damdiduuu

Wednesday, February 27, 2013

perkembangan bayi: Alice 22 bulan

wow!
menjelang umur 2 tahun
boleh dikatakan sekarang ni
memang pesat betul perkembangan Alice.


kebelakangan ni Alice suka sangat berfesyen.
paling dia suka set skirt Tweety yang mama Su bagi ni.
kat rumah pantang nampak saja baju
terus dia nak tukar baju!

komen menikam
bila kita pakai barang baru
cepat Alice tegur 'Baru tuuu!'
buat kita segan je :p

puzzle
sebelum ni shape sorter Alice masukan ikut suka.
baru² ni bila shape sorter yang berbentuk lori tu
datang baik² kat Alice
kata lembut² kat Alice 'Alice, Alice, hug!'
Alice senyum dan hug
'Alice, Alice, kiss!'
Alice senyum dan kiss
'Alice, Alice, pusing tayar!'
Alice suka hati pusing²kan tayar lori
'Alice, Alice, pusing tayar cik!'
Alice pusing²kan tayar kecik pulak
'Alice, Alice, fill in shapes!'
tiba² Alice pusing² puzzle pieces
supaya masuk ngam² kat tempat yang betul.
ceeee wah!
pandainya!
sebelum ni masuk ikut pakai bantai je
:p


pagi² Alice suka tengok burung atas bumbung nyanyi².
siap suruh mommy duduk kat jalan sama dia
tengok burung sama²
:D

papa apa?!
di Giant
sementara daddy pilih barang dapur
mommy tunjuk Alice buah dan sayur.
kebetulan semalamnya kita ke Bird Park.
mommy pun kata 'you remember yesterday - bird eats papaya?'
mommy pun ulang 'papaya'
Alice kata 'papa ayam'
'papaya'
'papa ayam'
'papaya'
'papa ayam'
'papaya'
'papa ayam'
'papaya'
'papa ayam'
'papaya'
'papaya ... ha, betul!' suka Alice. dia sendiri yang kata betul :p
bila tanya lagi
jadi 'papapa' aiyo! tak boleh pakai! :p

next time mommy kata 'papaya'
Alice sebut 'papa uyi' (papa Zuri) pulak.
'papa uyi'
'papa uyi'
'papa uyi'
'papa uyi'
tak keluar pun papaya :p


dalam kereta.
mimilk.
penat.
nak tidur.
baby manja mommy
:)

mimilk
Alice masih menyusu dengan susu ibu.
bulan 4 dah nak masuk 2 tahun.
lagi 2 bulan.
tak tahu bila nak berhenti menyusu.
mommy target bulan 5 nanti mommy stop pam susu
dan bekalkan Alice dengan susu segar saja untuk minum di nursery.
susu segar dalam kotak.
tak plan nak beri susu tepung.
takut Alice tak nak.
baby yang minum susu ibu
ada yang tak suka susu tepung.
susu segar pilihan yang lebih baik berbanding susu tepung.


satu hari Alice nampak air kotak atas meja.
daddy minum dan bakinya beri Alice sikit.
mommy nak nak tumpah² air manis dalam kereta
(sekarang kita dapat parking bay dekat dengan rumah sampah
jadi tak mau insect masuk kereta cari makanan).
dah habis pun airnya
Alice saja suka gigit² straw tak mahu buang.

makan!
pasal makan Alice paling suka ayam goreng.
macam Upin Ipin pulak.
Alis-pin
dah la dulu daddy dia kata Alicephant (Elicepen)
sebab bila tanya 'Where is elephant?'
Alice tunjuk kat diri dia sendiri :p

pernah satu hari
balik dari nursery
mommy
beli nasi ayam kukus.
masuk saja dalam kereta
terus Alice tarik keluar peha ayam goreng
dan makan.
tumpah² sepah²!
nak larang tak sampai hati.
punya la lapar!

sampai rumah
mommy terus ambil pinggan katak Alice
letak ayam goreng
Alice sambung makan.
kasut pun tak tanggalkan.
dah habis makan baru take off shoes :p
tak sangka boleh licin peha ayam tu.
selalu kita bagi makan kita kecik²an.
ni boleh habis macam tu saja.
lapar betul dia!
patut la balik rumah selalu meragam!


Alice pergi nursery.
sandang beg pink
tangan kiri pegang bekal cereal
tangan kanan pegang beg susu.

tragik
setakat ni benda yang paling pelik yang Alice pernah 'makan'
ialah grafit ungu.
apa ungu?!
grafit ungu.
core pensil warna yang ungu.
kayu pensel Alice tak gigit
cuma core saja.

Alice tak makan pun
dia gigit dah rasa tak sedap
terus datang kat mommy
suruh buang dari mulut dia.

punya la mommy risau masa tu!
cungkil gigi geraham kiri atas dan bawah guna jarum
tapi tak bersih juga.
kebetulan daddy balik.
daddy yang buangkan habis² grafit
dan minta mommy beruskan gigi Alice bersih².

alhamdulillah semuanya selamat!

bahaya
memang sekejap sangat.
semuanya berlaku dalam masa yang singkat.
mommy write book sama Alice,
mommy pergi bilik sebelah sidai baju,
Alice datang minta bersihkan mulut dia yang ada grafit ungu.

memang tak boleh nak tengok Alice 24 jam.
lagi pulak pensel warna memang kegunaan kanak².
tak boleh la nak sorok dan tak beri Alice pensel warna lagi.
cuma mommy pesan kat Alice
'don't put pencil into your mouth, please'
moga² Alice ingat kejadian ini
dan tak buat perkara berbahaya lagi.
amin!


dah elok² naik tangga
siap nak kena rehat
letak beg
duduk atas tangga dulu.
sabar je la mommy ya.

have hands will climb
Alice juga dah mula naik tangga sendiri
bila balik dari nursery petang².
sampai tingkat 2.
ada kalanya syok sangat naik tangga
nak naik lagi tinggi lagi
pada hal dah sampai rumah :p

yang mommy tension
bila bawa balik cereal, bekal, payung atau ayam goreng
nanti Alice nak pegang sendiri semua barang tu.
pada hal Alice mesti guna dua² tangan untuk pegang railing
baru boleh naik tangga.

buatnya pulak balik dari nursery Alice lapar
kalau tak kasi pegang barang
terus dia meragam.
hui memang kena banyak² sabar!


suka hati dapat hand puppet gorilla
:D

emosi
makin jelas nampak Alice paparkan emosi dia.
bila kena marah kat nursery
Alice diam
tak mahu senyum
tak mahu cakap.
bila balik, tak mau salam
tak mau kiss.
protes la tu.

kat rumah bila marah (penat, lapar)
baring kick² kaki sambil marah² nangis.
pukul peha dengan tangan kuat².
pukul orang dengan tangan kuat².
cubit kuat².
nangis lama² kuat².
lembutkan badan tak mahu kena angkat.

tapi sebenarnya bukan susah nak handle Alice.
bila dia marah
kita turun ke level dia
dan cakap baik².
Alice boleh bertenang
boleh reda marahnya.
hug.
Alice paling suka kena hug.
masa happy nak hug
masa sedih, masa kena marah pun nak hug.
hug
sambil tepuk² belakang.


pantang dengar coklat
cepat Alice berdiri depan peti sejuk!
Alice suka sangat coklat cantik
yang mama Su beli kat Candylicious 1 Utama ni.
tq mama Su!
:)

cabaran di pagi hari
ada masa mencabar juga
bila pagi² Alice tak nak bangun mandi.
nak menyusu saja.
pagi² mommy beritahu Alice
'What day is today? Today is (name of the day)'
ulang lagi '(name of the day)'
Alice pun akan sebut sama.
'Hari ini hari apa? Hari ini hari (nama hari)'
ulang lagi '(nama hari)'
Alice pun akan sebut sama.
bila dah sebut hari
kita pun boleh la kata 'Monday is a school day. Let's go bath, we need to go to school'

kalau tak jalan
boleh rasuah dengan coklat :p
dengar saja 'coklat' cepat Alice berhenti menyusu
terus bangun
laju pergi depan peti sejuk :p

ada juga hari yang trick² murahan tak jalan.
mommy kena panggil reinforcement la.
mommy minta tolong daddy.
daddy
pujuk, dukung, take off baju, pergi mandi.

ada juga harinya apa kita buat pun tak jalan.
hati kering paksakan juga.
lepas mandi dah cantik² wangi² pujuk semula Alice.
alhamdulillah setakat ini hari² mencabar tu amat jarang² tiba
:D


baby mommy sama baby cik pakai hooded


sayang baby bear
:)

bertimbang rasa
mommy bersyukur sangat Alice ni boleh dengar nasihat.
waktu Alice marah² cubit² pukul²
mommy kata 'mommy cubit Alice tak? kalau mommy tak cubit Alice, Alice jangan cubit mommy, ok?'
terus dia nampak macam tersedar yang dia dah buat salah.
tak ada la dia cubit atau pukul lagi.
bila dah macam tu
senang kita nak cakap baik²
dah pujuk dia semula
:)

i love your kisses
oh ya
satu perkara yang kita perasan
dulu waktu umur 13 bulan
Alice kiss bunyi 'pah!'
bila umur 16 bulan pulak
Alice kiss bunyi mmmmmm maaaa!
sekarang, dah nak masuk umur 2 tahun
Alice rasa sound effect tu very cliché
jadi bila Alice kiss, dah tak ada bunyi suara tambahan dah
cuma ada bunyi kiss sebenar.
bila dah tak ada bunyi tambahan
kena kiss betul²
baru keluar bunyi kiss yang real.
alahai!
dah besar baby mommy
:)


bob the builder
can we fix it?


mak nenek
Alice memang tak suka
kalau mommy dan daddy pegang² tangan,
duduk rapat²
atau hug depan dia.
Alice marah.
yang terbaru perkataan marah dia ialah 'Amboi!'
tapi sebab pelat
dia cakap 'aboi!'
terkekek² kita dengar Alice marah.

muka garang
datang dekat
puk kita dengan tangan
sambil marah 'abooooi!
dah rasa macam kita yang kanak²
Alice pulak yang makcik²
:p


masih hobi sama.
ada kalanya nak tutup pintu pagar main ting ting ting dulu.
kaki dah sampai tak payah nak jengket² lagi.
moga semua baby sihat, ceria, selamat dan senang selalu
:)

0 orang ckp 'shut up u!':

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...