damdiduuu

Showing posts with label kerja. Show all posts
Showing posts with label kerja. Show all posts

Tuesday, November 26, 2013

bila orang mintak hutang, nak cakap apa?!

not bad.
dah lama tak mengarang (eh?)
tipsnya senang saja: buat karangan pada awal pagi!

kepada mereka yang kerja kat company besar:
alhamdulillah.
kepada mereka yang kerja kat company kecik
tapi tak payah penat² fikir pasal company punya cash flow :
tahniah!
kepada yang lain²
yang terjebak sama
walau pun bukan pemegang saham:
all the best!

dalam soal kerja
sama jugak dalam kehidupan seharian
macam pergi pasar beli ikan.
kena buat pilihan terbaik
dengan sumber yang ada
dan tawar menawar untuk dapatkan hasil optima (atau maksima?).

biasa kalau orang berniaga
dalam banyak² syarikat
dalam banyak² transaksi
kadang² ada 1 atau 2 yang 'sangkut'.
kat sini la perlunya negotiation.
kena tegas dan berhemah.
bekerja ni ajar aku satu skill penting:
macam mana nak dodge cabaran
dalam nak score goal.
macam main basketball pulak.
basketball of life la kot.

selamat bekerja!

ada orang nak mintak hutang lagi?
:p

Wednesday, November 13, 2013

lalala kerja

aku ni
on paper
kerja admin/HR
tapi director² kat sini
bila kenalkan aku kat guest
kata aku PA to Regional Director.
masa pejabat kena pecah masuk pun
ada director tu bagitahu polis
"pencuri tu ambil kunci dari drawer budak seketeri"
nama aku jugak yang naik.

kerja pun aku rasa lagi banyak kerja PA
sebab company ni kecik saja.
setakat kerja admin
selalunya orang cum kat account
jadi Admin/Account.
lagi value added.
bila nak buat payment
admin side
akan confirm betul ke dah settled/delivered.

bab HR pulak
sama juga sebab company ni kecik
boleh buat dalam beberapa minit je
dah siap salary
EPF
Socso
PCB
yang lambatnya bila kena tunggu staff submit claim
tunggu orang account kira approved commission
dan yang paling² lambat sekali
tunggu boss sign salary cheque
:p



bila boss suruh tanya directory
kat mana booth
aku register siap²
sebab takut nanti ramai boss² nak register 
jadi lambat pulak
tapi rupa²nya boss² tu semua diorang main masuk je siap escort
tak register pun.
hampagas!
#nakbuatperangaimacamboss

kesimpulanya
gaji yang aku dapat sekarang
memang setara kerja PA
sebab tu aku terpaksa redha
bila boss minta aku hadir meeting luar.
walau pun pakai baju koyak
(anak sapa la yang pergi kerja pakai baju koyak tu!)
walau pun pakai sandal
tak bawak kasut
(kasut simpan dalam kereta
tapi sekarang abang yang bawak kereta!).
boss bukan kira semua tu.
dia selamba kapal kata "This is okay what"
walau pun dia sendiri pakai kemeja siap cuff link
yang dia cuma pakai untuk majlis rasmi besar²
*sigh*

meeting luar ni
bagus bila nak bina portfolio
bukan kecik anak
tapi dengan ASEAN player.
bila meeting dengan datuk²
baru kita tengok macam mana meeting yang produktif.
bila orang kata "definitely no vacancy, fully booked"
tapi dengan big player
ada je yang jawab "it IS possible".
kos kat 5 star cafe
boleh dapat harga RM1.5k per table.
bila bagi situasi mencabar sikit
ada macam² input berguna daripada orang yang berpengalaman.
nak kira budget
darab²  itu ini
dah dapat gross profit.

walau pun tak dapat buat plan yang kemas
dalam masa sejam lebih
tapi 1 sesi mesyuarat ni dah bagi aku banyak info.


datuk sana
datuk sini
tak tau nama, panggil datuk je senang!
:p

cuma masalahnya meeting kat luar.
4pm.
pukul berapa nak balik?
start 6.00pm dah mula kena bayar OT nursery Alice.
yang paling aku berat
aku tau mesti abang tak senang

kebetulan meeting kali ni
salah seorang big boss tu
tengah organize event kat KLCC
hall 1-3
(dia kata kos venue je dah makan RM1.2mil
tapi pasal profit dia tak sebut pulak!) :p
jadi kali ini meeting dibuat kat KLCC.
aku ni bab direction memang masuk air
(sebab tu aku suka park kereta kat tempat open air yang senang cari
kalau kat basement yang ada banyak² tingkat mesti aku fail!)
jadi bila abang kata nak datang jemput
keluar dari dewan
kalau ke kiri aku rasa ada Aquaria, KLCC mall semua tu
maka aku pun pusing ke kanan
rasanya lagi dekat ke jalan besar.
aku beritahu abang
supaya tunggu di Traders Hotel
sebelah Exxon Mobile.
itu la direction paling senang yang aku boleh bagi.

dah abang tanya
kenapa meeting kat hotel?
-_______-

Monday, May 20, 2013

kejadian pecah masuk


pelik tak kalau tengok situasi ni?


aik .... macam mana orang yang sikit punya pengemas
bilik dia boleh jadi macam ni?
hmmmm ....

p/s: jam hand phone cepat 20 minit






betul ke Uncle yang dalam pejabat tu?
kalau betul, kenapa dia tak sms atau telefon beritahu dia dah sampai?!

tak lama kemudian dapat panggilan telefon
yang mengesahkan
pejabat kena pecah masuk!


umang ai!
tak pernah tengok beselerak macam ni sekali!
nasib baik dah spring cleaning baru ni
kalau tak, mau lagi dasyat tahap bersepahnya!


semak mata!


check apa hilang.
buat police report.
polis datang ambil gambar & cap jari.
ni inspektor sahab tengah tengok cctv


abang dah warning
tunggu orang lain datang dulu
baru masuk pejabat.
relax dalam kereta dulu ...

nasihat polis dan hasil brainstorming kita

1) guna solex jenis lama
macam yang tiga bulat, Yale
(inspektor sahab ada sebut beberapa jenama tapi tak ingat).
solex baru lubang kunci besar
boleh masuk screw driver dan ketuk dengan tukul saja untuk buka.

2) subscribe alarm
yang alert send pada mobile phone
supaya senyap² polis dapat tangkap pencuri.
bukan yang bising tu nanti semua orang buat bodoh je

3) target utama ialah laci
kreatif sikit.
kunci penting dan petty cash jangan simpan kat laci.
buku² atau fail selalunya orang tak usik.

4) minimumkan barang yang tinggal kat pejabat
(lap top, petty cash, extra hand phone, kamera)

kalau difikir²kan, barang kat mana² pun boleh hilang
pecah rumah/ pejabat/ kereta/ ragut.
beringat dan mohon perlindunganNya selalu
:)

Wednesday, June 20, 2012

parking percuma di PJ



selalunya di Pelangi Square
penguatkuasa MBPJ akan datang periksa tiket parking
pada pukul 10.30 pagi.
biasanya ramai yang bayar parking RM1
bermula pukul 10 pagi.
paling jimat bayar 60sen
bayaran minimum.

hari ini lain halnya.
dapat parking percuma.
ulangtahun bandaraya PJ ke-6.
budak opis tanya
'Tak ada cuti ke?'
:p

Tuesday, June 12, 2012

nikmat milo ais bungkus

tak dapat digambarkan dengan kata²
waktu tengah stress di opis
tiba² ada orang datang ambil order.
walau pun budak yang baru masuk kerja
kena pow belanja semua orang kat opis.
tetap, nikmat milo ais bungkus
memang tiada tandingannya!



moga bertambah kaya, senang dan selamat
orang yang suka belanja milo ais
terutama pada waktu tengah panas kering dahaga.
amin.

alhamdulillah!


Wednesday, May 30, 2012

nak masuk tv?! Part 7: Shooting Sierra Damansara

rasa macam malaikat yang ada kepak.
rasa macam kupu² ringan terbang melayang.
lega.
relieved.
senang hati.
rasa macam hilang segala beban.
tenang.
selepas dengan lancarnya
menyempurnakan lafaz ayat² terakir
untuk shooting kali ini.
tamat ... buat masa ini.

walau pun kena beberapa take
berjaya! :)
berkat persediaan,
pengalaman public speaking masa sekolah
dan masuk kelas teater di UTM dulu.
semestinya juga dengan sokongan daddy Alice!
:D


awal² dah terpacak.
hujan.
basah.
mood nak tidur
:p


kita mekap dulu!


baju bajan masing².
orang perempuan macam ni la!


don't drive and whatsApp!


orang kuat


di sebalik kamera


check mic one two
check one two ..
.
selit kat pinggang


scene pertama.
tengah nervous²
:p


sabar la amoi
mau kasik
pasang cantik²
balu bule angkat foto!


wah! cantiknya lepas deko!


ramai sangat nak cakap
kena guna boom


dah kasik mic besar ni
cakap! jangan tak cakap!


tunggu ....
tunggu ....
tunggu ....
tunggu lagi ....
kalau belikan katil Ikea ni untuk Alice ok tak?


inilah namanya gedik!


it's a wrap!

kata orang yang bekerja production
kerja ni hanya untuk orang yang betul² minat.
kalau tak minat memang tak jadi.

aku?
aku rasa kerja ni memang mencabar.
perancangan nak kena lengkap.
selepas buat perancangan, ada banyak perkara akan jadi spontan.
mesti sentiasa bersedia.
masa menunggu panjang.
masa bekerja jadi panjang.
mesti sentiasa positif dan ceria.
tak boleh moody sebab lama menunggu
nanti nampak apa pulak bila dirakam kamera.

untung krew produksi sporting
tak banyak kerenah.
tak marah kena take banyak² kali shot yang sama.

untung dapat peluang.
untung dapat pengalaman & pengetahuan.
untung dihargai :)

ada 3 + 1 episod lagi.
moga dipermudahkan
:)

Friday, May 25, 2012

Maxim Sunway Giza Launch

kalau selepas waktu kerja
nak pergi function
terutama yang berkaitan dengan kerja
memang payah sikit.

kena jemput Alice
dan mestinya dihantar oleh daddy Alice.
mujur kali ini abang baik hati nak temankan
dan kebetulan kita tak ada apa² plan.
merasa juga makan buffet yang sedap²
dan meraikan sebuah perniagaan baru
serta dikelilingi oleh mereka² yang berjaya
:)

soft launch Maxim di ground floor Sunway Giza, Kota Damansara
boleh nampak papan tanda merah dari jalan besar
kedai menjual wallpaper, sofa kulit dan hiasan dalaman.


banyak betul bunga & ucapan tahniah :)
Alice suka belajar perkara baru


orang berparty
Alice sibuk berjalan sini sana


abang makan sikit saja
walau pun sate memang sedap!
biasa, jaga badan
:D


team Bangsar - PJ - Kota Damansara - ... err Korea?!
:p


Farah sempat juga datang
dalam sibuk pindah SaraKids Puchong,
koleksi baru nursing bra, nursing pillow dan botol susu ibu siap penunjuk tarikh,
nak buka cawangan baru di Space U8,
nak lancarkan buku berkenaan penyusuan,
exhibition sana sini hampir setiap minggu,
kursus laktasi di Brunei
dan rancangan keibubapaan untuk tv3 & Astro.
termasuk juga
baru lepas meeting untuk pembangunan produk terbaru SaraKids (syyyyyy ... rahsia!)
:D


mudah²an satu hari nanti kita pun berjaya
dalam cara kita tersendiri
:)

tq yayang
semua yang diusahakan
sentiasa perlu sokongan, kasih sayang dan redha suami
:)




Thursday, May 24, 2012

nak masuk tv?! Part 6: My BIG day!

my BIG day?
hahaha tajuk ni bukan apa.
tajuk menganjing :p
pernah sekali tengok di office
budak² separuh mati buat preparation untuk event
sampai sakit² tak cukup tidur, tak cukup makan, tak cukup rehat
sekali ada pulak terdengar
seseorang yang 'kurang' buat kerja (ayat sopan)
berbual di telefon mengumumkan
'Tomorrow is my big day!'
lembu punya susu, sapi kasik perabis semua tulis nama dia!
hahahahaha
............................................... tamat mengumpat :p


owh terujanya!

bertemu kita sekali lagi
di episod kali ini
dalam slot
Deko Bersama Maxim (penekanan tonasi dengan muka senyum gedik)

itu la skrip yang dihafal berhari².
sampaikan Alice protes
bila kena tunggu lama sangat dalam kereta sebelum turun
sebab mommy sibuk hafal skrip.

itu pun daripada 4 episod
cuma episod yang shooting terawal yang aku hafal.
selebihnya?
cue card!
:p


pam susu sambil hafal skrip.
moga bila Alice minum susu ni
dia jadi mudah mengingat
:D

akhirnya diputuskan
hari ini nak pulun shoot 4 episod + 1 breaker.
abang tanya tak boleh balik awal ke.
aku katakan AKU la yang nak diinterview dalam 4 episod tu
aku divanya.
ada 28 muka surat skrip aku!
breaker saja yang aku tak terlibat.

bak kata Lisa, aku 'redho'.


bintang utama dalam episod pertama
bentuk bintang
ala² lambang Israel pun ada
:p


yang ini aku dah hafal:
untuk pemasangan pada kali ini
tuan rumah telah memilih
kertas dinding dari koleksi S-Secret 8219-4


apa agaknya kata cik puan kaunselor laktasi
bila tengok wallpaper untuk bilik tuan puteri ni
sebab dia tak suka polka dot!
:p


kertas pemidang tema tuan puteri
kena cakap Bahasa Melayu
sebab shooting program Bahasa Melayu


bintang kedua
yang ini tak hafal apa nombor kod.
mencabar woo nak hafal nombor banyak²!

4 jam sebelum shooting
dapat berita
ayahanda kepada production manager
kembali ke rahmatullah.
shooting postponed
.

apa lagi?
sambung la!
bertemu kita sekali lagi
di episod kali ini
dalam slot Deko Bersama Maxim.

mesti confident dan lancar
tapi mesti jelas sebutir².

ulang sekali lagi ...

Monday, May 21, 2012

nak masuk tv?! Part 5: jangan main lekat²!

tau tak memorabilia yang untuk gantung²?
siap ada suction cup untuk gantung kat permukaan yang boleh jadi kedap udara
macam cermin ke, kaca ke, atau plastik yang licin?

baby
Alice ada satu toy tu
dia panggil Pinky
teddy bear merah jambu yang daddy beli kat Famous Amos
jenis yang boleh gantung².
boleh tahan kuat juga suction cup dia.
lekat kat dahi pun tahan lama!


apa yang nak cerita kat sini?
kalau minggu tu ada shooting
tolong JANGAN lekat toy ni kat dahi
sampai hari shooting pun tak hilang lagi tanda bulat kat dahi!

... hai Fiya Dhiya Saloon ~~~
mekapkan saya extra cantik ya!
:p

Friday, May 18, 2012

nak masuk tv?! Part 4: Stage Fright

berat!
itu yang terbuku di dada
bila boss bentangkan jadual shooting kali ini.

aku dan cik puan kaunselor laktasi dah susunkan
nak shoot 5 episod dalam masa 3 hari.
content pun dah baik punyer aku adjust.
memang aku dapat bayangkan ceria sungguh hari kita bakal shoot tu nanti!
segar. ceria. padat. berkesan. mantap.

bak kata cik puan kaunselor laktasi
gabungan kita 'meletop!'
:p


haiyoo ini olang banyak hal!

cobaan!
memandangkan boss tak free
untuk 3 hari
(sebenarnya boss tak perlu ada pun!)
jadi dia pun crampkan 5 episod untuk shoot 1 hari saja
siap buat tentatif
untuk buktikan ianya doable.

aduyai!

apa boleh buat
bila bekerja dengan production
kena sentiasa bersedia.
dulu pernah pukul 6.30 pagi
cik puan kaunselor laktasi dapat panggilan
untuk berjumpa dengan boss besar production jam 8.30 pagi.
tak ada jalan lain
mesti sentiasa bersedia.
cuma masalahnya kali ini bukan production team yang ada hal
tapi boss aku pulak yang banyak songeh.
hmmm ...

apa boleh buat.
set mood: ceria! ceria! ceria!
5 episod pulun 1 hari?!
ceria! ceria! ceria!

:'(

ya Allah, permudahkanlah segala urusanku ...!


3 minit punya slot shoot sampai 5 jam
yang 5 episod macam mana?!
hmmmm ....

p/s: sebenarnya aku ni stage fright ke atau bengang sebab jadual kena tukar? :p

p/p/s: baru dapat berita
daripada cik puan kaunselor laktasi
yang pihak boss aku nak tukar jadual shooting lagi.
aduyai!

sekali lagi:
ya Allah, permudahkanlah segala urusanku ...!

Wednesday, May 16, 2012

kemas meja

datang pejabat nampak 2 ekor lipas
dalam singki kat pantry
lipas hidup!
bukan lipas kecil
tapi lipas merah yang besar tu!

time for spring cleaning!


arkib: dulu waktu Alice datang office mommy
:p


sekarang: sudah lega ...

Wednesday, May 9, 2012

stamping di LHDN Damansara Perdana

rupanya tak siapa pun tahu
berapa kena bayar untuk parking di income tax Damansara Perdana.
orang kerja sana pun tak tahu.
abang kata ikut rate
check saja la di autopay bila nak keluar.

member office kata kalau boleh
dapatkan parking betul² depan entrance.
kalau tak ada, boleh masuk ke basement
(alhamdulillah syukur sangat² saya tak payah bersusah payah pasal parking ni!)

saya?
mujur abang yang hantarkan.
abang memang saya saya sangat².
abang risau kalau saya kena drive jauh²
(selain daripada office & nursery Alice, semua tempat lain dikira jauh!)
mana² saya nak pergi, abang hantar.
terima kasih sangat²
:)


masuk² saja tak perlu beratur
terus ke kaunter 11 untuk ambil borang
isi borang berdasarkan contoh yang ditampal dekat² dengan tempat ambil nombor giliran.
ambil nombor giliran.
tunggu nombor dipanggil untuk berurusan di kaunter


selepas urusan di kaunter
pergi ke kaunter 16 atau 17 untuk urusan pembayaran.
selepas submit borang, agreement & bayaran
tunggu kakak kaunter panggil nama dan dapat agreement yang dah siap stamping.
selesai!

p/s: sila buat stamping dalam masa 30 hari daripada tarikh agreement.
kalau dah lebih 30 hari, kena penalti RM25!



Tuesday, May 8, 2012

birthday celebration: office

masing² pun sibuk
super busy.
minggu ni & minggu depan ada event & shooting.
banyak preparation kena buat tak henti².
sempat buat makan² kecil²an saja.
terima kasih untuk Val yang beri hadian & kek Black Forest!

happy birthday
Simon May 5th
dan saya May 4th
:)

may we get what we wish for
:)



terima kasih Shu
yang aturkan makan²
:)


Black Forest cake
sponsored by Val

:)


happy birthday!
satu office tak ada lighter nak nyalakan lilin!
:p
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...