mommy dan Alice duduk di wad 1 hari saja
alhamdulillah, esoknya dalam pukul 2 petang dah boleh balik.
dijemput oleh kawan pejabat
terima kasih!
bil
bersalin normal di PPUM
April 2011
RM500++
proud daddy dengan Alice yang baru lahir :)
berpantang
dari awal lagi nenek Alice dah minta
mommy berpantang di Johor.
nak berpantang di Negeri Sembilan?
cuma ada kakak di Seremban, dia kerja.
di kampung nenek tak berapa sihat
dijaga juga oleh mak saudara yang tak selalu nak sihat.
sebenarnya
mommy ni jenis orang yang ringkas.
tak
demand lebih².
apa yang
mommy nak masa dalam pantang ialah
daddy ada.
mommy nak dari awal lagi
daddy jaga Alice.
mommy nak
daddy jadi bapak yang paling
expert untuk Alice.
mommy tak nak awal² lagi kita dah serah tanggungjawab kepada orang lain.
awalnya bukan senang
mommy nak beritahu niat ni
nak
berpantang sendiri di Damansara saja.
mungkin
mommy naif
tapi itulah hasrat
mommy.
asalkan
daddy ada
yang lain² kita buat setakat yang mampu.
awalnya memang
daddy pun tak setuju.
malah
daddy berazam nak balik JB tiap² minggu kalau
mommy berpantang di sana.
lama juga
mommy pujuk dan yakinkan.
alhamdulillah
akhirnya dipermudahkan.
mommy banyak terhutang budi dan kasih sayang dengan
daddy.
daddy jaga makan minum, emosi dan segala keperluan
mommy
bukan setakat dalam pantang saja
malah sampai hari ni
:)
daddy cukur rambut Alice pada hari ke-7
alhamdulillah rambut barunya tumbuh lebih lebat dan sihat
:)
google
apa yang
mommy buat bukan la semberono saja.
disebabkan
mommy sedar macam mana keadaan
mommy
mommy sedar situasi
mommy.
jadi dari awal² lagi
mommy dah cari banyak informasi.
semua baik buruk, moden tradisional, jimat membazir, timur barat semua
mommy selidik
terutama tentang berpantang, bersalin dan menyusu bayi.
mommy untung sebab sebelum
mommy ramai orang dah buat silap
dan kesilapan tu mereka tulis di blog
banyak pengajaran yang
mommy dapat.
antaranya yang tak
berbengkung selepas bersalin
sebab tak diterangkan bengkung untuk mengecutkan rahim dan tetapkan kedudukan rahim, bukan untuk pinggang ramping semata².
ada yang dapat tukang urut yang urut cantik
bukan
urut untuk selepas bersalin.
ada yang menyusukan anak pertama sekejap saja, tak sampai 2 tahun
tapi anak yang seterusnya diletak 1,001 tips untuk dapat
stok susu ibu berpeti²!
hanya Tuhan saja yang dapat balas jasa baik
blogger tu semua.
betapa banyak manfaat yang kita boleh dapat dengan membaca blog² mereka
:)
alhamdulillah senang jaga Alice
ke mana² pun kita bawa saja Alice sama².
daddy - mommy - Alice
i love you
cerita susu
sejak mengandung lagi
mommy dah berazam nak menyusukan Alice
sebab susu ibu adalah yang terbaik untuk
baby.
tak sangka menyusu tu bukan senang
tak sangka ada pam yang harga sampai
RM2,900!
seacara umumnya cabaran menyusu
1. bayi belajar menyusu selepas lahir
2. bayi menyusu
on demand waktu dalam pantang
3. mula simpan stok susu beku seawal mungkin
4. latih
baby minum dalam botol selepas cukup umur 1 bulan. jangan lewat nanti di
nursery baby tak pandai minum botol, jangan terlalu awal nanti
baby tak mau
direct feed.
5. selepas masuk kerja, perlu
itiqamah mengepam
on time untuk pastikan bekalan sentiasa cukup
itu bagi pihak kita.
cabaran besar juga untuk sampaikan mesej kepada
penjaga baby
supaya jangan panaskan susu lebih daripada 40 darjah celcius
sebab susu ibu ada sel² hidup
kalau dipanaskan lebih daripada 40 darjah celcius maka
baby tak dapat la antibodi yang 'mahal' daripada susu ibu tu.
sia² saja usaha kita beli pam mahal,
sterilizer mahal, botol mahal,
cooler bag dan
ice packs, berjaga malam mengepam, terkejar² di pejabat curi masa mengepam,
last² baby tak dapat pun khasiat sebenar susu ibu
:(
menyusukan bayi ni kunci utamanya ialah
sabar.
mommy pernah tengok di Hospital Pantai Ampang
ibu yang bayinya masuk NICU menangis² sedih teramat
bila susu yang dipam tak cukup nak dibekal untuk bayinya.
sedih
mommy.
bila tak dapat menyusu
direct macam kes ni yang
baby masuk NICU
memang lagi susah nak mengepam sebab tak dapat ransangan
direct dari
baby.
tapi bila dah menangis beriya² sedih - jangankan ibu yang baru bersalin tu, malah ibu yang ada stok berpeti² pun tak dapat pam banyak!
mommy sendiri boleh nampak beza
waktu
boss tak ada, fuh punya la banyak bekalan!
tapi bila
boss ada, dengan tekanan
semua
urgent terkejar itu ini
memang tak dapat banyak susu bila
stress.
precious Alice
tunggu
memandangkan
mommy mengandung selepas 1 bulan 1 minggu bernikah
kita tak mau ambil risiko.
memang
mommy berazam - paling awal nak dapat anak lagi ialah selepas 2 tahun.
ini keputusan yang bertanggungjawab.
kita diamanahkan dengan Alice.
kita perlu jaga, asuh dan didik Alice sebaiknya.
kita pegang amanah tu.
mommy juga ada terbaca (sekali lagi, besar betul pahala
blogger yang berkongsi pengalaman!)
yang ibu mengandung bila dah masuk trimester ke-2 susunya kurang
untung kalau anak dah agak besar.
kalau masih bayi, kesian la tak dapat susu ibu secukupnya.
mommy gunakan kaedah
merancang keluarga dengan suntikan hormon setiap 3 bulan.
alhamdulillah tak ada kesan sampingan.
tak ada kenaikan berat badan mendadak.
mungkin juga sebab menyusukan Alice, berat badan
mommy kurang 3 kilo berbanding sebelum mengandung.
luas alam
sejak melahirkan Alice
kita dapat rasa ikatan kekeluargaan semakin erat.
terutama sekali dalam keluarga besar.
ramai saudara mara yang tak dijangka tolong macam².
kawan² beri hadiah tak putus².
adik beradik
mommy tak payah cerita la
si mama Mia boleh pulak keluar² dari kursus dalam hutan terus pergi beli baju dan
skirt untuk Alice bila dapat tau dalam kandungan
confirmed baby girl :p
mama Su & mama Pi tak payah cerita - sampai esok pun tak habis senarai pemberian masing² :D
thank you, sayang!
yang paling istimewa tentu la
daddy Alice
ada masa kita bahagia
ada masa kita
stress
ada masa kita tak lena tidur
ada masa kita rasa penat sangat²
ada masa kita ketawa macam nak pecah perut bila Alice buat lawak
ada masa kita sama² berlari kejar Alice bila dengar bunyi pelik²
ada masa kita buli sesama kita macam mana kita buli Alice :p
tak ada apa lagi yang boleh diminta
apa yang ada dah cukup untuk kita semua
seadanya.
daddy Alice yang terbaik
layanannya
jagaannya
masakannya
bulinya
kasih sayangnya
tulus hati dan perasaannya.
terima kasih. terima kasih. terima kasih.
syukur ya Allah!