damdiduuu

Wednesday, October 3, 2012

Birkin bag warna biru

selepas membaca buku The Secret
beberapa tahun lalu
persepsi hidup aku boleh dikatakan
mengalami perubahan yang agak drastik.
sejak itu aku secara sedar dan sentiasa berusaha
untuk jadi positif.
sentiasa positif.
setiap masa selalu ingatkan diri dengan perkara positif.
senyum supaya jadi positif.
bila nak mula bercakap atau menulis
sentiasa nilaikan
apa yang keluar tu positif atau negatif?
kalau negatif: berhenti. elakkan. senyap.
jangan sakitkan hati orang. jangan rosakkan mood orang. jangan jadi dajal.
cari sudut positif.

ditambah lagi bila aku berpeluang baca
How to Win Friends & Influence People
dan
How to Talk to Anyone.
aku belajar supaya cakap perkara yang orang nak dengar
dan bukan cerita pasal diri atau baby aku 24 jam sehari kat semua orang :p

tips² dalam buku² tu
sangat² berguna
terutama masa nak bersosial dengan orang berpangkat tinggi
terutamanya boss² aku.
secara semulajadinya
aku bukan orang yang suka mencapub
atau suka mengipas²,
jadi tips² yang ada dalam buku² tu beri idea
untuk cakap perkara santai yang menarik,
tidak la aku asyik makan mengadap pinggan di majlis
atau asyik tanya bila nak naik gaji saja depan boss² :p

susah
walau macam mana pun
ketika melalui hari² mendatang dalam hidup ini
memang kita tak dapat lari dari cabaran.
ada kalanya
macam mana positif pun kita
rasa terpatah tongkat
terkoyak jaring keselamatan
dan rasa tak selamat
bila dugaan yang dirasakan terlalu membebankan.

aku rasa susah.
susah sangat²! :(
malah sebenarnya
aku nak tulis blog hari ini
dengan tajuknya 'Susah!'.

sebagai manusia biasa
kita selalu tertekan bila suatu perkara
tak terjadi sebagaimana yang diharapkan.
apabila sesuatu yang tak diharapkan tiba² terjadi.
secara fitrahnya juga
bila kita tengah mood down
kita selalu suka untuk cari semua perkara² yang tak berapa nak best
dan kita campur² dengan semua perkara² tak best
nak membuktikan kita memang tengah tak best langsung!

alhamdulillah
dalam mencari perkara² tak best
sebaliknya aku terjumpa dengan perkara² tak dijangka
yang menunjukkan kasih sayang Tuhan itu terlalu besar hikmahnya.
walau pun Dia menduga dari satu sudut
dalam banyak peluang lain
Dia tak pernah zalim pada kita.
rahmatNya tak pernah putus.
syukur.
alhamdulillah.


tersentuh hati
bila tengok di bekal
dah disiapkan sudu oleh encik suami :)
setakat sudu bodoh memang boleh cari mana²
tapi ingatan yang tersayang
tak ada tolok bandingnya.
tak ada yang super extravagant hari ini
atas sup labu
dan bawah nasi goreng ikan bilis-belacan yang paling sedap yang aku pernah rasa.
kalau ini bukan nikmat
maka aku tak tahu la nikmat tu apa.
alhamdulillah!


satu sesi pam
dapat hampir 3 botol untuk bekal Alice.
dalam 1 hari Alice cuma perlu dibekalkan 4 botol susu.
dah umur 17 bulan maka Alice kena makan makanan seimbang untuk dapat khasiat secukupnya.
susu ibu sebagai pelengkap
supaya tak perlu minum susu formula sebelum umur 2 tahun.
memang mewah bila dapat susu banyak ni dalam 1 sesi
alhamdulillah!


diskaun sana sini sikit²
dan cash voucher beberapa ringgit
bila ditambah jadi lega.
alhamdulillah!
betapa banyaknya cara Dia memberi!


dalam aku mengeluh susah itu ini
aku terpana!
waktu hantar Alice ke nursery
ada mak budak yang sama² hantar baby ke nursery yang sama
bawa Birkin bag warna biru muda.
punya la mahal beg tu
sampaikan dia tak tinggalkan dalam kereta.
dia bawa Birkin bag
dan pembantunya bawa baby.
I mean c'mon!
kalau orang tu boleh ada Birkin bag
takkan la hidup kita ni susah sangat sampai tak ada peluang langsung?!
mesti ada jalan untuk kita

agi idup, agi ngelaban!
chaiyok²!
gambateh!


p/s: aku google harga Birkin bag dalam RM30,000 - 50,000 direct conversion
kalau harga jual tak tahu la mark up berapa
dengar sampai RM70,000++
hanya kak *** yang ada banyak koleksi Birkin bag boleh beritahu harga sebenar :p

0 orang ckp 'shut up u!':

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...