damdiduuu

Monday, May 5, 2014

Face Value

Macam budak-budak lain jugak
Alice malam-malam bila pillow talk
keluar macam-macam cerita.
Bukan dia kuat mengadu
tapi bila dah borak panjang-panjang
bila dah cerita lama-lama
keluar la luahan hati dia.

Kadang-kadang kelakar.
Kadang-kadang tak faham (?!) :p
Kadang-kadang bangga.
Kadang-kadang sedih.
Paling tak berapa nak best
bila Alice cerita dia kecik hati
sebab berebut barang orang.

Itu la sebenarnya yang aku takut
bila Alice belajar kat sekolah
yang budak-budak lain tak sama taraf ekonomi dengan kita.
Kita tak mampu nak belikan Alice latest merchandise.
Barang-barang Alice semua functional dan jimat.
Setakat termampu.
Seadanya.

Bila pagi-pagi tiap kali datang sekolah Alice usya kasut princess member dia,
kita cuba buat it's not a big deal.
Bila Alice mengadu kawan tak share latest stuff yang diorang bawak datang sekolah
kita tanya saja Alice nak apa?
Lagi? Lagi? Lagi?
Bila ada banyak pilihan boleh cari alternatif barang-barang murah,
bukan premium merchandise.
Setakat nak buku mewarna
aku boleh google & print saja kat office
siap boleh tepek muka Alice sekali kat dalam tu (ni la namanya marketing strategy!) :-D

Mana nak cari daddy yang tiap-tiap minggu beli barang dapur
siap dengan sabar bawak anak bini tak pernah tinggal?


Material tu material.
InsyaAllah ada rezeki
tapi yang lebih penting
aku selalu tekankan pada Alice
apa yang budak-budak lain tak ada.
Budak-budak lain mak dia tak temankan sarapan kat sekolah, tak tuangkan air.
Budak-budak lain bapak dia tak call tiap-tiap pagi suruh sarapan banyak-banyak.
Budak-budak lain ada buku mahal tapi mak bapak dia tak color sama-sama.
Budak-budak lain bapak dia tak jemput naik preng-preng, hari-hari singgah kedai beli lollipop.
Sapa ada?
"Kakak je ada" jawab Alice.
Paling sejuk sedap ecstacy macam dituang zat syurgawi bila Alice dengan penuh suka hati cakap "Sayang mommy!"
(Walau Alice cakap pelat Melayu jadi bunyi mami/dedi tak macam budak kat sekolah yang betul-betul sebut mommy/daddy!) :p


Bukannya susah nak layan Alice ni.
Bagi masa 2 minit untuk dia belek apa yang dia nak
dah cukup terhibur la dia tu
:-D


Alice,
Ada banyak perkara yang kita nak dalam hidup ni
tapi selagi kita tak hargai apa yang kita ada
kita tak akan faham apa itu bahagia.
I love you too, princess
:-*
posted from Bloggeroid

0 orang ckp 'shut up u!':

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...