damdiduuu

Wednesday, April 18, 2012

Art of War, Sun Tzu


foto lakaran Sun Tzu

biasa dengar 'keep your friend close and enemy closer'?
ada yang kata asalnya frasa tu petikan daripada cerita The Godfather Part II
ada pula yang kata datangnya daripada Sun Tzu

Sun Tzu
atau juga dikenali sebagai Sun Wu dan Chang Qing
General dalam pengatur strategi peperangan China,
yang menulis buku
The Art of War
buku lama China berkenaan strategi militari
yang amat berpengaruh.

antara kata² hikmah daripada buku tersebut:

kenal diri & kenal musuh: dalam 100 perang pun boleh menang
kenal diri tapi tak kenal musuh: boleh jadi menang, boleh jadi kalah
tak kenal diri, tak kenal musuh: setiap kali perang mesti kalah!

sekiranya 10 kali lebih kuat daripada musuh: kepung mereka
sekiranya 5 kali lebih kuat daripada musuh: serang mereka
sekiranya 2 kali ganda lebih kuat daripada musuh: bahagikan mereka
sekiranya sama kuat dengan musuh: tarik perhatian mereka
sekiranya kurang daripada bilangan musuh: tinggalkan mereka
sekiranya lebih lemah daripada musuh: elakkan mereka

menang 100 kali dalam 100 peperangan bukanlah kekuatan yang jitu.
melemahkan musuh tanpa perang ialah kekuatan yang jitu.

pejuang yang bijak bukan saja menang
tapi menang mudah.

makin banyak kita belajar
makin sikit pengetahuan musuh kita.

perkara yang penting dalam peperangan ialah kemenangan
bukan masa operasi yang berpanjangan.

untuk jadi penentu nasib musuh
mesti jadi misteri dan tak menonjol
supaya tak dapat dibaca oleh pihak lawan.



buku asal karya Sun Tzu, Art of War

segala² tentang perang bermula dengan kelicikan memperdaya lawan.
apabila boleh menyerang, tunjukkan seperti tidak berupaya
apabila menggunakan kuasa, tunjukkan seperti tidak aktif
apabila sudah dekat, tunjukkan seperti berada jauh
apabila jauh, buat musuh percaya kita sudah dekat.

pejuang yang berjaya menang dahulu, kemudian pergi berperang
pejuang yang kalah pergi berperang dahulu, kemudian cuba untuk menang.

orang boleh melihat taktik yang digunakan untuk menang
tapi orang tak boleh melihat strategi itu datangnya dari kemenangan yang mana.

sekiranya musuh sudah bersedia di semua bahagian: bersedia menghadapi mereka
sekiranya musuh lebih kuat, tinggalkan mereka.

sekiranya musuh tak boleh bersabar, cari jalan untuk kacau mereka

pura² lemah, musuh akan jadi bongkak

sekiranya musuh bersenang lenang, jangan beri mereka rehat.

jika kuasa² bersatu, bubarkan mereka.

jika kerjasama ingin diikat, letakkan halangan antara mereka.


buku yang telah banyak dikaji sejak berkurun lamanya

serang apabila mereka tidak bersedia
muncul apabila tidak dijangka.

layan orang² anda macam melayan anak sendiri
mereka akan sentiasa patuh.

tahu bila masa boleh berlawan
dan tahu bila masa tak boleh menang

gunakan umpan untuk menarik musuh.

menguruskan ramai orang
dan menguruskan orang yang sedikit adalah sama.
ia berbalik kepada prinspip pengurusan.

orang yang pakar dalam peperangan
mendapatkan kemenangan melalui kelebihan² stategik
bukan mengharapkan kemenangan daripada askar yang berperang.

0 orang ckp 'shut up u!':

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...