damdiduuu

Wednesday, August 22, 2012

Tanjung Dawai, Kedah

dalam mood jalan beraya
kakak dan adik tiba² nak ke Tanjung Dawai.
cari ikan pekasam, katanya
(lepas tu baru tahu masing² tak tahu macam mana nak masak ikan pekasam!) :p

abang macam biasa selaku top chef
telah dengan jayanya bawa balik
seekor ikan masin besar
(aiseh, isteri dia tak tahu nama ikan la ... spoil!) :p
dan keropok bungkus besar.


raya² boleh pulak diorang ni cari ikan pekasam!
:p


belacan! belacan! belacan!


check harga kat sini!


fuyooo besar tu!
:D


mari beli ikan pekasam!
goreng pun sodap!


abang dah siap dapat ikan besar
:D


marshmallow!
buka puasa dulu ada chocolate fountain
tapi tak ada marshmallow.
terima kasih mama Pi belanja marshmallow untuk kita!
:D


banyaknya keropok!


kedai seberang jalan


mari balik.
budak kecik makan jambu
:)

Tuesday, August 21, 2012

raya 2012: syukur ya Allah


gambar raya kita tahun ni
ziarah kubur mak :)

sejak kecik
'raya' bagi aku
ialah balik Tanjung Ipoh,
buat lemang dan rendang,
kemas rumah,
siapkan 'bekal' juadah raya untuk dibawa ke masjid pada pagi raya.
nak lagi happening
waktu arwah mak masih ada dulu
siap buat tapai
dan Anti bakar macam² jenis kek.

pagi raya
pagi raya ramai² rebut bilik air untuk mandi.
que panjang
jadi kena ambil nombor.
waktu arwah atuk masih ada
atuk siapkan sebaldi air limau untuk mandi sunat Aidifitri.
*Al Fatihah*
belangir kata orang kampung
lagi bersih dan menyegarkan :)

paling sedap kalau dapat mandi awal
siap (melaram!) pakai baju raya awal²
sarapan home made lemang dan rendang di samping kueh² raya.
seronok habis bila dah cantik wangi kenyang
tapi orang lain masih belum mandi :p

bermaafan
nak lagi legend
kalau dapat jadi orang pertama yang salam minta maaf
daripada orang yang paling mulia dan paling penting dalam dunia
iaitu wan dan mak :)
*Al Fatihah*
kalau salam raya lepas baik rumah dari solat sunat Aidilfitri tu
macam dah tak true sangat la.

masjid
tiap² tahun kita berazam nak ke masjid awal
boleh solat dalam dewan muslimat.
selesa.
boleh concentrate.
kalau lewat sampai
solat di luar
dah la bising dengar budak main dan orang berbual
malu la duk kat luar orang lelaki ramai.
kalau kat dewan tertutup kat dalam baru sopan sikit (ceewah!) :p

tapi itu ini itu ini
selalunya wan saja yang dapat solat di dalam
kita adik beradik sepupu mak saudara semua solat di luar saja.
selalu asyik lupa nak bawa duit untuk derma masjid
(walau tak makan semut).
bila kita ada semua saudara mara dekat yang disayangi
tentunya yang paling 'raya' ialah waktu takbir :)
sampaikan selepas solat fardhu pun
siap request dari imam kat rumah untuk takbir.
Pak Lang yang selalunya jadi imam dengan sinikal tanya
'Korang nak ke takbir?' :p

oh ya
waktu bersosial
di samping menjamu selera
yang tetap ditunggu² saban tahun
ialah selepas solat sunat Aidilfitri di masjid.
dapat minum air gas
dan main tutup botol :p
kueh raya sedap²
rendang kuning, rendang hijau, rendang merah, rendang ayam, rendang daging
semua menyelerakan!
masa ni jumpa ramai kawan² mak dan wan
:)

ziarah pusara
arwah mak selalu ingatkan
balik dari solat sunat Aidilfitri
beribu² malaikat iringi kita
jadi tak boleh pergi kedai Cina
(rugi la malaikat tengah ramai ni!)
tapi dari masjid terus ziarah kubur.
agak potong juga bila orang yang menguruskan hal² ziarah kubur
letak sampai raya ke-2 atau ke-3
baru buat tahlil di kawasan perkuburan tertentu.
dengan arwah wan
tak kisah pun
bawa bekal makan tengah hari lebih kurang
(picnic di kuburan - kat luar pagar kawasan kubur ya!)
dan kita baca doa sama² kita saja
tak perlu tunggu majlis besar.

ikut arwah wan dulu
kita ziarah kubur di sekolah
dan rumah rakyat.
kalau lagi panjang langkah
siap ke Melang kubur arwah Pak Long.
bila mak dan wan dah tak ada
makin sikit kubur lama yang kita tahu
(makin bertambah kubur baru)
:'(
*Al Fatihah*

jalan beraya
selepas dari kubur
kita ziarah jiran².
kalau orang Negeri Sembilan
jiran tu semua sama suku
dah kira saudara
tak boleh nikah
(aik, termasuk jugak?!) :p
biasa la semua orang pun suka pergi rumah orang kaya
yang hidang air gas
rendang power
kuih moden yang vouge
(yang siap kek fondant bentuk masjid pun ada!)
dan beri duit raya banyak².
rumah yang cakap banyak tapi duit raya kurang
macam tak berapa semangat sangat nak pergi
(hoi! tak baik!) :p

sama juga kalau ikut dulu²
arwah atuk dan wan ramai adik beradik
jadi semua kita pergi
Ampang Tinggi, Paroi (aik, tempat² lain lupa pulak!) :p

APTB
kalau ikut²kan
cuma kita 4 beradik saja yang muka wajib.
yang lain lepas solat sunat Aidilfitri baru balik kampung
(lepas tu rembat bawa balik lemang dan rendang yang kita buat tu banyak²!) :p

... sekarang ni tak tahu la macam mana.
sejak kecik kita raya di kampung
(tak payah tanya pun kampung mana, kampung siapa)
bila arwah mak meninggal
tiba² ada pulak yang bertanya
'Tahun ni raya di mana?'
malah ada yang kecil hati
bila nak tidur di rumah arwah wan
yang sejak kecik kita tidur baring jaga
tiba² dikatakan rumah tu 'full house'
dah tak ada tempat untuk kita lagi.


raya 2012 :)


comel kan? :)


setakat tahun ini
tahun depan tak tahu lagi apa yang berubah
:)

Al Fatihah.
the only constant in life is change.

'raya' pada aku tetap sama macam dulu.
cuma dengan kehadiran abang,
adanya baby Alice,
keluarga besar abang di merata negara dan Singapura,
saudara yang baru rapat di Kedah,
dan penting sekali adik beradik yang tak ada tukar gantinya,
'kampung' tu dah berkembang destinasinya.
kenangan manis tetap terpahat dalam ingatan,
masa, kesempatan dan orang sekeliling yang ada dengan kita sekarang
inilah yang dihargai seadanya.

selamat hari raya.
semoga berkat Aidilfitri ini dan Aidiladha yang bakal datang
mengeratkan silaturrahim
melimpah ruahkan rezeki
memberi kebahagiaan dan kesenangan kepada kita semua.
alhamdulillah.
syukur ya Allah.


alhamdulillah
syukur atas kurniaNya
:)

p/s: tahun ni abang puasa penuh :)

Monday, August 20, 2012

raya 2012: Singapore - Kedah!

awalnya
agak mencabar juga raya tahun ni.
tak ada duit lebih.
tak ada bonus.
tak ada duit raya.

berbelah bahagi juga.
nak masuk Singapore?
passport dah buat siap² dulu.
nak ke Kedah?
ada budget ke?

alhamdulillah
banyak perkara dipermudahkan :)

Damansara - JB - Singapore
(tidur Singapore 2 malam)
Singapore - JB - Damansara
(tidur Damansara 4 jam)
Damansara - Kedah
(tidur Kedah 2 malam)
Kedah - Taiping - Seremban
(tidur Seremban 2 malam)
Seremban - Kuala Pilah - Seremban
Seremban - Damansara

terima kasih banyak²
yang tak terhingga
pada abang
yang drive dari Damansara ke Singapore ke Kedah.
abang memang strong!
I love you so much!



servis air cond kereta, JB


membeli belah, Angsana JB


sian dia penat, Kempas JB


bazar Ramadhan terakhir tahun ni, Tmn Dahlia JB


abang drive masuk Singapore
selepas buka puasa terakhir tahun ni


layan Alice di pagi raya, Punggol Central SG


gambar raya 2012 :)


layan budak kecik, Pasir Ris SG


on the way, singgah Tempines SG


rehat di JB kejap, Taman Nong Chik


Ajis je yang ada kat JB masa tu :)


rehat dan makan, RNR Tapah


muka penat anak beranak yang baru sampai, Jerai Kedah


dijamu makanan yang enak²
sebaik saja sampai ke Kedah.
terima kasih banyak²! :)


sempat ke Tanjung Dawai
ada orang mengidam ikan pekasam :)


layan budak kecik main kereta orang, Kuala Ketil Kedah


dari Sungai Lalang rumah Eddie
ke Kampung Telaga Cina rumah Zack :)


mak angkat abang
yang tak puas borak dengan Cik Li :)


alolo ciannya!


lelap sekejap, Kuala Kedah


makan mee udang, Taiping Perak


tengok mesin teddy bear, Seremban


ziarah kubur mak, Tanjung Ipoh Negeri Sembilan


singgah istana lama, Seri Menanti Negeri Sembilan


jalan² cari makan, Seremban


dah balik pun masih ke pasar beli barang makan, TTDI KL
thank you, daddy! :*

Sunday, August 19, 2012

raya 2012: Alice suka hati!

raya 2012 ni
tema Alice ialah suka hati.
bila jumpa dengan ramai orang
dan ramai baby
baru kita nampak perangai Alice
yang kita tak pernah tengok lagi sebelum ini
:p


Alice suka hati tidur buat macam rumah sendiri,
Punggol Central, SG


Alice suka hati main hand phone daddy :)


Alice suka hati tengok cerita lawak kat Suria.


Alice suka hati main toys orang


Alice suka hati langgar orang punya castle
dengan airplane
:p


Alice suka hati makan orang punya airplane
:p


Alice suka hati kira duit raya depan orang


epic: Alice suka hati curi kereta yang orang tengah main
sekali 2 pulak tu dia rembat! :p
Pasir Ris, SG


Alice suka hati main sorang² kereta yang dia curi :p


Alice suka hati nak curi kereta yang ke-3
:p


Alice suka hati main sampai penat
lepas tu tidur sedap² :D
Pasir Ris, SG


Alice suka hati ambil botol susu orang


Alice suka hati beri orang main toy


kemudian Alice suka hati ambil semula toy tu!
:p


Alice suka hati main mak orang punya Samsung SIII
:p


Alice suka hati main orang punya scooter


Alice suka hati main sampai penat
kemudian tidur lama²


Alice suka hati mintak orang punya teddy bear!
:p


Alice suka hati bawa beg sana sini.
Punggol, SG


Alice suka hati main Mak Besar punya payung!
:p


Alice suka hati relax kat daddy


Alice suka hati kacau kakak punya shawl baru beli
:p


Alice suka hati tolong jual² baju
:p


Alice suka hati nak tengok gambar kat hand phone orang!
:p


Alice suka hati tak mahu ambil gambar dengan Mak Besar
:p


Alice suka hati main hand phone orang
Kempas, JB


Alice suka hati main kereta atas meja sambil minum sirap
Taman Nong Chik, JB


Alice suka hati main kereta kat sofa orang


Alice suka hati tak mahu duduk, nak berdiri saja
RNR Tapah


Alice suka hati nak suruh daddy isi disel
:p


Alice suka hati main kasut
Jerai, Kedah


Alice suka hati duduk sama daddy


Alice suka hati tak mahu duduk diam


Alice suka hati buat² macam pelik


Alice suka hati main orang punya kereta.
tuan kereta tak sabar tunggu giliran :p
Kuala Ketil, Kedah


Alice suka hati main kereta yang tengah charge
sama main orang punya gelang


Alice suka hati kacau baby tengah doq endoi
Kampung Telaga Cina, Kedah


Alice suka hati kacau daddy tengah borak


Alice suka hati minta daddy bawa jalan² keliling rumah kampung tengok ayam
:p


Alice suka hati mama Su bawa jalan²


Alice suka hati dapat manja sama mommy
:)


Alice suka hati nak termenung sana sini
:p


Alice suka hati ambil gambar dengan mak angkat daddy
:)


Alice suka hati makan semua kueh raya :p
Alor Star, Kedah


Alice suka hati main camera casing mama Pi
Kuala Kedah, Kedah


Alice suka hati main mama Su punya hand phone


Alice suka hati dapat pakai sun glass yang sungguh vogue!
:p


Alice suka hati dapat pakai daddy punya topi banyak²


Alice suka hati tengok monyet & udang besar!
Taiping, Perak


Alice suka hati walau tak makan mee udang pedas
:)


Alice suka hati tengok orang makan udang besar sampai licin!
:D


Alice suka hati borak dengan orang kereta sebelah


Alice suka hati nak drive kereta ikut suka hati dia


Alice suka hati dapat main Smart Tag mama Su
:D


Alice suka hati berehat kat pondok sementara ziarah kubur wan :)
Tanjung Ipoh, Kuala Pilah


Alice suka hati main ride goyang² nyanyi² pelik² :p
Seremban, Negeri Sembilan


Alice suka hati naik istana dengan mama Su :)
Seri Menanti, Negeri Sembilan


Alice suka hati rebut² cincin daddy
Seremban, Negeri Sembilan


Alice suka hati naik kereta rosak
RNR Seremban
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...