damdiduuu

Tuesday, April 17, 2012

berkembangan bayi: Alice 11 bulan 3 minggu

tak sangka.
diam tak diam
Alice dah nak masuk umur setahun.
dari saat keputusan positif pregnancy test
pada hari terakhir puasa,
di hospital mata
kandungan bergerak tiap² kali loceng giliran berbunyi,
sampai ke ultrasound
yang doktor kata bakal dapat anak perempuan,
rupanya dah hampir setahun berlalu
sejak mommy rasa kepala dan bahu Alice keluar ke dunia
dari dalam rahim selepas 38 minggu.

perubahan
dari baby yang waktu menangisnya memang nyaring
tapi tidur lama dan senang diuruskan
jadi baby yang lasak
dan ada macam² aktiviti yang nak dibuat.
daripada baby yang ajuk daddy cakap 'uuuuuuu hahahaha uuuuuuuu' pada umur 3 bulan
yang sekarang akan ulang apa yang kita sebut pada dia
dan ketawa terkekek² bila suka hati
serta pandai buat comel² sampai orang lain pun ketawa sama
:)


baby mommy dah besar
:)

sensetif
dah nak masuk usia setahun
yang mommy perasan sekarang Alice lebih peka kepada perasaan orang lain.
bila Alice merengek
waktu mommy sibuk buat kerja
kalau mommy tengok dia,
dengan buat muka garang sikit, sambil diam saja tak cakap apa²
Alice akan senyap sekejap.
mungkin Alice tahu mommy tak senang.
sibuk dan tak suka bila Alice merengek.
tapi tak lama kemudian dia akan sambung merengek lagi :p
bukan suka², selalunya Alice lapar dan penat kalau merengek macam tu.
sian Alice ...

sama juga waktu mandi.
macam biasa Alice tak boleh duduk diam
nak tengok itu ini
termasuk tarik penyumbat tub sampai air keluar :p
bila mommy kata sit down
mesti cakap dengan jelas pada level mata Alice dan berhenti buat kerja lain.
tunggu saja
perlahan² Alice akan sit down
dan mommy akan puji 'Good girl, cleaver girl, Alice'.
atau waktu Alice sibuk nak tengok itu ini
mommy beri penutup botol susu (feeding cup) berisi air sambil beritahu Alice 'Drink'
sampai tersedak² Alice minum air dalam feeding cup! :p
waktu mandi akan jadi lebih panjang
tapi mesti set boundaries.
Alice mesti tahu apa yang boleh dan apa yang tak boleh.

tantrum
alhamdulillah Alice tak ada masalah mengamuk.
cuma 3 perkara saja pasal Alice ni:
1) seperation anxiety
2) stranger anxiety
3) Alice cepat bosan
selain daripada 3 perkara ni
Alice akan meragam bila dia lapar dan mengantuk.

tapi bila setiap kali Alice menangis
mommy hug saja dia dah berenti menangis.
tak pernah menangis lama² tak tentu pasal.
tapi MESTI dipujuk
sebab mommy pernah biar Alice menangis
untuk tengok macam mana dia sooth diri dia sendiri.
malangnya Alice menangis tak henti² dan tak berkurang intensitynya
sampai basah² baju
dan bila dipegang tangannya basah berpeluh².
menangis dengan sepenuh hati!
bila mommy hug saja, terus Alice berhenti nangis
tapi tersedu² lagi sebab lama sangat menangis.
kesiannya :(


transition object
buat masa ni Alice suka sangat dengan teddy bear daddy ni.
hahahaha kantoi daddy time bercinta ada teddy bear :p

happy baby
Alice juga baby yang senang ketawa
buat lawak ala kadar saja
sampai terkekek² dia ketawa.
yang terbaru, daddy buat macam nak tangkap Alice.
beriya² Alice lari selamtkan diri sambil ketawa excited!

bila tanya Alice
tunjuk kat mommy sambil nyanyi 'Nose, nose, nose'
Alice akan tunjuk hidung mommy
tapi pada 'nose' yang ke-3 kita paling kepala cepat²
jadi Alice tertunjuk telinga
cepat² kita ketawa 'Hahahaha ... wrong!'
Alice pun ketawa sama :)

Alice juga banyak eksperimen dengan mulut
macam² bunyi
sampai tersembur² air liur
dan macam² mimik muka baru yang dia buat.
dan bila kita buat semula bunyi
atau mimik muka tu pada dia
Alice akan malu dan ketawa² suka hati
tengok kita buat apa yang dia buat
:)


Teddy kiss Alice?

envy
cemburu juga tool yang masih leathal untuk Alice.
sekarang Alice suka jalan ke luar bilik
selalunya ke bilik air dan tandas di luar
tak tahu kenapa
mungkin sebab tu kawasan larangan
sebab tu yang dia excited sangat pergi meneroka kat sana.
kalau setakat panggil 'Alice come here'
memang susah Alice nak ikut.
tapi bila beri piano atau botol berisi air kosong atau toy
kepada stuffed animal dia
baru Alice terhenti sekejap
bila 'Teddy wants (to) play piano'
atau 'Teddy likes (to) drink water'
atau 'Bina hungry, Bina wants (to) drink milk'

lagi cemburu kalau tengok sepupu datang
dan main permainan dia.
barang yang dah lama tak usik pun
tiba² boleh jadi mainan kegemaran Alice
:p


main laci, jumpa botol Stylo Mama

hobi terbaru Alice ialah main laci kat bilik.
setakat ni dah 2 kali tersepit jari.
bila tersepit, nangis 3 saat,
tengok jari merah² kemudian sambung semula main laci :p
mujur laci kat bilik tu Alice boleh kawal gerakkan dia
jadi mommy tak nak halang sangat bila Alice main
biar la, nak tengok kreativiti Alice
cuma kena pantau selalu.

Jangan laci kat dapur yang bucunya tajam
dan bila ditutup akan tertutup dengan laju.
tambahan pula macam² bahan perisa dan perasa dalam laci dapur.
off limit!


buat spoil betul!
nak belikan topi sama head band semua tak jadi.
Alice tak suka letak barang kat kepala dia.
bangs Alice panjang, ingat nak pakaikan cekak rambut
boleh dapat murah² kat Kenanga Wholesale

setahun mungkin masa yang singkat
tapi memang tak ternilai rahmat dan nikmat yang Tuhan pinjamkan.
syukur alhamdulillah :)
mommy tak kan dapat nikmati semua ni
kalau tak ada bantuan dari mama Su, mama Pi, mama Mia, kawan² dan saudara mara.
yang paling dihargai sekali
mestilah kehadiran daddy.
dah terlalu banyak daddy buat untuk kita
cuma Tuhan saja yang dapat balas segalanya
:)

alhamdulillah!

0 orang ckp 'shut up u!':

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...