damdiduuu

Sunday, November 13, 2011

tekanan di tempat kerja

apa yang penting?!
kerja sama!
dulu kerja membawa aku ke sini sana.
sekarang boleh pergi oversea lagi?

tertekan.

itulah yang aku rasa kebelakangan ni.
pasal kerja.
company buat julung kalinya anjurkan event besar.
governor dan duta turun.
wakil kerajaan Malaysia, Muhkriz Mahathir.
(hehehe teringat pula waktu translator Korea tanya
macam mana nak pronounce nama VIP².
Mohammad disebutnya Mohamad-the!)

kejar masa
dalam waktu persediaan
tertekan sebab menyediakan dokumen yang panjang berjela.
selalunya kena submit urgent ke Korea.
alhamdulillah sempat juga siap dalam masa 2 hari.

early rise
kemuncaknya
bila event dah berlangsung
kena ada di Hotel Istana di Bukit Bintang sana
sebelum pukul 8.30 pagi.

dari Mutiara Damansara?
nak ke Bukit Bintang?
sebelum 8.30 pagi?
nak hantar baby Alice ke nursery pukul berapa?
6.30 pagi?

pejabat - rumah - nursery
aku dan abang sengaja cari rumah dan nursery yang paling dekat dengan tempat kerja
supaya kita tak perlu keluar rumah pukul 6 pagi
dan tak perlu hantar Alice ke nursery pukul 6.30 pagi.
selalu kita hantar Alice ke nursery pukul 8 pagi.
dah sampai nursery, aku feed dan tidurkan Alice
dalam 8.30 baru gerak ke pejabat.
supaya tak mahu Alice tertekan ditinggalkan menangis² atau tak selesa di nursery.
aku juga tak mahu susahkan pengasuhnya.
mesti pengasuh pun tertekan bila baby ditinggalkan dalam keadaan merengek sebab penat atau lapar.

eh dulu Mika Micro Music pun pergi Korean Trade Meet la!

bila ada event
bila kena keluar awal sangat²
aku cuba terangkan pada abang.
kita cuba plan baik².
bukan aku yang minta nak keluar pagi redah jem
bukan aku yang minta nak hantar Alice subuh²
bukan aku yang minta adjust serba serbi untuk accommodate jadual kerja baru.

siapa susah?!
memang tertekan.
kalau setakat aku mungkin tak apa lagi.
bila libatkan abang
dah tak sedap sikit
sebab abang pun ada jadual kerjanya sendiri
(abang lebih komited, lebih rajin kerja dan selalu datang awal berbanding aku) :p
untung abang senang bertolak ansur
untung orang lelaki tahan lasak dan panjang akal.
cumanya, bila dah nak kena libatkan Alice
itu memang tak patut.

bayangkanlah - aku tak minum air teh, air kopi dan air berkarbonat
sebab nak minimumkan kesan buruk kepada Alice.
walau pun aku rasa minuman tu hanya 10% boleh beri kesan pada baby.
tak mudarat pun.
tapi selagi apa yang boleh, aku elakkan.
kalau dengan minuman pun aku memilih
inikan pula nak letakkan baby dalam situasi yang payah?

mandi pun susah?!

aku dan abang pun sepakat nak mandikan Alice sendiri.
sebab ada banyak risiko kalau orang lain mandikan baby.
kita sendiri pun kena hati² sangat² bila mandikan Alice.
lagi² di nursery budak² ramai.
macam² boleh jadi.
selalu dalam 7.15 pagi selepas Alice bagun tidur, main dan segar sikit
kita mandikan Alice.
Alice suka belajar dan explore itu ini waktu mandi,
Alice tak nangis dan tak tertekan.
memang senang uruskan Alice.
kemudian kita pesan pada pengasuh, petang pun Alice tak perlu dimandikan.

tapi kalau kita hantar Alice ke nursery pukul 6.30 pagi macam mana?
nak mandikan Alice pukul 6.00 pagi?
nak kejut Alice bangun pukul berapa?
atau hantar saja Alice tak payah mandikan
dan sepanjang hari kita tertekan dan selalu saja berdoa
agar tak ada kejadian tragis berlaku di bilik mandi?
*sigh*

minum pun susah?!
lagi satu pasa bottle feeding.
salah aku agaknya sebab lewat latih Alice drink bottle.
sampai sekarang Alice hanya drink bottle kalau betul² perlu sahaja.
menjelang petang Alice expect aku jemput dia dari nursery dan beri dia direct feed.
menjelang petang Alice dah tak mahu bottle feed.
petang² bila balik rumah
daddy nak bottle feed Alice, tapi Alice cuma juihkan bibir.
tak mahu.
tapi bila nampak aku, terus terkam!
lambat sikit menangislah dia macam dah lapar sangat².
pada hal sebelum aku balik tadi tak mahu pun minum susu botol.

kerja tetap kerja.
ramai ke sikit ke
kerja tetap perlu diselesaikan!


my colleagues deserve a big fat bonus!
aku tabik pada rakan² sekerja yang komited.
yang boleh tidur 3 hari 2 malam di hotel.
setiap hari kerja sampai jam 5 pagi.
walau pun mereka belum berkahwin dan belum punya anak
pastinya banyak juga pengorbanan yang diberi.

senang!!!
aku bersyukur akhirnya diberi kebenaran
untuk back up di HQ saja
tak perlu ke hotel.
serta merta segunung bebanan terangkat.
serta merta hidup jadi senang walau di luar hujan lebat dan Astro tak ada siaran.
serta merta aku berlapang dada sebab urusan Alice dipermudahkan.
alhamdulillah!
aku akan bekerja dengan penuh dedikasi.
alhamdulillah!
I can't ask for more
:)

p/s:
sepanjang hari aku risau sebab abang nak jemput Alice dari nursery naik motor.
aku mungkin balik lambat.
aku nak tinggalkan kereta dan jalan kaki ke pejabat (ala dekat je!) tapi abang tak izinkan
(risau sangat dia! sayang juga abang pada aku eh!) :p
balik tu aku rindu sangat dengan abang & Alice, macam la lama sangat terpisah!
terima kasih, sayang :*
abang selalu jaga aku baik² sangat² :)

0 orang ckp 'shut up u!':

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...