damdiduuu

Thursday, March 31, 2011

KJMC - Antenatal Week 20

belum confirm, tapi mungkin baby girl! :)




23/12/2010
Parking duration: 5.54-6.49pm
Parking fee: RM2.10
Mommy's weight: 55.5kg
Blood pressure: 100/70
BDP 47=20
AC 148=20
FL 33=20
EFW (gm): 342g
liq adq


Hospital Charges
Laboratory: RM5.00 - urine test (albumin: -ve, sugar: -ve)
Pharmacy: RM82.00
Registration Fee: RM2.00

Consultant Fee
Dr Fatima Najla
Specialist Consultation Fee : RM30.00
Specialist Procedure : RM30.00

Total: RM149.00

Wednesday, March 30, 2011

KJMC - Antenatal Week 16

rasanya masih awal lagi.
kedudukan baby masih breech, kepala baby belum turun.
jantina pon masih belum tahu.

selain daripada tu, ada juga buat blood test.
perkara malang yang terjadi - semasa sampai di lab untuk ambil sample darah, ada seorang staff lelaki yang tengah tengok² mesin di sana.
dia cuba ambil sampel darah, dah cucuk kedua² belah lengan baru dia cakap 'saya tak pandai'.
selepas tu baru ada sorang staff yang pakai uniform nurse datang & ambil sampel darah.
sekejap saja, tak sampai beberapa saat.
saya tanyakan padanya 'kenapa, susah ke?'
jawab nurse tu 'salur darah halus sangat'



20/11/2010
Parking duration: 8.25-10.26am
Parking fee: RM4.20

Mommy's weight: 53kg
Blood preassure: 100/60
Gestation age: 15/52
EDD: 11/5/11
BDP 30=15
AC 95=15
FL 19=15
EFW (gm) 132g
liq adq

blood test result
group O+
Haemoglobin 12.4
HIV 1 & 2 Antibody non reactive
Serology - VDRL non reactive
Hepatatis HBs antigen, antibody non reactive -> need vaccination
Rubella Ig G 52.1

Hospital Charges
Laboratory: RM120.00 - blood test & urine test (albumin: -ve, sugar: -ve)
Pharmacy: RM82.00
Registration Fee: RM2.00

Consultant Fee
Dr Fatima Najla
Specialist Consultation Fee: RM40.00
Specialist Procedure: RM30.00

Total: RM274.00

Tuesday, March 29, 2011

KJMC - Antenatal week 11

untuk antenatal minggu 11 nih ada berita baik dan berita tak baik
berita baik: tak ada perubahan pada fibroid
berita tak berapa nak baik: placenta rendah
risikonya: mungkin tak boleh bersalin normal

macam bulan lepas, doktor pesan lagi - bulan depan kita tengok placenta naik ke tidak.


minggu lepas daddy kata 'ada alien dalam perut dia', minggu nih baru excited tengok baby dah berbentuk & gerak² :)

19/10/2010
5.50pm
Mommy weight: 51kg
blood pressure: 100/70

Hospital Charges
Laboratory: RM5.00 - urine test (albumine: -ve, sugar: -ve)
Pharmacy: RM82.00 - obimin, calcium, neurogain
Registration Fee: RM2.00

Consultant Fee
Dr Fatima Najla
Specialist Consultation Fee: RM40.00
Specialist Procedure: RM40.00

Total 169.00

Monday, March 28, 2011

fibroid

sebenarnya pada antenatal check up kali pertama (week 7) yang lepas, kita juga dapat tahu ada fibroid pada rahim.
tak tahu berapa lama dah ada, cuma baru dikesan sebab baru pertama kali buat ultrasound.

berapa besar fibroid: 4cm!
berapa besar baby: tak sampai 1cm!

fibroid 4 kali ganda besar dari baby! T_T

risiko?
fibroid boleh membesar sama baby.
fibroid boleh mengakibatkan keguguran.
ada sepupu yang sampai sekarang, selepas melahirkan 4 anak masih ada fibroid sebesar bola tenis pada rahimnya.



bila baru je dapat tahu tentang fibroid nih, nak bagitau orang kita dah mengandung pun rasa serba salah.
sebab kandungan berisiko.
kalo dah excited tak pasal² lepas tu ada komplikasi macam mana?!
malu & sakit sendiri :(

cuma 1 doktor pesan:
kita tengoklah bulan depan macam mana.
harap² dia tak menggaggu kandungan.

apa itu fibroid?
ketumbuhan yang bukan kanser pada rahim
baca maklumat lanjut berkenaan fibroid

KJMC - Antenatal Pertama!

Recap: Dah sahkan mengandung di PPUM, tapi belum layak buat pemeriksaan di sana lagi.

Kekangan: Follow up hanya boleh dibuat di Klinik Ibu Mengandung PPUM hanya SELEPAS kandungan berusia 4 bulan.

Apa nak buat sementara tu?
Terpaksa la ke klinik swasta yang
- boleh terima antenatal yang lebih awal daripada 4 bulan
- ada temujanji hujung minggu (yeah AL dah habis buat cuti kahwin!)
- doktor perempuan muslim
- lokasi terdekat

Ke mana kita?
KJMC!

kita tak tau rupanya evening clinic masa biasa ialah 6-8pm.
kita datang lepas habis kerja 6.30pm baru bertolak dari Pelangi Damansara.
Sebab tu doktor charged over time kot :p

dari ultrasound kita dapat tahu baby dah 7 minggu :)
belum sampai 1cm pon panjang dia.
dijangka lahir 10/5/2011.
ahlan wa sahlan ya habibi!




21/9/2010
Parking duration: 7.16-9.18pm
Parking fee: RM2.10

Hospital Charges
Pharmacy: RM12.00 - kalau tak salah dapat tablet kalsium, stok asid folik dari PPUM banyak lagi
Registration Fee: RM7.00

Consultant Fee
Dr Fatima Najla
Specialist Consultation Fee: RM60.00
Specialist Procedure: RM40.00

Total: RM119.00

Sunday, March 27, 2011

PPUM - sedikit panduan untuk anda

Untuk anda yang bakal ke PPUM, mungkin ini serba sedikit membantu:

Parking PPUM:
1. Trauma & Kecemasan (ada sesiapa boleh beritahu camner nak jumpa parking nih?)
2. Menara Timur
3. Parking Awam 4 tingkat dekat dengan surau.

semak peta

ATM di PPUM
1. CIMB: Menara Utama sebelah 7e
2. Bank Islam: RUKA
3. BSN: RUKA
4. Maybank: Menara Timur Level 2

Makan di PPUM
1. Secret Recipe: GF Concourse
2. Food court: Menara Utama, Level 1
3. Happy Coner: Menara GTimur, Level 2
4. Cafe: Trauma

Klinik berkaitan Ibu Mengandung:
1. Klinik Ibu Mengandung - Bangunan Obstetrik, Tingkat Bawah
2. Klinik Am - Menara Utama, Tingkat Bawah

Tips terpenting: banyakkan sabar & senyum selalu :)

Saturday, March 26, 2011

PPUM - Ujian Ibu Mengandung

semasa tercari-cari di mana untuk bersalin anak sulung, Farah cadangkan PPUM.
katanya popular & murah.
thanx jo, owe you big 1! :)

cuma ada 1 masalah - PPUM semi-kerajaan.
waktu operasi Isnin - Jumaat 8pg - 5ptg.
aku dapat tahu aku mengandung pada hari puasa terakhir 2010.
9 September 2010.
Kira-kira 9 minggu selepas nikah.
Cuti tahunan pun dah 'selamat' buat cuti kahwin (apa boleh buat, AL 12 hari je pun setahun!)

alhamdulillah, rezeki baby.
14/9/2010 cuti raya (unpaid nih!) aku & abang ke PPUM.
Aku rasa semua orang pun akan ada pengalaman pahit (atau tidak!) semasa di PPUM.
aku & abang pertamanya tak tau peta hospital dan tak tau prosedur.
cuba jaya, kami cari parking - susah juga sebab semuanya penuh, akhirnya dapat di kawasan letak kereta berhampiran surau.
tingkat berapa aku tak ingat.
yang nyata - tinggi!
cuma aku terfikir, kalau aku dah sarat nanti agak mencabar jugak situasi nih.



dari parking kami pusing macam-macam bagunan hingga sampai klinik ibu mengandung.
rupanya kami silap.
sebelum itu perlu ke klinik utama.
untuk pastikan mengandung dulu.

pusing
punya pusing punya pusing
punya pusing punya pusing
punya pusing punya pusing
punya pusing punya pusing
punya pusing
... akhirnya jumpa klinik utama

cerita panjang pun tak guna
kesimpulannya hari tu memang seharian tak ada aktiviti utama lain selain MENUNGGU di sana sini.
bukan buat apa pun, cuma urine test untuk sahkan mengandung je.
cuma semuanya DIY.
tunggu daftar.
tgu jumpa MO.
gi klinik untuk urine test.
ambil botol spesimen.
beri sampel.
hantar ke lab.
tunggu keputusan.
tunggu ubat disediakan.
tunggu giliran buat bayaran.
tunggu ambil ubat di farmasi.



aturacara hari itu:
Masa: 9.15am - 1.15pm
Parking fee: RM4.00
Registration: RM5.00
Pregnancy urine test: RM5.50
Medication: RM15 folic acid 5mg x 12 weeks (105 tabs)
Total: RM29.50

Result: HCG positive,yeah mengandung! Cuma tak tau berapa usia kandungan.

Kekangan: Follow up hanya boleh dibuat di Klinik Ibu Mengandung PPUM hanya SELEPAS kandungan berusia 4 bulan.



Apa nak buat sementara tu?
Terpaksa la ke klinik swasta yang
- boleh terima antenatal yang lebih awal daripada 4 bulan
- ada temujanji hujung minggu (yeah AL dah habis buat cuti kahwin!)
- doktor perempuan muslim
- lokasi terdekat

Thursday, March 24, 2011

1 bulan 1 minggu kemudian : hCG +ve!



hari terakhir puasa 2010
9/9/2010
aku buat ujian guna home preganacy test kit
tak sempat balik rumah, cuma test di tandas Jusco Seremban 2 selepas berbuka.

positif!

ini merupakan test kali ke-3
sebelum ni pun dah rasa 'lain macam' cuma baru kali ini positif.
alhamdulillah, kalau tau positif semasa bulan puasa tentu aku sendiri was² nak puasa atau tidak.
syukur dah selamat sebulan puasa baru baby nak menonjolkan diri :D

dalam gambar nih ada 2 test kit
sebab buat 2 kali
nak kasik confirmed
sampai daddy dia tanya 'asal, kalo test banyak² kali boleh kuar 3 line pulak tanda kembar eh?' ;p


raya 2010: baru semalam dapat berita gembira - tahun depan tambah lagi 1 ahli keluarga :)

Wednesday, March 23, 2011

7 tips - home preganacy test kit

bagaimana home preganacy test kit berfungsi?

kit ini bertindak mengesan kandungan hormon human chorionic gonadotropin hCG dalam sampel urine.

lazimnya apabila seorang wanita itu mengandung, ovum secara umumnya disenyawa oleh sel sperma di tiub fallopia.
dalam masa 9 hari, ovum yang tersenyawa tersebut turun dari tiub fallopia ke ke rahim dah melekat di dinding rahim.
apabila pelekatan itu terjadi, rahim mula menghasilkan hCG ke dalam salur darah wanita tersebut.
sebahagian daripada hCG turun disalur ke urin beliau.
dalam beberapa minggu awal kandungan, tahap hCG meningkat dengan mendadak-ia mengganda setiap 2 ke 3 hari.

hormon tersebut boleh dikesan oleh home preganacy test kit seawal 2 minggu selepas persenyawaan ovum berlaku dengan sperma.


22/8/2010 - hCG negatif


panduan menggunakan home preganacy test kit

1. semasa memilih home preganacy test kit, lihat tarikh pengilangan yang paling terkini untuk keputusan terbaik.

2. baca arahan dengan teliti - setiap test kit mempunyai arahan tersendiri

3. waktu bangun pagi lazimnya dapat keputusan paling tepat

4. cuci tangan & bersihkan 'sumber sampel', ambil sampel di pertengahan - bukan awal semasa mula² buang air kecil

5. pastikan tingkap keputusan berada di bahagian atas dan senang dilihat ketika mencelup absorbent strip dalam sample atau menitis sampel pada test kit mengikut arahan

6. tunggu mengikut masa yang diarahkan

7. walau apa pun keputusan yang diperoleh, untuk lebih pasti-jalani ujian di klinik kesihatan

semoga berjaya! :D

7 tips - wallpaper / kertas dinding untuk rumah


ruang tamu asal


suami saya yang rajin & buat kerja dengan bersistematik


memang 1 rumah suami saya yang cat, saya tengok je dan cakap 'hmmm cantik, cantik' :D


hari yang dijanjikan - wallpaper installer pasang wallpaper


encik mandur memastikan semuanya berjalan lancar


dah siap! koleksi: Elite A. 6420-1 Oriental Lunar Beige, 178 kaki persegi, RM898


antara hadiah perkahwinan yang saya dapat ialah kertas dinding atau wallpaper.
boss sponsor
! :D
company saya ada jual wallpaper.
nak tahu rahsia dalam membeli wallpaper?

1. selalunya material wallpaper (vinyl/fabrik/etc) tidak penting, pelanggan lazimnya memilih berdasarkan rekaan corak yang digemari.

2. wallpaper hari ini jauh sudah maju dari dulu, jangan risau berkenaan keselamatan atau kesesuaian dengan cuaca di Malaysia.

3. lazimnya wallpaper buatan Korea lebih besar - maknanya 1 gulung lebih ekonomi walaupun harganya mahal berbanding keluaran lain (lebih banyak gulungan yang perlu dibeli sekiranya wallpaper saiz gulungan kecil).

4. pilih sendiri! sekiranya menggunakan penghias dalaman profesional anda mungkin akan dikenakan sehingga RM2,500 untuk feature wall. kosnya? secara kasar: untuk dinding dalam 170 kaki persegi, harga wallpaper RM900, upah pemasangan RM250 total RM1,150.

5. Apa yang perlu anda tahu? Ukuran dinding - tinggi & lebar.

6. Sebarang treatment yang perlu dilakukan pada dinding (tidak rata, sedia ada wallpaper lama, etc.) mungkin dikenakan harga berlainan oleh wallpaper installer. awas! HANYA gunakan khidmat wallpaper installer terlatih & dicadangkan - hasil kerja yang tidak kemas hanya merugikan anda, tak kira betapa tinggi kualiti atau betapa cantik wallpaper yang dipilih!

7. dengan ukuran dinding, datang ke showroom untuk memilih wallpaper. have fun! amaran - ada pelanggan yang bermula dengan feature wall tapi akhirnya memilih untuk 1 rumah termasuk siling! you have been warned! ;p



bilik tidur


installer tengah sapu gam kat dinding


suami saya yang kerek & Koleksi: Elite A. 6416-2 Xiah Silver, 178 kaki persegi, RM898


ruang antara bilik


selepas dicat oleh encik suami - warna cat pun dia yang pilih :)


wallpaper nih memang ngam² banyak nih je saya dapat, leftover dari customer


encik suami yang sungguh gembira dengan Koleksi: Ezen A. 3256-2 Garnett Deep Purple, 178 kaki persegi, RM798

*harga untuk 1 gulung semasa promosi, silap² siap boleh dapat free upah pemasangan!
*harga biasa RM1,148 untuk Elite & RM1,048 untuk Ezen, upah pasang RM250 segulung.
*sebab boss bagi free, saya pilih design stok lama² je, stok baru lagi banyak design yang cantik²!

lagi info?
www.maximworldgroup.com

majlis persandingan Ali JB & Zaza Si Photographer


kacau orang tengah make up


3 Julai 2010, Masjid Taman Bukit Chedang, Seremban


asal ayah saya lak yang lagi nervous nih :p


make up bersanding


adik - adik bongsu - saya - kakak


aih photographer berkenan kat adik ipar saya!


kompang sponsor, terima kasih banyak²! :)


beri laluan, beri laluan!


P: pergh lawa la lu nyer DM!
L: kasut lu pon lawa tapi pinjam nyer kan?


tepung tawar


tapi bila punk yang tepung tawar jadi huru hara!


dengan adik bradik je boleh ambik gambar tak berprotokol


aik blom makan lagi baju dah tak muat, sepbaik sempat cover!


kek sponsor, terima kasih daun keladi!


caaaaayang dia!


cikgu nasir & cik ana kat blakang - amik berkat!


Dewan Serbaguna Taman Tuanku Jaafar, Senawang, Seremban


majlis untuk kawan²


antara gerombolan ke akhir majlis


banyaknya hadiah, terima kasih banyak²!


nak lampu? tekan kat tooooot!


korang bukak hadiah camner? suami saya guna butterfly yang sangat tajam! :p

Tuesday, March 22, 2011

Checklist: Merancang Perkahwinan



HIV Test
Lokasi: Kelana Jaya, Selangor
Tel: 03 7804 5001 Kinik Kesihatan Kelana Jaya

Kursus Kahwin
Lokasi: Bandar Tasek Selatan, Kuala Lumpur
Tel: 012 2943 040 / 012-634 6533
http://perkahwinan.ning.com/profiles/blogs/pusat-kursus-kahwin-bts

Katering
Lokasi: Seremban
Tel: 019 2221 673 Pn. Faridah, Chedang Katering
* sangat berpuas hati - masakan sedap, tanpa MSG, servis baik
* RM11/head untuk 700pax tetamu - free makan beradab, kerusi & meja

Kad Jemputan
Lokasi: Seremban
Tel: 06 7620 071 Pelangi Printing, KM Plaza

Andaman
Lokasi: Seremban
Tel: 012 2498 113 Andam WoW

Andaman
Lokasi: Bandar Tasek Selatan, Kuala Lumpur
Tel: 03 9058 2660/ 012 3985 732



Dewan
Lokasi : Senawang, Seremban
Tel: 06 7989 0000/ 06 7989 081 Encik Azim - Dewan Serbaguna Tmn Tuanku Jaafar, Senawang
RM80/jam atau RM40/jam harga staff: Hubungi En Wahid 012 6997 966

Dewan
Lokasi : Seremban
Tel: 06 7623 381 Dewan MPS


Kompang
Lokasi: KL
Tel: 017 6963 277 Shawal
Tel: 017 6607 974 Firdaus

Tukang Jahit
Lokasi: Seremban
Tel: 06 6332 396 Mei Yen Tailor
Tel: 017 3216 469 Rima Art, Bazaar Seremban
Tel: 016 3060 143 Neeshah

Spa
Lokasi: Pelangi Square, Petaling Jaya
Tel: 017 6367 274/ 7725 1303 Prasanti Spa
Tel: 016 5162 126 Nail Art



Spa
Lokasi: 1 Utama, Bandar Utama, PJ
Tel: 03 7710 1663 Thai Odyssey 1 Utama

Spa
Lokasi: Seremban 2
Tel: 06 6014 226 Thai Odyssey Jusco Seremban 2

Klinik Orthodentik
Lokasi: Pelangi Square, Petaling Jaya
Tel: 03 7725 2057 Mutiara Orthodentik

Homestay
Lokasi: Seremban
Tel: 012 3060 333 Haza - berhampiran Dewan Serbaguna Tmn Tuanku Jaafar
Tel: 019 9226 197 Taman Bukit Chedang
Tel: 013 3069 575 Senawang

PA System
Lokasi: Seremban
Tel: 017 2196 629 Maidi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...