damdiduuu

Sunday, July 31, 2011

inilah kasih sayang :)

agaknya sebab cuaca panas sangat tekak mommy terasa kering.
kemudiannya tekak rasa gatal-gatal dan tak selesa.
sampai lah hari ni bila bangun pagi terus batuk.

entah kenapa mommy tak plan lagi nak pergi klinik.
sikit je kot.
tak serius pun.

yang buatkan mommy tersentuh, daddy tak semena-mena carikan ubat batuk.
tanpa mommy komplen atau merungut kata tak sihat.
dia tau ubat batuk kegemaran mommy.
tak pahit, tak rasa pelik, diperbuat dari ekstrak daun ivy yang senang (sedap!) dimakan.
daddy tau kalau mommy dapat ubat batuk dari klinik pun belum tentu mommy nak makan :p

daddy pun belikan coklat juga.
bukan almond, hazelnut atau kacang lain macam yang orang selalu beli.
tapi fruits and nut yang dalamnya ada raisin mommy suka :)

mommy teringat dulu masa bercinta kalau mommy nak balik kampung atau ke mana-mana yang daddy tak ikut, dia akan bekalkan mommy dengan air susu coklat Dutch Lady dan coklat fruits and nut buat alas perut dalam perjalanan :)
sampai la selepas bernikah dan semasa mommy mengandung 3 bulan, doktor nasihatkan kurangkan makanan manis-manis, kita dah tak makan coklat lagi.

tanda kasih sayang: baby Alice yang suka nak capai semua barang depan dia, coklat & ubat batuk :)


ubat batuk dan coklat mungkin bukan perkara besar.
mommy pun insya Allah boleh beli sendiri.
tapi bila daddy beri tanpa mommy minta-minta atau memang tak pernah sebut langsung, alhamdulillah mommy terharu dengan keprihatinan tu :)

ya Allah, peliharakanlah rumah tangga dan ahli keluarga kami.
kurniakanlah kami rezeki yang melimpah ruah.
kurniakanlah kami rahmatMu supaya kami sentiasa senang, gembira, bahagia, sihat dan aman selalu.
sesungguhnya kami tidak layak untuk meminta-minta, namun hanya Engkau yang maha kaya dan maha mengasihani.

'sayang, terima kasih untuk kasih sayang ini dan segala pengorbanan yang dilakukan.
kasih sayang tak ternilai, tak mampu dibalas dan tak ada yang sepadan dengannya.
i love you so much :*

Saturday, July 30, 2011

Aktiviti Sebelum Puasa

kita plan nak cari baju raya untuk baby Alice 2 hari sebelum puasa.
senang tak nak terkocoh kacah bulan puasa nanti.
sambil tu mama Mia & mama Pi pun shopping sakan baju mengandung & baju kerja.
lunch di Sekinchan Ikan Bakar, Kota Damansara.
malamnya makan di mana lagi kalau tak restoran bot :D

mama Pi paling champion order Lamb Mix yang nampak macam untuk 3 orang makan :p


mama Mia order Chicken Chop paling cepat sampai dan paling cepat habis!


daddy macam biasa dengan black pepper steak favourite dia :)


selingan: budak yang mintak derma kat Sekinchan Ikan Bakar :p

bila nak berbuka puasa sama² eh?

Friday, July 29, 2011

hadiah sebenar bday Alice :)

tengah hari Rabu dapat sms yang nursery tak dapat jaga baby Alice lagi.
apa nak buat?
nangis?
panik?
merayu minta dorang jaga baby sampai dapat nursery baru?

tak perlu tu semua.
This is Zayck!
mommy ambil kesempatan untuk cuti jaga baby Alice.
dan-dan tu jugak.
half day Rabu, sampai Isnin baru masuk kerja semula.
mak mana yang tak suka spend time sama baby comel yang selalu dirindu-rindu, kan? :)

sebelum keluar office untuk cuti, google taska terdekat.
dapat! yeah! :D

selama cuti menjaga baby Alice baru mommy nampak perubahan dia.
baby mommy dah besar :)
baby Alice dah makin kurang tidur siang.
makin suka main, aktiviti fizikal, berbual serta makin kuat senyum dan ketawa :)
makin teliti perhatikan tangan dia, belajar guna tangan dan asyik cuba nak pegang itu ini.
maknanya baby Alice makin cepat bosan kalau tak ada aktiviti.
cepat nangis kalau tak dilayan.
tak suka baring atau duduk tengok tv saja tak buat apa-apa.

terutama sekali bab senaman fizikal ni perkara baru, dulu setakat borak je dia dah terhibur!
baby Alice kalau baring suka bergolek untuk meniarap.
kalau duduk suka bergolek untuk (tak tau, agaknya) berubah kedudukan (kot).
kalau didudukkan tak suka bersandar tapi suka tegakkan badan lurus-lurus.
suka dipegang tangannya dan berdiri - siap dia cakap (something something yang belum difahami) dengan bangga dan gembira lagi! :)

baby Alice tengah concentrate tengok tv


baby Alice mengajar mommy tak ada benda yang statik dalam dunia ni.
semua perkara pun berubah.
baby Alice berubah, makin banyak belajar dan makin pandai.
maknanya mommy pun kena berubah, kena lebih banyak belajar dan mesti jadi lebih pandai.
dengan cara tu saja mommy boleh mentor, didik dan asuh Alice.
bukan biar baby Alice tercari-cari tertanya-tanya sendiri.
bukan biar mommy dan orang sekeliling stres tak faham kenapa Alice berperangai pelik.
bukan itu untuk baby mommy :)

apa hadiah sempena birthday baby Alice 3 bulan?
play school! :D
mommy akan terus belajar untuk mengasuh baby Alice sampai bila-bila.
sementara ni mommy nak baby Alice belajar dengan kurikulum yang tersusun :)


play school ni lebih dekat dengan rumah.
insurance covered.
bukak pintu saja nampak burung kenari kuning dalam bird cage dan hamster yang suka tidur :D
cuma kosnya agak tinggi.

Registration: RM100
Deposit: RM300 (refundable)
OT (till 7pm daily) per month: RM90
Monthly fee: RM505


mahal giler kan?
double bayaran RM300 untuk nursery sebelum ni
semoga makin bertambah melimpah ruah rezeki baby Alice!
tak cukup dengan doa saja, usaha perlu dilipat ganda.
ehem ... tak teringin nak bagi hadiah birthday untuk baby Alice ke? :D

Thursday, July 28, 2011

cerita sedih: 'hadiah' bday baby Alice :(

kita ni kadang-kadang terlalu selesa.
selalu sangat kata 'tak apa'.
kita malas buat perubahan.
ikut je rutin hari-hari macam robot.

sebab yang biasa tu tak ada risiko.
yang dah selalu tu selamat.
yang hari-hari tu mudah diramal.
tak perlu percaturan yang memeningkan.
tak bazir tenaga belajar dan menganalisa.
tak bertambah penat.

kadang-kadang kita lupa - the only constant in life is change.
satu perkara tak akan berubah dalam hidup, yang pasti perlu dilakukan ialah perubahan.

aku selalu merungut itu ini pasal nursery.

bukan kain buruk, tapi itu anak orang tidur tengah jalan :p


pasal baby Alice kena cakar atau susu basi tu tak payah cerita lagi lah

kanak-kanak yang bukan anak jemaah pun dah mula nyanyi 'lagu abuya'.
(ala, kalau dia nyanyi lagu 'Puk* Mak Kau Babi Anjing' pun negatif jugak kan, asal tak risau pulak)

ada budak kata 'Tidur! Kalau tak tidur tau la! Cubit kang!'
kasar, marah nadanya.
aku tegur 'Jangan la marah adik, cakap la baik-baik baru dia dengar'.
tak lama kemudian skrip yang sama diulang.
oleh penjaga kepada budak tu.
baru aku sedar, budak sekadar meniru sebagaimana yang dia diperlakukan.

pagi


mommy datang waktu lunch


aku lihat bayi ditindih bantal besar pada badannya.
ditepuk dadanya kuat.
diusap kelapanya kasar.
sebab nak cepat suruh tidur.
aku diam sebab bukan anak aku.
sedangkan tak ada jaminan langsung yang anak aku tak diperlakukan begitu.

aku hairan macam mana baby Alice boleh ditidurkan meniarap.
baby Alice belum boleh meniarap.
dia panik kalau meniarap lebih dari 30 saat.
dia akan menangis.
kalau 30 saat dah menangis, macam mana nak buat dia tidur dalam keadaan tu?
what the hell I've put my baby into?!

baby Alice kerap menyusu.
di rumah setiap sejam lebih dia panggil mommy dia, nak menyusu.
waktu malam lambat sedikit, selang 2 jam lebih.
di luar bila berjalan-jalan pun sama, mommy Alice sedia on demand.
lambat-lambat nanti baby Alice menangis kalau tak dilayan.
di nursery waktu makan sesi pertama ialah pukul 12 tengahari.
kadang-kadang aku datang pukul 1 petang, Alice baru minum 1oz.
pagi baby Alice menyusu dan mommy tidurkan sebelum masuk pejabat pukul 9, kemungkinan besar dalam pukul 10 dia terjaga nak susu.
dari pukul 10 sampai pukul 12 apa yang baby Alice buat? dia tak lapar?

kadang-kadang aku nak jemput baby Alice dekat pukul 7 petang pun sama.
botol ketiga baru nak diberi pada Alice
kalau last feeding pukul 3 petang, maknanya dah dekat 4 jam dia tak minum.
Am I a bad mother for putting my baby through this?!

petang semasa aku mengemas beg baby Alice kadang-kadang masih ada bayi yang tinggal.
ada yang merangkak datang, meluru menghisap botol Alice.
bukan hisap di puting.
tapi hisap seluruh botol kosong tu.
sebab kelaparan.
sekali lagi aku ambil sikap 'bukan anak aku'.

pagi: tidur sorang² dalam baby cot


mommy datang waktu lunch: hey who's that?!


ada sorang bayi ni pulak selalu saja sakit.
batuk.
kalau tak batuk, hingusnya meleleh-leleh.
ah ... aku ni yang cerewet sangat agaknya.
mana-mana nursery pun mesti ada budak sakit.
patut ke aku merungut kalau baby Alice terkena batuk?

nursery tak berkunci.
biasa la, manusia tak akan terngadah selagi tak terhantuk.
apa nak risau kebanyakan baby mak diorang jaga kat dalam tu, mesti selamat punya.
kalau baby yang mak dia tak ada kat situ, tawakal je lah ...

ada kalanya baby ditinggal unsupervised.
aku la paling risau sebab baby Alice paling kecil.
lebih-lebih lagi kalau baby Alice diletak dalam bouncer kat bawah.
lebih-lebih lagi bila budak-budak lain tengah main baling-baling bola (dan juga baling mainan-mainan lain!).
kalau dalam baby cot kurang sikit kot risau.

selalu aku bekal lampin pakai buang 6 keping.
cuma 2 atau 3 yang digunakan.
sekali tu ada penjaga baru.
aku bekal 5 keping lampin pakai buang.
semua habis, tak ada baki dibawa balik.
esoknya pun sama.
lusanya penjaga yang biasa, 3 keping saja digunakan.
korang rasa yang 5 keping tu .... ?

korang letak bedak kat baby tak?
letak kat mana?
lumur 1 muka?
dulu aku hairan kenapa balik rumah mata Alice merah, uratnya timbul.
kan dia baby lagi, takkan penat mengadap pc?
sampai la satu petang aku tiba di nursery, aku tengok muka baby Alice berbedak.
kelopak mata pun berbedak.
tepi keliling-keliling mata pun berbedak, tak ada gap langsung.
(entah kenapa bila tengok je aku rasa macam jadi bodoh, tak percaya langsung, betul ke apa yang aku tengok nih?!)
kemudiannya aku tengok seorang budak baru lepas mandi.
mukanya dilumur bedak (pinjam je bedak sapa yang sempat) sesedap rasa.
baru aku sedar mata Alice sensetif, tak boleh letak bedak DALAM mata dia ...

aku ni memang tak sedar diuntung.
orang nak jaga baby dah cukup baik.
orang lain dah hantar anak bertahun-tahun kat situ tak pernah pun komplen, siap dapat puji lagi!
kalau tak suka pergi la cari tempat lain.
habis cerita.

memang aku nak cari tempat lain.
masih mencari.
biasa la manusia ni anti-perubahan.
bila nak berubah asyik bertangguh dan beri macam-macam alasan.

sekarang tak perlu tunggu.
tepat usia baby Alice 3 bulan dia diberi hadiah istimewa.

sms sudah!


cuba cari nursery lain.
pada tengahari Rabu.
kalau korang macam mana?
berapa lama masa yang diambil untuk cari nursery lain?

Wednesday, July 27, 2011

Cerita Kontot

Adik Kakak
Di nursery
Me: Kakak, dalam perut mama ada adik?
Girl: Ada.
Me: Ada berapa orang?
Girl: Ada sembilan.
Me: Wuuuu banyaknya! Adik lelaki ke perempuan?
Girl: Perempuan ke lelaki sama je
Me : (untung dia tak demand!) :p

Kacak
Dalam lif.
Budak berkopiah 1: Tingkat 2 ye?
Me: Ha'ah, terima kasih.
Budak berkopiah 2: Berapa bulan kak? (sambil tengok baby Alice)
Me: 3 bulan. Abang ... Abang ... (kata pada baby Alice yang tengok Budak berkopiah 1)
Budak berkopiah 1: Dia tengok tak berkelip mata!
Me: Dia suka tengok orang yang handsome je
Budak berkopiah 1: Aaa ... (tersenyum, terkedu dan speechless)
sampai tingkat 2, mommy dan baby Alice keluar lif.
Budak berkopiah 2: Orang yang tak handsome dia tak nak tengok
Me: (alahai terasa la pulak yang sorang tu! padahal dua² pon tak de la handsome sangat keh keh keh!)

kagum
sumpah kagum bila Pipiyapong kata *dia akan panggil polis kalau rumah dia dimasuki pencuri.
biar kuasa jahat lawan kuasa jahat!
macam mana dia boleh terfikir macam tu eh?
nak kena beli burger dia nih baru boleh berguru!

*mengulas pasal Bersih 2.0

getting lucky
kata Oprah: Luck is preparation meeting the moment of opportunity. There is no luck without you being prepared to handle that moment of opportunity.
wah sangat enlightening kan?!
Mulai saat ini marilah kita bersedia untuk merebut peluang!
baru boleh jadi bertuah!
kalau kita tak bersedia, kita tak akan jadi bertuah sampai bila².

Thanx Oprah! :)

Perkembangan Bayi: baby Alice 3 bulan!

baby Alice dah besar!


lebih sihat
- semasa baru lahir, baby Alice mengalami umbilical hernia jadi dia selalu menangis kuat bila tak selesa atau sakit. alhamdulillah menjelang 3 bulan usianya, umbilical hernia dah sembuh jadi dia lebih ceria :)

tidur
- baby Alice senang dijaga. dia jenis yang tidur malam. bila lapar malam-malam cuma merengek, menyusu sambil pejam mata dan kemudiannya tidur sendiri. jangka masa menyusu waktu malam kurang berbanding 1 sesi penyusuan waktu siang.

menyusu
- baby Alice kerap menyusu. tengok pipi je pun tau. sebab tu agaknya kat nursery dia kerap menangis bila cuma diberi 3 botol susu dalam masa 10 jam

main
- rasanya sebab lain kenapa baby Alice selalu menangis di nursery ialah dia dah makin kurang nak tidur siang, dia lebih suka main dan berborak sedangkan kat nursery asyik kena tidur je.

berbual
- sudah pandai berbalas bual dengan orang ketika mood baik dan orang berada pada level mata dia.

baju
- 1 batch rompers sudah tak muat, jadi sudah mula shopping untuk baju saiz lebih besar

pemalu
- bila senyum atau ketawa dia akan senyum/ketawa kemudian pandang tempat lain ... alahai pemalu rupanya baby mommy ni ya! :)

duduk
- sudah boleh duduk di Bumbo Seat atau disokong dengan bantal, leher dah agak tegap

baby Alice makin sihat :)

meniarap
- sudah mula bergolek kentang untuk meniarap tapi panik kalau meniarap lama-lama

baring
- ada masa²nya baby Alice tak suka baring tapi nak duduk macam orang besar. kalau baringkan nanti dia protes!

mohawk
- rambut dah mula lebat & panjang (daddy kata sikit hari lagi boleh pacak!) :p

komunikasi
- bila tidak selesa ada 4 peringkat
i) tinggikan suara untuk tarik perhatian orang
ii) bercerita dengan nada sedih berkenaan masalah yang dihadapi (tinggal lagi orang faham ke tidak saja!)
iii) bercerita dengan nada yang tinggi sambil menangis kalau tak dapat perhatian
iv) last resort - menangis kaw-kaw punya high pitch (selalunya bila mommy tengah drive dan tak dapat attend Alice)

linguistik
- baby Alice tak banyak bercakap guna Dunstan Baby Language, tapi dia ada bahasa dia sendiri. antara perkataan baby Alice yang mommy mula-mula faham ialah 'gek' atau 'enggek' (bunyikan perkataan tu macam 'enggang bertenggek')

*kalo terer teka la 'gek' tu apa?! :D

baby Alice dah pandai minta mau dilayan begini dan bukan begitu :)

hmmmm dah 3 bulan. bila korang nak jumpa baby Alice ni? :D

Tuesday, July 26, 2011

Chop N Steak, Kg Baru KL

salah satu restoran kegemaran daddy ialah restoran bot kat Kg Baru


salah satu kegemaran daddy yang lain ialah buli Alice


daddy makan black papper steak. mommy baru nak cuba chicken gloden blue


eh? pelik! apa yang blue kat chicken golden blue ni?
oh, rupanya konsep chicken cordon bleu tapi versi halal rupanya :)


lagi review Chop N Steak Kg Baru

bumbo seat vs karibu seat

muka tak puas hati - baru bangun tidur dah kena jadi lab rat


pelik - ni apa pulak kena duduk duduk ni?!


dari segi material, Bumbo Seat lebih lembut dari Karibu.
dari segi design, Karibu nampak lebih besar sebab bahagian siku bayi lebih rendah, berbanding design Bumbo yang 'memeluk' bayi.
tray Bumbo Seat lebih besar dari Karibu.
di Camy Sunway Giza Bumbo Seat ada banyak pilihan warna, Karibu Seat ada warna hijau saja yang tinggal.
harga Camy Sunway Giza: Bumbo Seat RM199, Karibu RM99.

Test bayi anda:
i) muat masuk, duduk dan keluar dari seat dengan selamat?
ii) bayi mau duduk dengan selesa & gembira?

selamat memilih!

duduk macam ni kan lagi rileks ...

Monday, July 25, 2011

foto: lebih dari seribu perkataan

baru lepas beli barang Alice kat SaraKids
mommy & daddy makan nasi beriani.
1st time daddy ajar baby Alice cakap 'uuuuuu'

oh so sweet
:*

Sunday, July 24, 2011

bising

auuuuuuu budak kecik nangis!
mommy jaga Alice baik², tak mo takut k
:*

Saturday, July 23, 2011

aku cinta kau & dia

gambar ni masa baby Alice belum pun cukup 2 bulan
rambut pun belum tumbuh panjang.
rambut daddy yang panjang :D

mommy hearts daddy & Alice
:*

Friday, July 22, 2011

Senarai barang bayi: Kelengkapan Penyusuan Susu Ibu

baby Alice sudah hampir 3 bulan.
alhamdulillah :)
sebagai give back, mommy Alice review barang² baby yang berbaloi dibeli.
mana lah tau moga² dapat dimanfaatkan oleh ibu² lain (bapa² tolong sediakan budget ya!) :)

sebelum tu perlu dinyatakan - mommy Alice ni jenis orang yang ringkas.
tak perlu DSLR mahal untuk enjoy fotografi.
ada semi auto pun dah seronok giler shoot sana sini.
yang penting ialah orang dan situasi gambar tu diabadikan.
orang yang kita suka, kita kagum, family & kawan².
situasi yang tak akan berulang walau diskripkan.
buat sesuatu mesti ikhlas, baru kita puas hati :)

macam tu juga bila masuk bab lain.
asalkan perkara asas ada ikut kemampuan, hidup ni dah boleh dinikmati sepenuhnya!

peralatan menyusu

- mommy Alice nak buat penyusuan susu ibu ni sebagai mudah tapi tidak ambil mudah
- yang penting ialah galakkan (ajar) baby menyusu sebaik lahir walau apa pun cabaranya!
- bila baby dah menyusu elok, yang lain insya Allah akan jadi mudah :)
- sebelum Alice lahir lagi mommy dah set dalam minda: senang je menyusu ni, tak perlu peralatan mahal cuma kena perlu sabar & cekal demi baby

pam
- nak review semua pun tak arif sebab setakat ni hanya mencuba pam manual
- setakat ini pam manual memadai untuk kumpul susu bekal ke nursery sebab kelajuan, posisi lekapan, kekuatan semua boleh setting manual ikut keselesaaan, jadi tak ada masalah :D
- kebaikan pam manual - murah, ringkas, ringan, mudah dibawa, boleh pam bila² tanpa perlu charge/bateri/sumber letrik
- salah 1 ciri yang baik pada pam manual ialah semua parts senang dicuci (ada kontroversi di Korea susu bayi yang diperah menggunakan pam berpiston tercemar dengan gris yang diletak untuk melicinkan pergerakan piston)
- pam manual Anakku RM79.90, boleh dapat RM60 masa sales.

* sekiranya ibu² ada pam bateri/elektrik, uji pam - cuba sedut air yang tidak berwarna (contoh: air paip) dan lihat hasil akhir yang terkumpul. ada keladak sisa susu? ada habuk? ada kotoran? mungkin pam perlu dibersihkan?

botol
- ada 2 jenis botol (standard & wide neck) jadi pastikan beli puting yang padan kalau beli asing²
- sekarang dah banyak botol BPA free di pasaran (dulu memang tergila² beli botol mahal, tapi akhirnya sedar botol lain pun fungsinya sama saja)
- bayi baru lahir hingga 6 bulan hanya minum 3oz satu sesi, jadi botol 5oz sedang elok untuk dilekat pada pam & kemudian beri pada bayi
- botol Bumble Bee boleh dapat purata RM4 each untuk pack 10s, total dalam RM40 per set

* selalunya pam ada adaptor yang boleh lekatkan kedua-dua jenis botol standard dan wide neck kepada pam, jadi rasanya tak ada masalah nak memilih mana-mana jenis ikut suka :)


puting botol
- jangan tak tau puting botol saiz yang sama tapi berbeza brand (berbeza manufacturer) bebeza flownya
- sebaiknya untuk baby baru belajar, susu tak keluar sehingga baby hisap
- malangnya ada puting saiz S yang susu mengalir laju bila botol senget sikit je
- setakat ini puting yang lubangnya paling kecil (flow susu keluar perlahan) ialah jenama Baby OK
- ada puting orthodentic yang berbentuk mulut baby macam jenama NUK & MAM
- ada puting yang sangat lembut macam Tommee Tippee
- cuma NUK, MAM, Tommee Tippee banyak yang jenis wide neck. jadi kalau beli botol jenis standard kena la guna puting botol jenis standard juga :)
- Baby OK dirt cheap macam RM7 per 3s, yang lain mentioned dalam RM30 untuk 2s


plastik steril menyimpan susu beku
- untuk beri pada bayi sebaiknya pam hari ini (ke dalam botol), simpan di rak pertama dalam peti ais (bukan di tempat beku), esok selepas dipanaskan beri pada bayi
- untuk susu buat stok beku (mana tau kalau ada apa² kecemasan) senang simpan di dalam plastik, jimat ruang berbanding botol.
- Suri jenama tempatan RM29.90 untuk 50s


sterilizer
- sangat² memudahkan kerja berbanding merebus botol & peralatan pam
- cuma sediakan air paip dalam botol mineral kecil di sebelah sterilizer, dah boleh nyahkuman untuk seminggu :D
- rak ringan, muat untuk peralatan sehari (pam, botol, puting dan komponen²), mudah diguna, bukan punca stress :D
- Little Bean sterilizer & warmer RM159.90


Warmer
- seeloknya bekal untuk nursery supaya susu mudah dipanaskan, lagi² kalau nursery ramai kanak² & bayi yang minum susu formula
- bancuh susu formula senang - air panas, air sejuk & susu. kalau kita nak harap penjaga di nursery panaskan air, sediakan 50-50 air panas & air sejuk atau suhu 40 darjah, panaskan susu, tunggu hingga suhu susu sedang elok diberi pada bayi, nak ke mereka? kalau nak alhamdulillah, tapi kalau baby dah menangis kita sendiri kelamkabut juga nak panaskan susu (ni baru anak 1, di nursery lagi ramai!)
- Warmer harga package sama sterilizer

cooler bag
- kalau rumah dekat perlu cooler bag?
- kalau perah susu pukul 6 petang, perlu disejukkan? sempat je kan nak bawak balik rumah, simpan di peti sejuk sebelum 10 malam (pada suhu bilik susu tahan 4 jam)
- cooler bag untuk susu yang baru perah nak bawa balik rumah atau cooler bag untuk susu yang dihantar ke nursery?
- di pejabat dan nursery ada peti ais untuk sejukkan susu tak perlu cooler bag?
- semua bergantung pada situasi masing²
- rumah baby Alice dekat dengan nursery. nursey dengan pejabat sebelah². pejabat mommy ada peti sejuk 2 pintu (yang kosong tak isi apa², tetapi terpasang je setiap hari - memang rezeki Alice kot!), cuma kat nursery peti ais jauh jadi susu simpan dalam cooler bag untuk mudahkan pengasuh (susu dalam cooler bag tahan sekitar 12 jam)
- kalau lepas kerja nak terus keluar (daddy bawak jalan²!), mommy simpan susu baru perah dalam cooler bag Alice
- Jingle Jungle cooler bag RM19.90 muat 6 botol & 3 ice packs (kat nursery Alice diberi minum 3 botol saja)


ice pack
- cooler bag tak guna kalau tak ada ice pack :p
- ice pack yang mencukupi bila diletak dalam cooler bag dengan insulasi yang baik boleh simpan susu sehingga 14 jam
- cuma bekukan ice pack (letak horizontal cantik²) dalam freezer semalaman, esok dah boleh guna
- Autumnz reuseable ice pack RM23 per 3s


baby bag
- jagan underestimate beg bayi yang bagus
- bawa apa ke nursery? baju baby, mitten, booties, barut, bedung, lampin pakai buang stok 1 hari, wet wipe, tissue, bedak, miyak telon/yuyi, sapu tangan, towel, plastik isi baju kotor, alas tidur bayi (bawa balik untuk cuci), bantal bayi (bawa balik untuk cuci & jemur kat panas), warmer (weekend waktu siang daddy latih baby minum botol), cooler bag berisi 3 ice packs & 6 botol. pergh tak cukup tangan tu!
- untuk ke nursery memang kena bawa lebih berbanding outing mungkin muat beg kecil saja
- beg yang cukup besar memudahkan ibu² bawa barang² dan yang paling penting - bawa barang² bersama bawa baby dengan selamat tak terpenyet-penyet

lain²
- sapu tangan: mudah untuk bersihkan dan lap tumpahan susu masa mengepam & menanggalkan pam
- berus botol jenis span: lembut pada botol dan memudahkan kerja² mencuci
- mesh bag: lepas cuci pam masa basah² letak dalam mesh bag jadi cepat kering. tak perlu beli, kadang² beli barang bayi ada yang packaging dalam mesh bag
- bekas makan plastik: letak komponen² botol & pam dalam bekas plastik, jadi senang dibawa dari beg ke sinki ke sterilizer


semoga dengan susu ibu, baby selalu sihat, cepat pandai dan membesar dengan baik :)

Thursday, July 21, 2011

qada' & qadar: kisah dompet berhantu

saya ada dompet wang Carlo Rino.
asalnya bukan dompet wang
tapi dompet kunci.
saya tanggalkan penyangkut kunci yang buat semak tu.
saya buat dompet wang.
best sebab saiz kecil dan cantik!
ultra portable.
walau pun duit kertas berlipat 3.

dah lama saya beli dompet tu.
tahun 2004.
7 tahun yang lampau.
bersama dompet tu saya ada beli 2 lagi barang jenama sama.
barang² tu sangat saya hargai!

ada killer stilletto warna gold, dengan batu kristal besar bentuk berlian warna coklat gelap.
sangat² chic!
sama handbag saiz kecil atasnya berbentuk bulat.
kelihatan sangat comel dan menarik sekali.
antara harta yang sangat² saya sayang.

orang kata barang mahal boleh tahan lama.
malangnya stiletto dan handbag dah tak boleh guna.
warna gold stiletto dah mengelupas.
tapaknya dah tak lekat.
tali handbag tercarik.
salutan hitam handbag pun sama mengelupas.

dulu saya cuba bersihkan handbag tu yang terimpan cantik dalam almari.
buat beg pam susu.
balutan hitam yang mengelupas tu buat pam jadi kotor ada bintik² hitam.
akhirnya saya guna handbag yang mak mertua bagi untuk bawa pam susu.
tak segah beg yang disayangi, tapi boleh la ...
terima kasih, mak! :)

agaknya 'tahan lama' tu tak la sampai 7 tahun kot.
cuma dompet saja yang saya masih gunakan dengan aktif.
warnanya dah terpalit kotoran.
dah lama.
tak cantik lagi.
namun masih berfungsi.


sekadar gambar hiasan


minggu lepas alhamdulillah saya dapat rezeki lebih.
selepas tolak barang² untuk baby Alice & (sikit :p)daddy Alice, saya berkira² untuk beli dompet baru.
dah 7 tahun kan.
inilah splurge saya.
selalu asyik beli barang keperluan.
apa salahnya beli barang kehendak.
belum iphone, ipad dan gelang emas pun (pada hal semua barang ni saya nak sebab orang lain ada, bukan sebab betul² nak sampai tak tidur & termimpi²).

dengan daddy & baby Alice, kami ke Metrojaya The Curve.
laju saya ke display shelve Carlo Rino.
ketika membelek dompet yang diidami, baru saya perasan dompet baru ini lebih besar dari key purse sedia ada.
lebih cantik, lebih elaborated dan lebih chic :)
namun bila dibelek harganya ...
50% lebih tinggi dari yang saya jangka :(

sebagai pengguna bijak, saya pulangkan kembali dompet itu kepada juru jual.
kensel!
untung kan ada isteri macam saya - stick to budget (tolong beritahu suami saya ya!).

dalam hati saya berkira².
mungkin bukan sekarang waktunya untuk membeli dompet itu.
mungkin bila dah cukupkan budget boleh datang kembali.
mungkin dalam masa terdekat.
mungkin masih belum perlu.
mungkin belum rezeki ...
(mungkin boleh beli hutang?)

pagi tadi dalam lif selepas hantar baby Alice ke nursery saya terasa sesuatu yang agak janggal.
bila diperiksa poket kiri seluar terasa kosong.
... oh no wallet hilang!

*apakah yang bakal berlaku seterusnya? adakah dompet baru yang super chic bakal jadi milik saya?! sms 'derma' dan hantarkan ke akaun bank saya :D

Wednesday, July 20, 2011

budak opis - makan² .... ilang! :0

staff turnover dalam company ni sangat tinggi
kejap² tukar orang
lebih² lagi budak² sales
tak kira la director, manager sampai la ke executive
semuanya jenis yang 'jodoh' tak panjang.
ikut²kan, staff yang masih tinggal sejak tahun 2007 dulu cuma saya sama tuan director je (empunya business).
yang lain semua baru.

makan kat restoran seafood Jumbo, Clarke Quay Singapore.
masa ni lepas exhibition Fung Shui Extravaganza join dengan Fung Shui Master Lilian Too.
Assistant Manager yang sebelah kanan grad dari Korea, dapat tawaran kerja yang lebih baik.
Manager sebelah kiri disambar company competitor :p


Hard Rock KL lepas Korean Trade Mission rasanya.
Merangkap celebrate birthday saya sekali :D
nombor 2 dari kanan director yang beralih bidang, 6 bulan lepas tu dia angkat Audi TT!


Laundry Bar, gambar paling arkib.
Account Executive awex Sabah yang dah balik negeri sebab dapat tawaran kerja kerajaan.
hahaha ni bulan Ramadhan - lepas sehari berpuasa, pergi Laundry Bar buka puasa ... bos belanja :p


orang dalam hidup kita ni datang dan pergi kan.
masa yang singkat tu la yang kita ada untuk manfaatkan.
... bila nak gi makan lagi eh? :p

Tuesday, July 19, 2011

lakonan terlebih real :p

semasa tengah dalam pantang bulan 5 dulu, ada pelancaran 1 outlet baru di e@Curve.
(sebab dalam pantang yang ketinggalan keretapi sket kot!)
kiosk jual pakaian ibu mengandung & menyusukan bayi.
Dynas Nursing Attire.

Semalam baru perasan kiosk ni
tingkat 1 The Curve
yang kat luarnya ada banyak gambar besar² Dynas.
ingat tak watak Cinda dalam drama Susuk dulu?
sekarang pulak ada watak ala mak dukun dalam You Saka ... Pergi Jauh²
bila ternampak je gambar yang terpampang kat dinding kiosk tu rasa macam 'Eeeeee scary!' :p

*nasib baik la tak lari masa terpandang Dynas yang tengah melayan customer kat dalam kiosk tu :p

jangan takut, Dynas tak dressing 'ala mak dukun masa layan customer kat sini :D
.

Monday, July 18, 2011

makan apa hari ni?

daddy bekalkan kari ayam sama ayam goreng salut tepung yang sangat lazat! kepak ayamn goreng dah siap tergigit dulu baru ingat nak ambik gambar, punya la sedapnya! :p


1st time daddy pack beg baby Alice, terlupa nak masukkan puting botol Alice. jadinya Alice ada susu dalam botol tapi tak ada puting nak minum.
mommy balik rumah ambil puting.
bawak balik sambal udang yang daddy bekal, sama dapat extra air sirap sejuk segar & oren juicy best² yeah! :D

tq daddy! :*

Sunday, July 17, 2011

antara Mijey, Kapak dan mereka

Mijey excited, Kapak malu² rimau :)


antara Mijey dgn Kapak, rasanya sapa dapat baby dulu eh?

Sabtu malam baby Alice turun bengkel
bila Kapak tau je terus dia teruja.
baby Alice tengah tukar lampin
Kapak tanya baby boy ke girl?
Siapa nama dia?
Katanya dia belum tengok lagi baby Alice.
hui excited dia!

Mijey pulak dengan machonya gaya bapak² terus je dukung baby Alice.
ye lah, sejak beli motor baru dulu karisma Mijey semakin menyerlah.
berkat gilap tayar hari² kot!
ke entah sebab selalu bawak ehem ...
Mijey dah cukup syarat eh? :D

eh Esyad pun ada malam tu la!
tapi korang perasan tak
sejak berteman, Esyad nih makin sihat la
cuba tengok gambar dia masa kat Konsert Bersatu ni
8 Mac 2009, 2 tahun lepas.
bandingkan dengan sekarang.
hmmm entah² Esyad dah dekat nak langsung kot!

aisey ada Badot skali dengan Esyad nih, wajib la Badot pon kena petik! ;p


rasa² kalo Esyad buat kenduri kat Penang ada orang sponsor satay tak?
ye lah kan.
mana tau kalau orang yang sponsor sate tu murah pulak rezeki dia
mana tau dia pulak yang sampai seru
mudah²n
amin!

eh Topex mana eh?
lama dah tak nampak dia ...
;D

selalu baby nampak warna hitam, putih & merah.
baby Alice selalu suka perhatikan benda² berbanding orang.
selalunya daddy dia pun bila pakai baju merah & snow cap merah baru Alice suka tengok :)

yang peliknya kat bengkel, selain flyers yang banyak tampal² kat situ, baby Alice tiba² asyik tenung yang sorang ni.
hmmm menimbulkan tanda tanya pulak.
jarang dia nak tengok orang.
melainkan kita ada setara dengan level mata dia, baru dia nampak & senyum² :)

lama pulak tu baby Alice tenung.
mommy tanya 'Siapa tu, Alice?'
daddy dia pun tengok.
daddy kata 'Alice tu memang, yang merah² cepat je dia nampak'.

owh sebab warna merah ye ...
ntah² ni petanda jugak kot?
yang merah² tu - ada yang bakal jugak kot?
baby baru ke atau ...
jeng jeng jeng!
:D

p/s: Gopal pun ada, sejak duk Ganu ni makin semat pulak. senang hati eh Pal? :D

Saturday, July 16, 2011

aunty Aisyah juara! :D

hari ni baby Alice pergi Pusat Latihan Sukan Maybank


nak berlatih lari laju² bila daddy gigit dia, tak la asyek jadi mangsa je pipi montel!


mommy juara makan! keh keh keh ....


tunggu kat belakang gol, bila la bola nak gol ni


daddy bawak baby Alice tengok orang main netball sebab nanti baby Alice pun nak main netball juga


aunty Aisyah suka sangat bila dapat jumpa baby Alice


hui geram geram geram!


aunty Aisyah happy sebab dah menang dapat masuk final yeah!


aunty Aisyah hero team Johor! dia score banyak² sangat gol sampai baby Alice tak boleh kira!


baby Alice dah tengok venue bola, lari², lontar peluru, lompat jauh & lompat kijang, swimming sama tengok aunty Aisyah main netball. nanti baby Alice pun nak main sukan jugak! :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...