damdiduuu

Showing posts with label sayang. Show all posts
Showing posts with label sayang. Show all posts

Sunday, July 31, 2011

inilah kasih sayang :)

agaknya sebab cuaca panas sangat tekak mommy terasa kering.
kemudiannya tekak rasa gatal-gatal dan tak selesa.
sampai lah hari ni bila bangun pagi terus batuk.

entah kenapa mommy tak plan lagi nak pergi klinik.
sikit je kot.
tak serius pun.

yang buatkan mommy tersentuh, daddy tak semena-mena carikan ubat batuk.
tanpa mommy komplen atau merungut kata tak sihat.
dia tau ubat batuk kegemaran mommy.
tak pahit, tak rasa pelik, diperbuat dari ekstrak daun ivy yang senang (sedap!) dimakan.
daddy tau kalau mommy dapat ubat batuk dari klinik pun belum tentu mommy nak makan :p

daddy pun belikan coklat juga.
bukan almond, hazelnut atau kacang lain macam yang orang selalu beli.
tapi fruits and nut yang dalamnya ada raisin mommy suka :)

mommy teringat dulu masa bercinta kalau mommy nak balik kampung atau ke mana-mana yang daddy tak ikut, dia akan bekalkan mommy dengan air susu coklat Dutch Lady dan coklat fruits and nut buat alas perut dalam perjalanan :)
sampai la selepas bernikah dan semasa mommy mengandung 3 bulan, doktor nasihatkan kurangkan makanan manis-manis, kita dah tak makan coklat lagi.

tanda kasih sayang: baby Alice yang suka nak capai semua barang depan dia, coklat & ubat batuk :)


ubat batuk dan coklat mungkin bukan perkara besar.
mommy pun insya Allah boleh beli sendiri.
tapi bila daddy beri tanpa mommy minta-minta atau memang tak pernah sebut langsung, alhamdulillah mommy terharu dengan keprihatinan tu :)

ya Allah, peliharakanlah rumah tangga dan ahli keluarga kami.
kurniakanlah kami rezeki yang melimpah ruah.
kurniakanlah kami rahmatMu supaya kami sentiasa senang, gembira, bahagia, sihat dan aman selalu.
sesungguhnya kami tidak layak untuk meminta-minta, namun hanya Engkau yang maha kaya dan maha mengasihani.

'sayang, terima kasih untuk kasih sayang ini dan segala pengorbanan yang dilakukan.
kasih sayang tak ternilai, tak mampu dibalas dan tak ada yang sepadan dengannya.
i love you so much :*

Sunday, June 26, 2011

kesedihan pada jam 4 pagi

pagi tadi dalam pukul 2 baru aku masuk tidur
lewat
masih ada kerja yang belum selesai
tapi baby Alice dah lapar lalu terjaga
cian dia

tak sampai 2 jam kemudian tak semena-mena daddy Alice yang tadinya nyenyak tidur tiba-tiba bingkas bagun
bernafas kuat dengan sepenuh kepayahan
bunyinya serius dan menakutkan

dia bergegas ke bilik mandi, ke dapur dan kemudian terjelepuk di sofa
pernafasan beransur normal
dia tak mahu kipas atau lampu dipasang
cuma mahu berehat

aku berbelah bahagi
antara baby Alice dan daddynya
setelah dipastikan baby Alice tidur nenyak, aku tunggukan daddy baby Alice
setiap naik turun nafasnya diperhatikan
hilang terus segala penat dan ngantuk
bimbangkan kemungkinan

alhamdulillah semuanya selamat
daddy Alice macam biasa berlagak abang besar tak mahu dimanjakan
dah dipaksa, dipujuk dan dirayu baru akhirnya setuju ke klinik

3 ubat makan 3 kali sehari
1 ubat makan pagi
1 ubat makan malam
itu tangkalnya mudah-mudahan tak berulang yang tak diingini
kalau tak baik juga, Rabu nanti datang untuk x-ray
batuk dah lama sangat, kata doktor

setiap waktu adalah masa yang terindah. terima kasih, sayang



---------------------------

semua yang berlaku terlalu pantas
aku bimbang kalau aku tak tau bertindak bila terjadi sesuatu
atau lebih buruk lagi
... kalau sudah taqdirnya

aku tiba-tiba terpukul
tersedar
bahawa dunia ini hanya pinjaman
hidup yang fana
terlalu singkat masa yang ada

tak dapat aku tahan kesedihan ini
aku terlalu sayangkan abang
bukan setakat sayang
malah terlalu banyak aku bergantung padanya
dari segi kewangan, dalam menjaga & membesarkan baby Alice, serta abang teman hidup aku
terlalu besar maknanya semua itu

aku nak abang tahu dia sangat-sangat dihargai
bukan semata-mata masakannya, cara dia melayan Alice, ingatannya kepada isteri & anak waktu senang atau susah
dah segala pengorbanan yang dilakukan
tanpa itu semua pun dia tetap yang terbaik
jodoh yang dipilih Tuhan buatku

'jangan nangis, tak de apa-apa lah'
suara itu mententeramkan

za sayang dia
:'(
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...