damdiduuu

Showing posts with label tips. Show all posts
Showing posts with label tips. Show all posts

Sunday, July 8, 2012

beginner photo editing tutorial: beach photo

kalau dapat bercuti ke Male, Maldives
memang seronok.
air lautnya jernih
boleh nampak ke dasar.
lagi² kalau ada kamera DSLR mahal
dan pandai setting.
memang segala²nya seindah alam ciptaan Tuhan.

tapi kalau bercuti di dalam negara
dan kebetulan
pantai tak berapa nak bersih atau cantik
serta kamera pun tak berapa nak mahal,
masih boleh juga dapat gambar yang ok.
tak malu la setakat nak tengok sendiri dan buat koleksi peribadi :)

paling senang edit gambar
guna saja apa aplikasi yang ada kat pc.
free.
senang.
boleh edit yang simple².
contoh di bawah ni guna Windows Photo Gallery

Contoh 1: nak langit & laut lebih biru


1. kurangkan Contras
- sebab gambar ni ada bayang di muka
- bila kurang Contras, imej yang terlindung dengan bayang nampak lebih jelas


2. naikkan Saturation
- bila Contras dah kurang, warna akan jadi sedikit pudar
- naikkan Saturation untuk naikkan warna


3. turunkan Color Temperature
- kalau suhu warna lebih rendah, gambar akan jadi lebih biru


4. naikkan Brightness
- kalau gambar nampak gelap, naikkan sedikit kecerahan


foto asal


selepas diedit

secara kasarnya nak lebih warna:
temperature low: biru
tint low: hijau
tint high: merah
saturation high: warna lebih menyerlah

Contoh 2: nak laut biru


1. naikkan Saturation


2. turunkan Color Temperature


3. naikkan Contras


foto asal


selepas diedit

tak cantik pun?!
kecantikan tu sangat subjektif.
lain orang, lain citarasanya.
ini adalah sekadar panduan.
mesti cuba explore sendiri buat sampai puas hati.
bukan setakat gambar pantai atau laut saja
boleh cuba jaya untuk situasi lain.

selamat mengedit!
:D

Tuesday, March 13, 2012

tips untuk mempermudahkan hidup!

simpan cadar dalam sarung bantal.
senang nak cari yang sepadan!

nak berhibur?
tak ada speaker?
mainkan lagu di telefon bimbit.
letak telefon bimbit dalam mangkuk untuk kuatkan bunyi!

bekas wet wipe baby
yang tidak digunakan lagi
boleh buat bekas simpan plastik!

buat ruang storan mudah
untuk simpan barang ringan di bahagian siling rumah

gunakan bekas telur
untuk mengasingkan barang² yang ada komponen² kecil

nak ke pantai?
jangan lupa bawa bedak bayi
untuk buang pasir yang melekat di kulit dengan mudah!

letak velcro strap di dinding
untuk mudahkan simpan soft toy baby

balut muncung penyedut vacuum dengan stoken nipis
untuk cari benda² kecil yang hilang

bekas cup cake segera!
cuma potong tanda pangkah
pada tutup kotak kasut.
mudah kan?

cara mudah melipat fitted bed sheet!

gunakan pelekat megnetik
pada vanity box
untuk menyimpan barang² yang mudah hilang
- pin, tweezer, pengetip kuku

tip packing untuk holiday:
letak kasut dalam shower cap
untuk jaga kebersihan barang lain dalam beg

letak plastic cup dalam muffin tray
guna megnet sebagai pemberat dalam plastic cup.
siap untuk jadi tempat barang² kraf anda!

labelkan wayar menggunakan tag roti

bakar cup cake dalam cone aiskrim
lebih mudah untuk dimakan dan lebih menarik juga!

microwave pop corn dalam brown paper bag.
lebih sihat
dan lebih jimat berbanding pop corn dalam pek.

gunakan rod untuk gantung spray bottle.
jimat ruang dan lebih kemas!

buat telur bentuk love.
ahhh romantiknya!
:)

bakar doh biskut di belakang muffin pan.
selepas siap
boleh letak aiskrim atau buah di dalamnya!

bekukan aloe vera dalam kiub ais
sesuai untuk kulit yang sun burnt

gunakan gutter atap
sebagai pasu panjang
untuk tanam sayuran.
jimat ruang!

gosok walnut pada kesan calar perabot

gunakan WD40 untuk hilangkan kesan krayon pada tv atau dinding!

Tuesday, January 17, 2012

suami yang sexy di mata wanita


1) "kadang² lawak jugak bini aku ni"
- tegur dengan kata² yang baik
- setiap kali isteri buat salah atau ada yang tak kena, ingatkan dalam hati "kadang² lawak jugak bini aku ni"
- jangan marah² terutama waktu penat atau tension

2) senyum manis
- perempuan cair bila tengok lelaki pujaannya senyum, tak kira walau lelaki tu rongak atau rambutnya dah nipis

3) penyayang
- sayang anak dengan cara tukarkan lampin, mandikan anak, main dengan anak dan beri isteri peluang makan dengan tenang & berehat² sekali sekala

4) belai rambut isteri
- orang lain tak berhak pandang atau sentuh rambut, hanya untuk suami saja

5) terima kasih
- 2 kata yang sangat digemari oleh orang perempuan
- kalau nak suruh isteri buat suatu perkara banyak² kali dengan hati terbuka, ucapkan banyak² terima kasih dan katakan anda menghargainya :)

p/s: dah tulis pendek habis dah ni
moga² orang lelaki nak baca
:D

Tuesday, November 15, 2011

tidurkan baby 6 bulan dalam masa kurang 20 minit: cara Alice

setiap pagi mommy ada mission impossible
(impossible la sangat!)
:p
sampai di nursery lebih kurang 8.10am
dan perlu masuk kerja sebelum 9.00am.
paling afdhal keluar dari nursery 8.30am.
jadi ada masa 20 minit untuk feed dan tidurkan Alice.

kenapa perlu feed dan tidurkan?
supaya Alice, mommy dan pengasuh tak stress.
win - win - win situation
hehehe siap sampai 3 tu! :p

masa
sebenarnya tidak la susah sangat
sebab memang pun masa tu waktu nap Alice.
cumanya bila dah kata baby tu
makin besar makin aktif
makin tak tahu nak duduk diam
makin banyak nak belajar
makin susah nak fokus
makin cepat meragam kalau tak dapat apa yang dia nak.

feeding
sampai di nursery
mommy keluarkan susu dari beg
keluarkan kain bedung dan sapu tangan.
sampai² saja Alice terus merengek
nak feed sebenarnya
tapi mata sibuk tengok itu ini sini sana
tangan sibuk nak capai apa saja yang dia nampak.

feed Alice dengan sabar.
sebab Alice tak boleh fokus.
kalau ada mak² hantar baby, semua Alice nak tengok
tapi mak² tu semua tak boleh usik atau tegur Alice
nanti Alice menangis (stranger anxiety)
tapi Alice sibuk nak tengok semua orang.

duduk di bahagian kepala baby
letak sebelah tangan pada baby
jadi baby tak sibuk nak bangun tengok itu ini pergi sini sana


sedia!
bila agak² dah kenyang, mommy terus letak Alice atas bouncer.
macam biasa, selalunya Alice tak nak baring.
mesti Alice sibuk nak duduk
nak capai itu ini
nak pergi sini sana.

tipsnya?
jangan duduk di depan bouncer
jangan duduk di bahagian kaki baby.
sebaliknya, duduk di bahagian kepala.
sebelah tangan letak atas dada baby.
(macam teknik tidurkan baby cara Sears tak?)
kalau boleh tangan sentuh bibir/hidung baby.

sabar - tenang
memang awalnya Alice akan tetap nak duduk dan buat itu ini
tapi bila mommy sabar
buai saja bouncer sabar²
Alice akan tenang.
buai buai buai.
ada juga kalanya macam Alice nak hisap lengan mommy
tapi sementara Alice masih boleh bau mommy, Alice akan tenang.
jadi dia akan baring.
buai buai buai.
lama² Alice pejam mata.
mommy tarik tangan mommy perlahan² dari bouncer.
buai buai buai
lama sikit nanti dia lena :)

tak mengejut
buai makin perlahan sebelum berhenti.
kadang² memang Alice terjaga bila berhenti buai bouncer dia.
jadi kena buai lagi.
makin lama makin perlahan dan berhenti.
inysa Allah akan tidur sebab memang waktu nap dia (rutin)

buai saja
selepas Alice lena baru mommy keluar dari bilik baby
rapatkan pintu
dan simpan susu dalam peti ais.
kenapa kena rapatkan pintu?
sebab kalau Alice terjaga, pengasuh boleh buai bouncer saja
Alice akan tidur balik.
tapi kalau Alice terjaga
dan nampak mommy terkantoi keluar nak pergi office
nanti Alice menangis
kuat² pulak tu!
:p

kenapa perlu simpan susu dalam peti ais?
kenapa tak beri saja pada pengasuh?
saja nak memudahkan.
susun susu siap² ikut turutan
kan senang pengasuh nak ambil untuk panaskan nanti :)

kelakar la pulak ...
dulu mommy pelik
kenapa di rumah kadang² bila masa nak tidur
Alice hentak² kaki dia.
di nursery baru mommy faham
rupanya Alice minta bouncer dia dibuai.
setiap kali mommy berhenti buai bouncer, Alice hentak² kaki.
bila dibuai, dia diam
:D

kata pun baby mommy
mesti la sayang mommy sangat²
:)


tak ada bouncer?
macam mana kalau baby tak tidur dalam bouncer?
wah ada pengasuh yang tak minta sediakan bouncer pun?
untungnya! :D

di rumah memang Alice tidur atas tilam.
alhamdulillah
Alice jenis yang tak banyak ragam
walau dia aktif dan suka nak belajar itu ini
agak senang juga nak tidurkan Alice.

1. tidur pada masa yang sama (rutin)
kalau sesekali kita bawa baby keluar,
balik lewat melebihi waktu tidur baby
mungkin dia tak tidur pada waktu yang selalunya.
disebabkan kita yang tukar suasana & jadual baby
jadi kita kena banyak sabar
jagan marah² kata baby buat perangai tak mahu tidur pula!

2. tidur pada masa yang baby hendak tidur
mommy tengok waktu tidur Alice makin lewat berbanding waktu baru lahir, 3 bulan dan sekarang 6 bulan
kalau dulu balik dari nursery terus tidur, sekarang masuk tidur dalam 9 malam.
kalau baby tak nak tidur tapi kita nak tidurkan juga, memang lebam la!

3. tidur bila baby dah penat
bagi baby buat aktiviti fizikal
meniarap, merangkak, berjalan
atau yang paling best sekali main sama² mommy & daddy!
bila dah penat baru senang baby nak tidur

4. selesa
kalau selesa senang baby tidur.
tukar lampin, tukar baju tidur yang lebih selesa jika perlu
suasana bilik tidur yang sunyi, malap dan nyaman.
(tolong jangan pasang lampu terang² & jangan membebel kalau nak suruh orang tidur!)
kalau nak mandikan, pilih waktu yang sesuai.
feed -> kenyang -> selesa -> lena
:)

kalau senang tidurkan baby, kenapa selalu dengan mak² sekali tertidur?!
ala, bagi chance la
... bukan senang jaga baby
:p

dah lena baru senang hati mommy nak pergi kerja
dah lena baru sure Alice tak stress bila kena tinggal di nursery
(at least for this specific time!)
dah lena tak la stress sangat pengasuh nak jaga Alice pagi²


p/s:
1. terima kasih untuk daddy yang permudahkan mommy tidurkan Alice hari² kat rumah.
daddy memang sporting! :)

2. terima kasih sebab daddy ada habit baik selalu keluar awal nak pergi kerja.
kalau ikut mommy, memang keluar lambat.
berkat keluar awal, dapat mommy jaga Alice sekejap di nursery
tak tinggalkan dia terlolong² macam tu je :p

3. bouncer yang cantik boleh dapat RM70 sahaja di My Dear Warehouse Sale.
bouncer yang cantik sikit dan berjenama sikit boleh dapat dengan harga yang sama di Sogo waktu sale.
rasa macam membazir je kalau beli bouncer mahal² :)

Wednesday, March 23, 2011

7 tips - home preganacy test kit

bagaimana home preganacy test kit berfungsi?

kit ini bertindak mengesan kandungan hormon human chorionic gonadotropin hCG dalam sampel urine.

lazimnya apabila seorang wanita itu mengandung, ovum secara umumnya disenyawa oleh sel sperma di tiub fallopia.
dalam masa 9 hari, ovum yang tersenyawa tersebut turun dari tiub fallopia ke ke rahim dah melekat di dinding rahim.
apabila pelekatan itu terjadi, rahim mula menghasilkan hCG ke dalam salur darah wanita tersebut.
sebahagian daripada hCG turun disalur ke urin beliau.
dalam beberapa minggu awal kandungan, tahap hCG meningkat dengan mendadak-ia mengganda setiap 2 ke 3 hari.

hormon tersebut boleh dikesan oleh home preganacy test kit seawal 2 minggu selepas persenyawaan ovum berlaku dengan sperma.


22/8/2010 - hCG negatif


panduan menggunakan home preganacy test kit

1. semasa memilih home preganacy test kit, lihat tarikh pengilangan yang paling terkini untuk keputusan terbaik.

2. baca arahan dengan teliti - setiap test kit mempunyai arahan tersendiri

3. waktu bangun pagi lazimnya dapat keputusan paling tepat

4. cuci tangan & bersihkan 'sumber sampel', ambil sampel di pertengahan - bukan awal semasa mula² buang air kecil

5. pastikan tingkap keputusan berada di bahagian atas dan senang dilihat ketika mencelup absorbent strip dalam sample atau menitis sampel pada test kit mengikut arahan

6. tunggu mengikut masa yang diarahkan

7. walau apa pun keputusan yang diperoleh, untuk lebih pasti-jalani ujian di klinik kesihatan

semoga berjaya! :D

Sunday, March 20, 2011

7 tips - fotografi



1. bergembiralah SEKARANG!
apa pun kamera (atau telefon bimbit!) yang anda ada, setakat mana pun tahap kemahiran fotografi yang anda mampu kuasai, gunakanlah sebaik²nya sekarang. tak perlu tunggu hingga sampai tahap dewa untuk enjoy fotografi!

2. ready? shoot ... go!
perkara asas yang perlu sentiasa ada - kamera, bateri (cukup banyak untuk mengambil gambar sepanjang masa yang anda peruntukan? sudah dicas semula hingga penuh?) dan kad memori yang cukup besar untuk mengumpul harta karun yang bakal dilaba. ingat, gambar menarik ada di mana², terutama di tempat yang tidak dijangka!

3. ikut suka
anda suka merakam alam semulajadi? lampu? amoi cantik? kenduri kahwin? turutkan naluri, bajai kegemaran anda untuk menghasilkan foto² yang lahir dari mata hati. dalam fotografi, dunia ini adalah sebagaimana yang anda ingin corakkan!



4. letak gambar di hadapan
gambar yang menarik tersirat seribu perkataan di sebaliknya. biarkan gambar menjadi jurcakap anda. anda sendiri mungkin tidak akan menyangka apa yang akan keluar di sebalik lensa

5. pelbagaikan sumber
Eos World dan Nikonian Academy kerap mengadakan kursus fotografi untuk pelbagai peringkat kemahiran dan kecenderungan. tinjau² juga kedai² dan kumpulan² fotografi yang sering mengadakan meet out dan peluang² shooting berkumpulan.

6. bersikap terbuka
bersedia untuk mendengar komentar dari sesiapa sahaja. setiap orang ada pendapat mereka tersendiri. kita boleh belajar banyak perkara dari kritikan dan kutukan - asalkan bersedia untuk mendengar terlebih dahulu!

7. penambahbaikan
tiada perkara yang statik dalam dunia ini. sentiasa belajar untuk menjadi lebih baik, lebih cekap, lebih kreatif dan lebih disenangi. tambah ilmu, tambah rezeki dan tambah nilai estetika foto anda!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...