damdiduuu

Thursday, June 30, 2011

sudah² lah :(

aku mulanya dah tak mau ingat² lagi bila mata Alice yang kena cakar dah hilang tanda merahnya
esoknya mata yang sama bengkak & merah pulak di bucu kelopak matanya
sedih aku balik :(

selalu aku bekalkan 5 botol susu 3oz
8.30 pagi - 6.30 petang: 10 jam
baby menyusu setiap 2 jam
sebab tu aku bekalkan 5 botol
lunch break aku datang direct feed Alice
selalunya bawa 5 botol habis 4 botol

hari ni bawa 4 botol
sebab stok perahan kat rumah dah tinggal sikit
stok kat office yang banyak
tapi selalu guna 4 botol, patutnya cukup la kan

rupanya bawa 4 botol, habis 3 botol saja
1 botol ada tak berusik
sebab tersorok bawah ice pack dalam cooler bag

korang rasa apa yang Alice minum sampai pukul 6.30petang?
malam tu Alice balik menangis lapar sangat² sampai abang pun tegur kenapa baby tiap² kali balik asyik menangis lapar je, susu tak cukup ke?
aku terasa yang Alice menyusu extra lama malam tu

lagi sedih malam dalam pukul 11 Alice yang tengah nyenyak tidur tiba² menangis kuat
mengigau apa tak tau
teruk sangat bunyi tangisannya
moga² nih kejadian terpencil yang tak ada kena mengena dengan apa² trauma dan tak akan berulang lagi

*sigh*

Wednesday, June 29, 2011

sambungan - alice kena cakar

mata Alice yang bertanda merah kena cakar dengan budak di nursery


bangun pagi, tidur lewat untuk perah susu, keluar banyak duit beli botol, puting, pam, sterilizer, warmer, cooler bag, ice packs ... cuma susu yang dah berbau Alice dapat minum *sigh*


aku tak bagitau abang lagi pasal Alice kena cakar dengan budak kat nursery
petang tu lepas kerja kitorang keluar
beli cooler bag & ice pack untuk susu Alice
sebab aku baru je tau peti ais bukan kat unit tu tapi kat office depan
untuk mudahkan dorg biar la aku sediakan je cooler bag
mudah²an Alice dapat khasiat maksimum dari EBM

petang tu tanda merah kat muka Alice dah hilang
cuma tinggal tanda calar yang tak ketara sangat
patut la mak bapak tak tau kalau anak cedera kat nursery
menjelang petang dah hilang tandanya
abang pun tak tanya
moga² mata Alice tak cedera insya Allah
moga² Alice sentiasa dilindungiNya :*

malam esoknya tanda cakar dah hilang tapi bucu mata yang sama pulak merah & bengkak - yang ini abang tegur

Tuesday, June 28, 2011

baby Alice kena cakar :(

pagi hantar Alice pergi nursery elok je
lunch datang tengok muka ada merah².
tanya abang - pagi tadi muka baby ada kena gigit nyamuk ke apa?
tak ada katanya.
abang pesan ambil gambar.

ada tanda merah di kulit muka Alice
di atas kening
di kelopak mata
di tepi mata
di bawah mata sampai pipi
ada tanda yang segaris je, ada tanda yang lebih lebar.

tanya pada pengasuh
mula² dia mumble² something
apa tah tak jelas
kena kacau?

dua kali tanya baru dia jawab dengan panjang lebar
ada sorang budak tu selalu geram tengok baby
aku tanya 'dia buat apa?'
'dia cakar agaknya, tadi tak nampak pun merah, Hadeef pun pernah kena, mak dia kerja kat bawah ...' dan ada cerita panjang lagi aku tak ingat
(tak ingat dia cakap 'Hadeef pernah kena' ke atau 'Hadeef selalu kena'

*sigh*

aku sengaja tak bagitau abang
kalau bagitau mesti abang risau
aku lagi risau: risaukan abang
kalau² dia capai butterfly yang ada kat ********** pas tu tikam budak tu.
biar la aku je yang down sekarang
:(

aku tidurkan baby Alice
sebab mengejar masa, selepas letak Alice dalam baby cot aku feed Alice dengan susu yang dah perah ke dalam botol pagi tadi.
pagi tadi aku letak rata² 1 botol 2.5oz.
yang tinggal dalam botol ada separuh.
feed.
Alice muntahkan.
aku bau.
oh, bau santan masam.
padan lah
*susu perahan SELEPAS DIPANASKAN cuma tahan 1 jam, selepas 1 jam dah tak elok untuk beri pada bayi

pengasuh bawak lagi 1 botol.
sama juga.
kandungan botol dah tinggal separuh.
feed.
muntah.
bau.
masam.

*sigh*

macam mana la dorang boleh pelik yang Alice cirit birit.

*sigh*

aku susukan Alice sampai dia lena
balik office lewat setengah jam
makan gaji buta dah nih

*sigh*

kalau boleh memang aku nak baby Alice menyusu direct paling awal sampai umur 6 bulan.
kalau boleh aku nak jaga Alice sendiri supaya apa² jadi aku tak kan salahkan orang.
pada umur 3 tahun, aku nak hantar Alice ke kelas pertahanan diri supaya dia tidak dibuli dan meningkatkan self esteem dia - ada kelas pertahanan diri untuk bayi 2 bulan tak?

kalau boleh ...

kalau korang macam mana?
boleh?

masuk kerja selepas 60 hari cuti

tak mau berblog
pada awal² masuk kerja sekarang
sebab banyak hal kena semak
you know, after 60 long day (ok, not long enuff i must admit!)

pada 27 haribulan rupanya gaji masih belum buat apa² pun
saja la tu tunggu expert :p
ala setakat gaji, elaun, claim, reimbursement, EPF, SOCSO, PCB untuk 20 orang apa la sangat
sambil main fb pun boleh buat
(berlagak sebab dah siap ~ tu pon amek masa 2 hari!) :p

kerja
- ada 2 org budak Melayu baru sorang lelaki, sorang pompuan
- saya masih ada cubicle, yay! (takut raja belum mangkat tapi orang lain dah naik takhta!) :p
- saya tak ada kunci, tak payah tunggu semua orang balik untuk kunci opis yay!
- berazam nak kerja lebih dan kurangkan berinternet minggu nih

baju
- takin my own medicine, i vow to wear 1 notch higher. not that i have any of those super expensive stuff but i'm makin a lil effort on putting things together
- where's Farah when you need good advise?
(tenet ngan budak skinhead la tu!) :p



kat nursery: moga Alice dilindungi selalu


baby sitter
- ada masa baby ditinggal unsupervised
- pernah nampak baby sitter tertidur tengah² budak² bising main perang² (penat tu nak jerit² suh budak² share mainan, jangan main sorang²)
- ada budak buas, ada budak senyum je main bola buat hal masing²
- hahahaha ada sorang budak tu pagi² makan jajan Super Ring boleh pulak dia sua kat mulut sorang baby yang tengah merangkak nih, halang tangan baby tak kasik pegang jajan, calit sket je kat mulut baby pas tu bakinya dia makan dengan muka kerek. ini menunjukkan manusia memang dengki sedari azali kan? agaknya la :p

baby Alice
- syukurlah dapat baby sitter dekat boleh visit & menyusu waktu lunch & bila² senang (jangan bagitau boss gua eh!)
- just have to make do since they charged relatively cheaper than other places
- syukur ada orang yang nak jagakan baby kecik, moga Alice dilindungi selalu (Alicea maksudnya 'yang dilindungi Tuhan)
- hari pertama balik rumah, Alice boleh confused pulak masa nak menyusu pada hal baru 4 kali minum botol dan mommy datang menyusukan dia masa lunch


dont worry mommy, Alice will be fine :)


i hate Emily
- rasanya Isnin tak rindu Alice pun sebab dia dekat, tapi tiba² teringat² je ada sorang manager bawak anak dia datang kerja
- Emily umur 4 tahun kot, belum tadika tapi dah sekolah
- korang tau masa mak dia sibuk meeting dia buat apa? dia main ipad! dunia ni tak adil kan? :p

macam mana pulak korang punya isnin?
ok tak?
makin bersemangat ke makin layu?
dah tengah tahun nih, macam mana azam - dah settle 50%?
selamat berjaya! :)

p/s: congrats untuk Ikin & family atas kelahiran baby girl, sepupu baru baby Alice. semoga sihat, selamat, senang & ceria selalu :*

Monday, June 27, 2011

sapa nak kawen dengan kapak?!


sempat lagi kot sapa nak ngorat kapak.
aku terfikir perkara nih minggu lepas memandangkan kawan baik dia sebarkan sms yang mengajak umat Islam menunaikan solat Jumaat kat Masjid Melawati dengan cara yang agak kejam.
kapak dah bertunang?
ala, sementara stok masih ada ...

Sunday, June 26, 2011

kesedihan pada jam 4 pagi

pagi tadi dalam pukul 2 baru aku masuk tidur
lewat
masih ada kerja yang belum selesai
tapi baby Alice dah lapar lalu terjaga
cian dia

tak sampai 2 jam kemudian tak semena-mena daddy Alice yang tadinya nyenyak tidur tiba-tiba bingkas bagun
bernafas kuat dengan sepenuh kepayahan
bunyinya serius dan menakutkan

dia bergegas ke bilik mandi, ke dapur dan kemudian terjelepuk di sofa
pernafasan beransur normal
dia tak mahu kipas atau lampu dipasang
cuma mahu berehat

aku berbelah bahagi
antara baby Alice dan daddynya
setelah dipastikan baby Alice tidur nenyak, aku tunggukan daddy baby Alice
setiap naik turun nafasnya diperhatikan
hilang terus segala penat dan ngantuk
bimbangkan kemungkinan

alhamdulillah semuanya selamat
daddy Alice macam biasa berlagak abang besar tak mahu dimanjakan
dah dipaksa, dipujuk dan dirayu baru akhirnya setuju ke klinik

3 ubat makan 3 kali sehari
1 ubat makan pagi
1 ubat makan malam
itu tangkalnya mudah-mudahan tak berulang yang tak diingini
kalau tak baik juga, Rabu nanti datang untuk x-ray
batuk dah lama sangat, kata doktor

setiap waktu adalah masa yang terindah. terima kasih, sayang



---------------------------

semua yang berlaku terlalu pantas
aku bimbang kalau aku tak tau bertindak bila terjadi sesuatu
atau lebih buruk lagi
... kalau sudah taqdirnya

aku tiba-tiba terpukul
tersedar
bahawa dunia ini hanya pinjaman
hidup yang fana
terlalu singkat masa yang ada

tak dapat aku tahan kesedihan ini
aku terlalu sayangkan abang
bukan setakat sayang
malah terlalu banyak aku bergantung padanya
dari segi kewangan, dalam menjaga & membesarkan baby Alice, serta abang teman hidup aku
terlalu besar maknanya semua itu

aku nak abang tahu dia sangat-sangat dihargai
bukan semata-mata masakannya, cara dia melayan Alice, ingatannya kepada isteri & anak waktu senang atau susah
dah segala pengorbanan yang dilakukan
tanpa itu semua pun dia tetap yang terbaik
jodoh yang dipilih Tuhan buatku

'jangan nangis, tak de apa-apa lah'
suara itu mententeramkan

za sayang dia
:'(

Thursday, June 23, 2011

asal emo je nak cakap English!

the dreaded day came & went by.
i didn't even sleep a wink last nite.
or my wink is not as fast as it shud (am i makin any sense here?)

so i sent alice to the 'nursery'
or what happen to be a humbly furnished office space
there were few other babies & toddlers there
i secured alice's cot and went off when alice just about to bawl one of her high key pitches
i just need to leave or i'll be stucked there till closing time

the one who's takin care of the baby was rather young
not even a mom i recon
she gave some good suggestions
plus ones i'm not really fond of
i suppose she's an older hand at the kiddie game since she's being doin it rather a wee bit much longer than i have alice
hmmm i just have to let go ...

mommy, kiss me if you can! :(


i must say i'm quite concern about feeding alice since they're not familiar with EBM
its not that hard aight:
- keep milk on middle shelve in fridge (no need to freeze)
- heat milk with warmer (provided on purpose)
- check milk temprature before givin to baby
- use milk immidiately
- discard leftover milk after 1 hour of heating

its so simple even YOU can do it aight?

what do i get after 4 hours of nusery?
- diaper changed 1x
- alice fed 1x 3oz (shud it be 2x instead? do you think alice gonna put off weight?) *sigh*
- alice is still in 1 piece (thank God!)

what did i do when i got around 3 hours on my own for the 1st time since alice was born?
spring cleaning!
the whole house was spit shine!
i wanted to clean the room and flip the bed for quite a while, but alice always sleeps there

i hope my dear hubby notice the changes

... kadang-kadang orang perempuan nih bila dah jadi emak lupa nak jadi isteri
- sekadar memetik
something i've read somewhere

23rd June 2011 9am-1pm: baby Alice 1st nursery experience
... wish me luck (or her?)
*sigh*

baby Alice pakai skirt Care Bear yang mama Mia bagi. tq mama Mia! :)

Tuesday, June 21, 2011

merancang keluarga: depo provera



apa?
- kaedah merancang keluarga melalui suntikan
- terapi hormon yang tahan 3 bulan

mana?
- suntikan boleh dapat di banyak klinik kerajaan dan swasta
- cuma boss saya concerned sikit, dia tak mau doktor sembarangan yang bagi shot
- untuk mengelakkan perkara tak diingini, saya pergi jumpa doktor specialist yang buat antenatal check up dulu
- Dr Fatima di KJMC

bila?
- masa yang sesuai untuk ambil suntikan nih dalam bulan ke-3 atau ke-4 selepas bersalin
- Dr Fatima kata 'start fertile 3rd or 4th month'

berapa?
- klinik swasta biasa mungkin dalam RM37
- kat KJMC harganya sekitar RM40
- Dr Fatima charged consultancy RM20 (murah kan?!)

macam mana?
- sebelum nih doktor (lain) kata kalau 'ada isi sikit' suntik kat tangan
- saya suntik kat pinggul
- tak sakit pun ... betol!
- 2 hari pertama rasa loya-loya dan kepala rasa tak berapa best (ntah-ntah sebab stres kot?)
- lepas tu ok dah (agaknya la kot) ;p

sesuai?
- self monitor - kalau sebulan naik sekilo lepas ni tak payah lagi guna kaedah ni
- kalau menyusu badan kemungkinan besar berat badan terkawal (yeah!) :D

next shot?
- 3 bulan dari suntikan sebelumnya
- kalau awal atau lewat 2-3 hari tak pe, jangan sampai seminggu

selamat merancang!
:D

p/s: bila doktor ada sebut pasal kenaikan berat badan tu baru perasan la - selera makan memang bertambah. selalu je teringin itu ini. sejak sarapan lagi dah nak 2nd helping. terjaga tengah malam pun rasa lapar. moga-moga mental kuat untuk jaga kesihatan! :)

Monday, June 20, 2011

kasih sayang dalam botol

Lawak Abang C tu bukan apa
aku terfikir baru-baru nih
the power of breast (sebab tak guna kalo nak cakap pasal mens' stupidity!) :p
bila baby Alice beralih dari menyusu cara biasa ke minum dalam botol
ye lah, nak hantar baby Alice ke pengasuh dah kan

baby Alice: no more kisses mommy, Alice gonna stay with strangers!


besarnya cabaran yang baby Alice kena lalui
dah la kena duduk dengan strangers yang tak akan layan dia macam yang mommy dia layan dia.
kena pulak minum susu dalam botol
tidur dalam baby cot
dan paling risaunya baby Alice tak hisap puting kosong
kalau boleh memang tak nak bagi puting kosong
tapi macam mana pengasuh dia nak pujuk bila baby Alice nangis tak selesa?
(nak ke diorang pujuk?!)
tak kan tiap-tiap kali nak sumbat susu?
.... sedihnya! :(

macam biasa bab ajar Alice perkara baru daddy dia la yang champion, sama mommy dia nangis saja tak mau bottle feed. anak daddy la katakan! tq daddy! :)


korang pernah tak tengok kat mom bloggers selalu dorang ada yang tulis 'I make milk, what's your super power?'
witty kan? :)

jangan la Alice mimpi Stranger Bunny: come Alice, stay with Stranger Bunny. Stranger Bunny feed Alice


... sedihnya! :(

Abang C & 3 awex (18SX ke?)

* guna nama 'Abang C' sebab tak nak petik Abang A, Abang B atau Abang M. Jangan korang kata Abang C ni Camel Explicit lak pas nih!
* cerita ini sekadar rekaan, berdasarkan lawak dari internet

sekadar gambar hiasan


Abang C ada 3 awex.
dah sampai masa dia nak pilih mana satu yang paling cocok jadi isteri.
sebagai ujian, dia bagi RM10,000 kepada setiap awex.

Awex W
Dia belanjakan semua duit tu untuk dirinya.
'Kalau orang tanya awex sapa yang cantik tu, kan bangga bila kata awex Abang C!'

Awex X
Dia tak ambik satu sen pon, semua dia belikan barang-barang yang best best untuk Abang C.
'Saya sayang Abang C, biarlah semua duit tu buatkan Abang C gembira!'

Awex Y
Dia tak beli apa-apa untuk sesiapa sebaliknya laburkan duit tu dan gandakannya untuk Abang C.
'Cinta bukan menerima saja, tapi memberi juga pengikat kasih sayang!'

kalo korang, pilih awex yang mana?

kalo korang lelaki, kemungkinan besar pilihan korang sama dengan Abang C.
korang tau yang mana satu Abang C pilih?

.... the one with the biggest breast!

hampes tak?
korang tau apa motif lawak nih?
next entry, please!

Friday, June 17, 2011

back-to-work blues :(

baby Alice hampir 2 bulan
maknanya mommy dah kena masuk kerja semula
macam mana?
macam mana nak tinggalkan baby Alice?
bagi orang mandikan dia
bagi dia susu
main sama dia
pujuk bila dia nangis
sayang dia
spend time dengan dia

macam mana?!

... sedihnya!

macam mana nak tinggalkan baby yang macam ni punya comel?!


selalu daddy mesti nak dukung Alice sebelum pergi kerja
borak sama dia
gigit pipi dia
kacau hidung dia
timang dia tinggi-tinggi
buli dia cukup-cukup
lepas tu baru daddy pergi kerja

kalau baby Alice tidur pun daddy usik dia
Alice dah bagun daddy dia pujuk & dukung
lepas tu baru boleh pergi kerja

jom pakai topi & ikut daddy pergi kerja!


cumanya dia tinggalkan baby Alice sama mommy
mungkin dia tau apa pun jadi mommy akan jaga baby Alice
tapi bila kena tinggalkan baby Alice dengan strangers macam mana?
*sigh*

pipi yang memanggil-manggil kata 'mari kiss saya!'


persediaan fizikal
checked: lampin, baju, food warmer
belum: stok susu untuk Alice belum cukup

persediaan mental
checked: tak ada
belum: don't take away my baby! don't hurt her! i love my baby!

nasi ayam daddy special: 1st time daddy masak ayam goreng lepas mommy habis pantang - you're the best, hun! :)


dapat makan best pon tak guna bila habis pantang kena masuk kerja & tinggal baby dengan strangers

*sigh*

Monday, June 13, 2011

kepulangan

Apih baru balik dari Paris minggu lepas
Apih?
adik saya.
aunty baby Alice.
dia ada projek di sana.
jadi kita berkumpul di rumah baby Alice
mama Pi belikan banyak souvenir dari Paris & Dublin.
ada baju, kasut, seluar & tights untuk baby Alice
coklat, bag, snow globe, fridge magnet dan macam-macam lagi untuk kita sekeluarga
termasuk jugak mama Pi sponsor lunch pizza yum!:D

tq mama Pi!
mudah-mudahan kerjaya mama Pi makin berjaya & mama Pi makin senang, gembira dan bahagia selalu :)

terima kasih jugak untuk mama Su, mema, papa Zuri yang selalu suka ziarah baby Alice :)

sekali sekala berkumpul dengan baby Alice :)


mama Mia pun baru balik dari utara
kenduri sambut menantu di Kedah
honeymoon di Pulau Pinang.
mama Mia pun belikan makan-makan best dari sana
tq mama Mia! :D

pengkebumian


cuma ada satu kepulangan yang agak menyedihkan
Nyang kembali ke rahmatullah
ahad 12 Jun 2011 pada umur 80 tahun.
baru je minggu lepas kita tengok Nyang yang betul-betul gembira bila akhirnya dapat jumpa baby Alice.
Allah lebih sayangkan Nyang.

Al Fatihah ...

mama Mia, mama Pi & aunty Iza - terima kasih banyak-banyak! :)

Thursday, June 9, 2011

susuk lepas bersalin

ibu yang lepas bersalin, berapa ramai yang guna susuk lepas bersalin eh?
nak pasang tak mahal pun
kalau tak salah masa pergi specialist kat Damansara Perdana dulu katanya kurang RM400
susuk nih tahan 3 tahun
berani tak?



implanon - tahan 3 tahun


sebulan lepas bersalin berat badan mommy baby Alice dah kembali macam sebelum mengandung
cumanya tu berat dalam pantang
masa makan semua dikawal
selera pun tak ada sangat
tak berapa sihat lagi

lepas nih macam mana?
kalau ambil pil perancang boleh jadi gemuk
nak guna susuk?

hmmmm ... tak kot
mungkin guna suntikan je lah
yang nih tahan 3 bulan
harganya RM37 sahaja

tapi kalau ada side effect teruk macam mana?
miserable 3 bulan?
... dan boleh gemuk jugak :p



suntikan depo provera- tahan 3 bulan


apa kaedah perancang keluarga yang berkesan orang selalu guna eh?
jom blogwalking!

p/s: kalo entry bunyik cam mistik nak je korang baca eh! :p

Wednesday, June 8, 2011

Legally Alice

baby mommy berlagak boboy hari nih - daddy dia pakaikan baju Baby Gap yang dia kata laki pompuan pon boleh pakai


hari nih Alice dah legal.
baru je dapat MyKid yay!
daddy dia buat kat Menara Maju (Maju Junction eh?).
sempat jugak buat akaun Tabung Haji untuk baby Alice
cuma daddy dia tegur 'Camner baby punya lagi banyak dari mommy dia nih?!'
apa boleh buat, orang bagi duit kat Alice, tak bagi duit kat mommy dia pun :p
(janji ada alasan walaupun last transaction akaun mommy tahun 2008)

bapa mithali - daddy burpkan baby Alice masa kat Tabung Haji


Alice dah 6 minggu
masa untuk jab lagi
kali nih sekali 2
kat dua-dua belah peha dia
Alice nangis kuat-kuat :(
cepat-cepat mommy bagi Alice menyusu
aman sikit dia tidur.

FYI: 6th week baby check up kat PPUM kena charge RM20 - check up mommy & baby, 2 baby immunisation shots
oh tu pun termasuk bayaran ubat mommy dan sirap Panadol kalau-kalau baby demam lepas kena injection.
Alhamdulillah setakat nih baby Alice sihat :)

next appointment bulan Julai kat Paed Surgery pulak.
moga kita semua sentiasa sihat dalam rahmatNya :)

daddy tak puas hati: kenapa nak timbang baby kena bukak baju & seluar - baby tak pakai baju besi perisai perang katanya

Saturday, June 4, 2011

'Nyang Alice

hari nih Alice balik kampung.
kuala pilah.
jumpa moyang dia.

moyang Alice suka sangat-sangat dapat jumpa Alice.
dah beberapa kali dia nak datang tengok baby Alice.
tapi dia tak berapa sihat.
akhirnya dapat jumpa jugak.
bila Alice dah sebulan lebih.

kehadiran yang dinantikan




moyang Alice adalah antara orang yang genuinely very happy bila jumpa Alice.
mesti 'Nyang betul-betul rasa baby Alice sebahagian daripada hidupnya.
sejuk hati melihatnya.
tak sia-sia daddy baby Alice redah jem dari Tol Sungai Besi sampai depan rumah 'Nyang.

walau ada hari indah dan ada hari tak berapa nak best, moga kita semua saling menghargai dalam keluarga dengan cara kita yang tersendiri :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...