tatabahasa
kanak² berusia 3 tahun
yang membesar dalam keluarga yang kukuh
di mana kedua² ibubapa lepasan kolej,
adalah 2 kali ganda
berbanding dengan kanak² yang membesar dalam keadaan
kemiskinan tegar
dengan kedua² ibubapa tidak tamat sekolah menengah

tatabahasa
atau bilangan perkataan yang lazim digunakan oleh seorang kanak²
adalah penunjuk penting dalam penilai kebolehan membaca dan menulis
yang kemudiannya akan menjadi penanda yang penting
dalam produktiviti ekonomi.

4) 90-100%
6 faktor risiko:
i - kemiskinan
ii - anak² yang diabaikan
iii - ibubapa teribat dalam penyalahgunaan dadah atau alkohol
iv - ibubapa mengalami kemurungan dalam membesarkan anak²
v - keluarga ibu/ bapa tunggal
vi - lain² faktor yang dikaitkan sebagai penyebab dalam mendapat keputusan yang buruk

pada umur 3 tahun
kanak² yang mempunya lebih daripada 6 faktor risiko tersebut
90-100%
mengalami masalah dalam perkembangan kognitif, bahasa dan perkembangan sosial

5) 3:1
apabila kanak² yang mempunyai 6 faktor risiko
sampai ke umur 50 - 60 tahun
mereka mempunyai risiko 3 kali ganda
untuk mendapat sakit jantung
berbanding dengan
kanak² yang tidak menghadapi sebarang faktor risiko pada zaman kanak² mereka.


berdasarkan hasil daripada kajian ini
menyokong pediatrician untuk memberi pengetahuan kepada ibubapa
dalam membesarkan anak².
tahap umur 5 tahun pertama ini amat penting
kerana hasil yang diperoleh adalah dalam jangka panjang
apabila anak² telah berjaya menempuhi persekolahan,
melanjutkan pelajaran
dan kemudiannya mula kembali kepada masyarakat
serta menajadi warga yang produktif.

Dr Jack Shonkoff
Pengarah Center on the Developing Child
Universiti Harvard
menegaskan bahawa pengalaman awal
membentuk perkembangan dan senibina otak
yang kemudiannya memberi kesan dalam pembelajaran dan kesihatan sepanjang hidup.


nota:
kosa kata
atau bilangan perkataan yang lazim dituturkan
merupakan penunjuk kebijaksanaan seseorang.
sebab itu kita boleh tengok
orang yang biasa² hanya mampu maki² bila tak puas hati
sedangkan orang yang bijak akan fokus pada isu dan penyelesaian.

Dr Jack Shonkoff ni sendiri gunakan banyak big words
atau pun perkataan yang cantik²
yang menjadikan apa yang dia kata bukan saja penuh informasi
tapi cara penyampaiannya sangat menarik.

nak kena ajar Alice baca banyak buku,
berbual dengan orang bijak pandai,
selalu rujuk kamus
dan main cross word atau scrabble la macam ni.
mama Su, mama Pi, mama Mi tolong main sama² ya!
:)

durian lagi, yay!

kalau sebelum ini
mama Su dan mama Pi belanja kita musang king best²
kali ini kita nak makan durian kampung pula.
durian biasa² saja
tapi nak makan dengan banyak tamak² :D

daddy kata di SS2 mahal dan tak banyak pilihan
jadi daddy bawa kita ke Ampang.
memang selalu beli durian di sini
cuma mommy rasa macam leceh sikit
rasa jauh, lama, penat dan kena banyak sabar redah traffic jammed terutama di Cheras.
bila dah sampai sini memang banyak pilihan.
durian kampung macam² gred.
musang king RM15/kg
D24 RM6/kg.
manggis sebungkus RM8
lebih murah daripada SS2
tapi mungkin kita datang pada masa ni
manggis dah lisut sikit
dan kualiti tak sebagus atau sesegar macam kat SS2.

alhamdulillah
murah rezeki kita musim durian kali ni
:)


macam² gred durian kampung


jom buka dusun kat Pahang nak?
:g~~


mana satu pilihan kalbu?


mula² setakat tolong kopek durian
sebab orang tu buat macam slow je


kemudian dia sendiri turun padang
siap ambil parang tolong kopek durian
dan pack masuk dalam bekas polystyrene
:p


amek kau!
7 bekas polystyrene semua!
(satu bekas dah masuk dalam plastik)
RM20 sahaja


manggis sebungkus dan durian sebeban
untuk isteri tersayang
:D


punya la banyak stok durian baru sampai kat sini!


kulit durian pun banyak berbakul²!

Monday, November 26, 2012

Tutti Frutti Seremban 2

bila tak ada destinasi spesifik nak dituju
kebetulan pula ada nak tengok kedai baru
kita pun pergi Tutti Fruitti Seremban 2.
mama Mi kata dekat dengan Jusco tapi bukan dalam Jusco.
dekat area Domino's
hui tak tahu la mommy!
jadi kita ikut saja dari belakang
sampai la ke dessert heaven ni
:)


ha, cuba teka
mana Hilmiey nak pergi dengan mama Su?!
:D


nyum nyum frozen yogurt!


budak manja suka jalan² ramai²
:)


I love my mommy
oh so sweet!

:)


masa ni ok lagi Hilmiey masih pakai baju
:D


semua orang suka hati
:D


boleh pulak mama Su suap Hilmiey
minum air mineral guna sudu
:D


oho ini rupanya sebelah kedai ada Domino's
:)


sebelah kedai
Smart Reader Kid Uptown Avenue Seremban 2


bye² see you soon
:)

kalau kita boleh buat perbandingan

Tutti Fuitty
- frozen yogurt

- ada 8 perisa frozen yogurt
antaranya: vanilla, strawberry, death by chocolate
- produk utama: frozen yogurt
- ada macam² boleh ditambah
antaranya: sauce, toppings, fruits, candies, etc.
- tempat makan besar, selesa dan ceria
boleh lepak² borak² relax²
- cup besar tambah itu ini harga dalam RM17

UFO
- shaved ice

- kalau tak salah ada 3 base
antaranya: grass jelly, soy bean, green tea
- ada macam² boleh ditambah
antaranya: grass jelly, yogurt ball, ocra ball, etc
- ada hot and cold base dessert, ada juga hot fried snacks
- tempat makan kompak, meja terhad
boleh setakat nak hilang penat selepas shopping mopping
- harga satu cup (ada 1 saiz besar saja) RM5.90 - 6.50
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...