damdiduuu

Wednesday, March 23, 2011

7 tips - home preganacy test kit

bagaimana home preganacy test kit berfungsi?

kit ini bertindak mengesan kandungan hormon human chorionic gonadotropin hCG dalam sampel urine.

lazimnya apabila seorang wanita itu mengandung, ovum secara umumnya disenyawa oleh sel sperma di tiub fallopia.
dalam masa 9 hari, ovum yang tersenyawa tersebut turun dari tiub fallopia ke ke rahim dah melekat di dinding rahim.
apabila pelekatan itu terjadi, rahim mula menghasilkan hCG ke dalam salur darah wanita tersebut.
sebahagian daripada hCG turun disalur ke urin beliau.
dalam beberapa minggu awal kandungan, tahap hCG meningkat dengan mendadak-ia mengganda setiap 2 ke 3 hari.

hormon tersebut boleh dikesan oleh home preganacy test kit seawal 2 minggu selepas persenyawaan ovum berlaku dengan sperma.


22/8/2010 - hCG negatif


panduan menggunakan home preganacy test kit

1. semasa memilih home preganacy test kit, lihat tarikh pengilangan yang paling terkini untuk keputusan terbaik.

2. baca arahan dengan teliti - setiap test kit mempunyai arahan tersendiri

3. waktu bangun pagi lazimnya dapat keputusan paling tepat

4. cuci tangan & bersihkan 'sumber sampel', ambil sampel di pertengahan - bukan awal semasa mula² buang air kecil

5. pastikan tingkap keputusan berada di bahagian atas dan senang dilihat ketika mencelup absorbent strip dalam sample atau menitis sampel pada test kit mengikut arahan

6. tunggu mengikut masa yang diarahkan

7. walau apa pun keputusan yang diperoleh, untuk lebih pasti-jalani ujian di klinik kesihatan

semoga berjaya! :D

0 orang ckp 'shut up u!':

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...