damdiduuu

Friday, April 13, 2012

pembahagian harta mengikut faraid

Faraid
bahasa: menentukan, memastikan, menghalalkan, mewajibkan
syarak: pembahagian harta seorang Islam
yang telah meninggal dunia
sama ada meninggalkan wasiat atau tidak

harta peninggalan
akan dibahagikan kepada ahli warisnya
(seperti anak, isteri, suami, ibu, dll),
menurut hukum Islam.

Harta yang dibahagikan kepada ahli waris adalah
baki harta yang ditinggalkan
setelah ditolak segala pembiayaan pengurusan jenazah, hutang pewaris (zakat, nazar, dll)
dan wasiat yang dibenarkan oleh syarak (tidak melebihi 1/3 dari jumlah harta).

harta yang boleh dibahagikan secara Faraid:
1. Tanah
2. Bangunan (rumah).
3. Barang kemas (emas, perak dll).
4. Insurans dan Wang tunai (sama ada dilaburkan atau tidak).
5. Binatang ternakan seperti kambing, lembu, unta, kerbau dll.


dah kira faraid secara berkomputer?

yang utama dan layak menerima harta pusaka:

15 ahli waris dari pihak lelaki:
1. Anak lelaki
2. Cucu lelaki dari anak lelaki
3. Bapa
4. Datuk
5. Saudara lelaki seibu sebapa
6. Saudara lelaki sebapa
7. Saudara lelaki seibu
8. Anak saudara lelaki dari seibu sebapa
9. Anak saudara lelaki dari seibu atau sebapa
10. Bapa saudara seibu sebapa
11. Bapa saudara sebapa
12. Sepupu dari bapa saudara seibu sebapa
13. Sepupu dari bapa saudara sebapa
14. Suami
15. Hamba sahaya

Jika kesemua waris lelaki di atas wujud,
hanya tiga orang sahaja yang layak:
1. Bapa
2. Anak lelaki
3. Suami

10 ahli waris dari dari pihak perempuan:
1. Anak perempuan
2. Cucu perempuan dari anak lelaki
3. Ibu
4. Nenek sebelah ibu
5. Nenek sebelah bapa
6. Saudara perempuan seibu sebapa
7. Saudara perempuan seibu
8. Saudara perempuan sebapa
9. Isteri
10. Petuan perempuan bagi hamba sahaya

Jika kesemua ahli waris diatas wujud,
hanya 5 orang yang layak:
1. Anak perempuan
2. Cucu perempuan dari anak lelaki
3. Ibu
4. Saudara perempuan seibu sebapa
5. Isteri

Jika kesemua 25 waris lelaki dan perempuan masih hidup,
keutamaan diberikan kepada hanya 5 ahli waris:
1. Bapa
2. Ibu
3. Anak Lelaki
4. Anak Perempuan
5. Suami/Isteri

cuba sendiri: kira faraid berkomputer

0 orang ckp 'shut up u!':

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...