damdiduuu

Thursday, April 10, 2014

Cherating Trip March 2014: Part 1 - Suria Cherating Beach Resort

wow! lamanya peram.
ingat² lupa dah trip ke Cherating dulu
:p

keluar dari Damansara 8.40 malam
selepas beberapa pit-stop, check in 12.20 malam.
3 jam ++ termasuk few short breaks

perjalanan
gerak dari Damansara 8.40 malam.
check in Suria Beach Resort 12.20 malam.
tol pergi balik dalam RM50.

lodging
ikut Agoda review
hotel paling extreme mahal kat Cherating ialah Club Med.
satu malam riban².
orang yang pergi Club Med memang nak ke Club Med.
ada airport transfer sampai depan hotel.
aktiviti semua dah disusun.

next best thing: Legend.
kalau book awal boleh dapat bawah RM300 satu malam.

chalet?
Chalet Pak Itam antara Legend dengan Holiday Villa.
cuma kena book awal sebab terhad
dan tak ada dalam Agoda.
chalet lain kalau baca review
ramai yang merungut
sebab harga RM100++ tapi nilai RM30.
kita tak survey banyak pasal chalet
sebab kalau boleh nak bilik dan sarapan.
kalau pergi ramai² seronok la kot nak barbecue.


pantai Cherating
... sayangnya Alice tak suka mandi laut!
:p

nak duduk mana?
kalau ikut kebanyakan review
ramai yang complaint
Suria Cherating Beach Resort coffee house untuk sarapan kecik sangat.
nak makan kena tunggu giliran.
staff tak clear meja.
makanan pun bila dah habis tak replenish balik.
bilik, tandas kotor.
swimming pool kotor.

kenapa kita duduk jugak kat Suria Beach Resort?
lebih kurang sebulan++ sebelum trip
ternampak deal yang maha dasyat kat Agoda.
sebenarnya tengah tunggu harga terendah untuk room & breakfast The Legend Hotel
(selalu promo yang harga murah Legend tak termasuk breakfast)
tiba² ternampak promo Suria Beach Resort
bila dah pilih untuk 2 malam
harga total kurang daripada RM140!
maknanya kurang RM70 satu malam untuk bilik dan sarapan untuk 2 orang!
harga chalet kan?
tak fikir panjang, terus tempah.
lagi seminggu nak pergi baru bayar di Agoda.
memandangkan kita tak bayar mahal²
jadi kita pun tak ada high expectation sangat dengan hotel ni.


open air lobby
Suria Cherating Beach Resort

Suria Beach Resort, Cherating 
check in 12.20 malam, Khamis.
ada orang kata rugi kalau lambat sangat check in.
kita ok je.
kalau boleh gerak malam,
tidur dulu
pagi² segar sikit nak pergi mana² pun.
kalau gerak pagi nanti sampai destinasi dah lemau.
hilang sebahagian nikmat dunia :p

rasanya sama macam orang lain
bila sampai hotel
kita pun casually mintak free upgrade.
kata kunci di sini bukan upgrade
tapi free! :p
memandangkan check in Khamis malam
kita expect kemungkinan besar boleh dapat free upgrade
(dari something, something view) ke sea view.

front office staff tu tak ada pulak kata boleh ke tak.
bila masuk bilik
nampak swimming pool besar kat bawah.
suka la Alice!

Esok pagi² bila dah terang sikit baru perasan
yang bilik tu bukan saja mengadap swimming pool
tapi jugak mengadap laut.
bila diam, rupanya boleh dengar bunyi ombak.
bukak tingkap ... subhanallah!
dengan bunyi ombak, udara segar, pemandangan indah ...
syukur dengan kurniaanNya!


good morning Cherating!
kiddie pool lebih kurang sama besar dengan wading pool!
:D

Cherating jom! :D

bangun pagi usya swimming pool,
balik dari outing usya swimming pool,
balik dari swimming usya swimming pool
-_______-

breakfast
persepsi yang terpahat dalam minda kita
ingat lagi coffee house tak cukup tempat duduk
dan makanan sikit?
mujurlah daddy jenis orang yang suka bangun pagi
tak suka tidur lama²
jadi kita pun keluar breakfast awal
dekat pukul 8 pagi macam tu.
alhamdulillah ada banyak saja meja kosong.
makanan walau pun tak banyak pilihan
ok saja boleh kenyang
(kita ni memang senang to be pleased kot!).
tak ada masalah.
hari ni ada event jadi lepas sarapan kita keluar.


Alice suka duduk sini
suka lompat² atas katil dia sambil makan lollipop lepas balik dari swimming pool.
inilah kehidupan!

deco cantik,
banyak area open air boleh dengar bunyi ombak
kita suka :)


review: Suria Beach Resort, March 2014

pro
- boleh dapat harga rendah kalau tempah awal di Agoda
- lokasi: tepi laut. private beach yang luas mata memandang dan bersih
- swimming pool kanak² besar, sama besar dengan saiz dewasa
swimming pool tak strict sangat, boleh pakai t-shirt
- fresh towels everyday, yay! banyak hotel cuma bagi on request saja
- bilik yang kita dapat mengadap swimming pool & laut, pemandangan cantik sangat²!
- bilik & tandas bersih, tak ada masalah, hot shower pun ok
- upon check in ada diberi kupon complimentary drink (bilangan pax sama dengan sarapan) boleh redeem bila² sepanjang tarikh menginap

con
- pilihan terhad masa sarapan, tapi alhamdulillah kita selesa je makan sampai kenyang
- kalau banding dengan hotel lain, memang ketara staff coffee house lambat clear meja
- parking terhad, tapi masa kita datang (awal cuti sekolah) boleh selit² lagi sana sini
- malam ada karaoke tepi laut sampai 10 malam (baru boleh tidur!)
- google map siap², mungkin susah nak cari kalau berdasarkan signboard saja
- mungkin sebab kita tak bayar mahal jadi kita pun tak ada nak complain apa² :p

Cherating March 2014:
Hotel: Suria Beach Resort Cherating
Aktiviti² di Cherating


1 comment:

  1. Cantik tempat ni. saya pun suka pergi.
    http://pokok2u.blogspot.com/

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...