dah masuk 6 bulan, car seat Alice dah wajib kena buckle up.
kalau tak ikat, Alice boleh duduk dan keluar dari baby car seat dia!
(sepatutnya dia baring di car seat)
bahaya sungguh!
gambar ni bukan Alice tengah tidur
tapi Alice tengah cari jalan macam mana nak tanggalkan seat belt!
merakam perkembangan baby Alice untuk rujukan masa hadapan,
mommy teruja dengan telatah Alice hari²
:)
rasanya pencapaian Alice yang terbesar sekarang ialah merangkak.
Alice mula pandai nak merangkak.
dah boleh mula
posing dalam posisi merangkak
walau pun masih belum boleh bergerak.
nak merangkak rasanya kena duduk tanpa bantuan.
dari posisi baring nak duduk
juga Alice dah boleh
tapi masih belajar dan berlatih.
mommy bersyukur sangat
bila dapat tengok macam mana gigihnya Alice belajar
dan berlatih hari² sampai pandai
:)
masih ligat!
perasaan ingin tahu Alice juga sangat tinggi.
macam² dia nak belajar.
macam² dia nak sentuh, masuk mulut/ jilat.
sana sini dia nak pergi.
semua benda dia nak tengok.
waktu nak tukar lampin dan keringkan badan serta pakaikan baju lepas mandi
memang waktu yang sangat² mencabar
sebab Alice tak boleh duduk diam.
mesti bagi Alice sesuatu untuk belek dan tarik perhatian dia.
kalau tidak dia sibuk nak jilat
changing mat biru yang cantik tu
dah tak mahu baring untuk disapu bedak, diletak minyak atau dipakaikan baju dan lampin.
cerita bedak
kadang² tak ada
toy within reach.
mommy terpaksa beri lampin,
wet wipe, bedak atau
socks
untuk tarik perhatian Alice.
supaya dia duduk diam untuk beberapa saat.
dari situ baru
mommy perasan satu perkara!
selalu
mommy bagi botol bedak, mesti Alice suka.
masalahnya,
mommy rasa setiap kali lepas guna
mommy akan pastikan tutup semula penutup bedak tu.
tapi bila
mommy ambil botol bedak dari Alice,
mesti penutupnya terbuka.
bahaya betul!
kalau bertabur satu hal nak bersihkan!
... kemudian
mommy sedar
Alice dah pandai pusing penutup bedak tu la!
patut la terbuka!
... hai, pandainya dia! :)
tak boleh duduk diam.
ada je sana sini dia nak pergi.
toy kena selalu cuci
sebab selain ketuk², beak & wing birdie boleh buat gigit juga
:p
babling
Alice juga dah lebih yakin nak bercakap
tak la keluar perkataan sepatah²
cuma lebih banyak bunyi yang Alice buat
dah tak perlu masukkan tangan dalam mulut saja baru nak berbual
:)
pengembaraan baru bermula!
yeah, baru² ni
daddy belikan Alice
walker.
memang bayak kontroveri pasal
walker
sebab
baby tak nampak kaki dia bila duduk atas
walker
dan
walker lebih membina otot bahagian bawah kaki
(tapak, pergelangan kaki dan betis)
sedangkan untuk berjalan perlu kuatkan otot bahagian atas kaki.
juga isu keselamatan.
jadi kita tak gunakan
walker untuk latih Alice berjalan.
walker gunanya untuk aktiviti.
supaya Alice tak bosan.
dia boleh
explore satu rumah termasuk
toilet dan bilik mandi yang dia tak pernah tengok.
nak tahu tempat kegemaran Alice?
di dapur!
terutama waktu
daddy masak².
(memang
confirm Alice ni anak
daddy!)
oh ya, sejak Alice mula mengembara ni
kita mula pastikan rumah
childproof
insya Allah bila Alice lebih
mobile nanti dah senang.
sekarang ni Alice suka ambil beg susu dan letak kat tempat yang pelik²
(Stylo Mama
cooler bag yang warna pink terang tu!)
Alice cuba bawa beg
nursery dia tapi berat
(heret beg sambil jalan sini sana)
dan kadang² banyak benda pelik² yang dia bawa
antaranya
t-shirt daddy yang
mommy letak atas
stool,
plastik yang ada barang² yang disimpan di rak buku,
dan beg Elle yang
mommy buat beg pam
(kalau dah perempuan tu, mesti suka
handbag juga!)
Alice ambil masa sehari untuk pandai
maneuver walker.
esoknya kita tengok Alice dah pandai kawal gerak kaki dan pergi ke sana ke mari atas
walkernya.
yang paling
best - bila kita panggil, nanti Alice datang :)
belajar main lagu kat walker
belajar bergerak ke sana sini
tengok macam² benda baru
Alice the explorer
semua benda yang tercapai Alice akan bawa jalan² :p
kelakar
antara barangan rumah yang boleh buat Alice terhibur ialah
remote Astro.
remote tv &
dvd player warna hitam
Alice tak minat.
remote Astro
best warna putih.
bila tekan² pula, nanti lampu merah kat
remote menyala.
kalau
mood baik, Alice boleh ketawa setiap kali dia tekan butang dan lampu merah menyala :D
mommy layankan saja.
itu yang kadang² sedap² tengok Top Chef, Astro boleh
on off.
cepat²
mommy beri
toy lain pada Alice
:D
Alice juga terhibur kalau kita buat perkara² kreatif.
kalau kita buat yang lain dari kebiasaan.
contohnya?
selalu bila Alice baring, kita kata '
Up'
dan tarik tangan Alice supaya dia bagun.
nak kelakar sikit hulur bantal pada Alice.
kemudian kata '
Up'.
nanti Alice sambil ketawa² dia pegang bantal untuk bangun.
Alice rasa kelakar sangat!
sebab kita tak pegang tangan Alice
tapi kita guna bantal untuk
Up
:p
determination
Alice ni bila nak sesuatu mesti dia cuba bersungguh².
sekarang ni, salah satu
goal dia ialah nak duduk, berdiri dan berjalan.
mommy perasan sejak masuk 6 bulan, tangan Alice selalu nak mencapai sesuatu yang tinggi.
bila dah dapat, dia akan genggam kuat²
dan tarik kuat²
supaya dia boleh bangun.
WALAUPUN dia tengah menyusu nak lena
walaupun dia tengah tidur.
the damage?
masa menyusu dan nak lena Alice pernah genggam lengan
mommy kuat²
dekat tempat yang lembut sangat tu
pergh dia punya sakit memang
kaw² punya!
tu pun nasib baik dia tak sempat tarik!
yang lain² - hidung, bibir dan rambut
mommy yang jadi mangsa.
:(
untuk mengelakkan perkara tak diingini
mommy keluarkan bantal peluk
baby untuk Alice.
buat masa ni Alice tak ada idea lagi apa dia nak buat dengan bantal peluk tu.
mommy nak beri Alice belajar dan cuba
explore lagi.
biar la Alice ramas dan tarik bantal.
bantal tak sakit.
jangan Alice pun perangai cam
daddy suka usik dan buli
mommy sudah! :p
wabak
alhamdulillah setakat hari ini Alice sihat
walau di
nursery ada wabak tangan, kaki dan mulut
tapi Alice tak dijangkiti.
moga² Tuhan sentiasa lindungi kita semua
permudahkan semua urusan kita
buat kita pandai, rajin dan tak mudah putus asa.
insya Allah
:)
thank you, daddy :)
pertama kali daddy letak Alice duduk dalam walker.
kasih sayang seorang ayah
:)
* untuk minimakan 'keburukan' guna
walker, kita tak la 24 jam letak Alice dalam
walker, sebaliknya beri masa yang banyak untuk Alice berlatih duduk dan merangkak di kawasan lapang.
* kita juga tak pernah biarkan Alice dalam
walker, kita mesti pantau - terutama kalau pergi ke kawasan yang lantainya tak sama
level (walau pun
walker masih stabil, tak terbalik atau terjatuh). macam² benda baru Alice jumpa dan macam² tempat dia nak pergi.
* set tilam, bantal dan bantal peluk
baby - mama Su yang beri dah lama dulu, sekarang baru rasa ada keperluan nak guna bantal peluk.
thank you, mama Su! :D
*
mommy dan Alice selalu senang sebab
daddy selalu jaga kita belikan itu ini, masak
best², main sama Alice dan bawa kita jalan².
Thank you, daddy! :*