damdiduuu

Friday, April 29, 2011

Kasih Ayah :)

aku adalah antara mereka yang tak berpeluang membesar dengan ayah.
sampai la bila mengandung dan melahirkan bayi pertama, baru aku dapat faham bagaimana besarnya pengorbanan seorang ayah :)





sabar
- daddy lebih sabar dengan baby. terutama sekali masa tukar lampin waktu baby nangis kuat sangat-sangat

top chef
- abang bukan saja masak untuk mommy tapi juga untuk semua tetamu yang datang melawat
- dari pergi kedai/pasar, bersihkan bahan mentah, masak, hidang, kemas, bersihkan dapur semua dia buat sendiri, thanx hun! :)
- masak untuk orang berpantang bukan setakat masak masakan yang dia suka atau dia biasa, tapi semua menu yang abang hidangkan semua dia rujuk dulu pada emaknya apa resepi terbaik. You're the best!
- semasa mengandung waktu mommy tak ada selera nak makan dan tak ada idea nak masak apa, daddy la penyelamat dunia!

penanti yang setia
- abang cuma boleh tunggu dengan sabar waktu mommy dalam labour room, dalam wad bersalin
- apa yang bermain dalam fikiran waktu isteri nak melahirkan zuriat? terima kasih atas kesabaran tu :)

kaki balut
- tak tau pesal tapi orang lelaki selalunya lagi pandai bedung baby dari mak-mak sendiri :p

Jalan-jalan Cari Pasal
- waktu mommy grounded tak boleh pergi mana-mana daddy la yang jadi kaki mommy dan baby
- groceries shopping, pergi bank, daddy la hero kami! :D

Mr House Whole Manager
- waktu mommy baru bersalin daddy buat semua sekali kerja rumah - masak, cuci pinggan, basuh baju, cuci toilet yang paling bermakna ialah bantuan yang diberikan pada waktu yang amat diperlukan!

Keluang Man
- abang cuti pendek, kena kembali bekerja awal tak macam mommy
- tapi dia masih berjaga malam dengan sabar pujuk baby, tukar lampin, burp baby ... itulah pengorbanan!

Mr Banker
- tentulah antara yang terbesar daddy banker untuk mommy dan baby
- waktu susah atau senang, banyak duet atau kurang daddy selalu dulukan mommy dan baby

Supir
- korang pernah tengok abang drive? tiap-tiap kali tukar gear je bangle besar dia bunyik dulu :p
- tu je lah beza dia dengan F1 driver kot, sama F1 driver ada lesen hahaha

bila last time kita cakap 'Terima kasih' kat ayah eh? ...

Thursday, April 28, 2011

nak bagi baby nama apa?

baby Alice's fact sheet

Zaza Si Photographer & Ali JB
27 April 2011, Rabu pagi
PPUM Kuala Lumpur
baby girl
2.7kg
lahir normal


kenapa baby Alice best?
sebab dia
- alhamdulillah sihat, tak sakit apa-apa
- sebab sihat & selesa, baby Alice tak nangis kuat-kuat lama
- baby Alice pandai menyusu, moga sihat selalu!
- baby Alice belum belajar multi-tasking lagi, jadi bila dia cam nak nangis, mommy kata 'Alice, drink milk' Alice pun minum susu saja sebab dia tak pandai nangis sambil minum susu :D
- baby Alice ada mama Su, mama Fizah, mama Mia, papa Zuri, saudara-mara dan kawan-kawan daddy & mommy dia bagi wishes, tolong macam-macam dan bagi hadiah banyak-banyak sangat! :D

kalo korang nak tau, daddy baby Alice ada senarai nama yang panjang untuk dia:
Nur Alisya Natasha Athirah Aelina Zarina Farhana

hmmm ... nak bagi baby Alice nama apa uh?!

Wednesday, April 27, 2011

38 minggu 1 hari: BERSALIN! :)

kronologi kelahiran baby Alice

26 April 2011 Selasa
11.08 pm : air kutuban pecah
11.50 pm : bergerak ke PPUM, masuk labour room, bukaan 2cm

27 April 2011
1.35 am :masih di labour room, contraction setiap 5 minit tapi selang seli kuat & perlahan, pindah ke wad bersalin
3.56 am: contraction makin kuat & makin rapat, bukaan 4cm
5.00 am: masuk labour room semula
7.00 am: bukaan 10cm, kepala bayi di stesyen 0, maknanya dah boleh teran keluar
8.15 am: baby Alice lahir :)
9.30 am: doktor keluarkan darah beku
11.00 am: pindah ke wad bersalin, baru dapat jumpa daddy baby Alice
11.30am: rooming in, baru jumpa baby Alice semula



baby Alice selepas diQamat oleh daddynya


28 April 2011
10.00 am: doktor check perut mommy baby Alice, ambil sampel darah
2.30 pm: baby Alice balik rumah bersama keluarga :)

Tuesday, April 26, 2011

sudah 38 minggu!

ngam sui 38 minggu
2 minggu sebelum EDD - 10 May 2011
selalu orang bersalin 2 minggu sebelum EDD
baby Alice camner eh? hmmm ...


sekarang dah tak terjaga malam kerap lagi
mungkin 1 kali je
tapi tak tau asal malam dalam pukul 2am boleh terjaga sebab lapar
walaupun masa dinner makan complete meal

nak bergerak semakin susah
wah nak bangun dari katil tu satu cabaran yang hebat
kena ada skill tersendiri baru boleh bangun.
perut penuh & besar.
tapi bila dah berjaya bangun still sakit² sana sini.
mommy strong untuk baby Alice!

kaki bengkak.
korang boleh nampak buku lali?
mommy baby Alice kaki dia bengkak sampai tak nampak buku lali.
tangan pun boleh bengkak.
bila cuci tangan yang style guna sebelah tangan je genggam² boleh rasa sakit.
baru sedar tak boleh genggam abes.
sakit.
cincin kahwin pun dah tak muat.
abang bising la tu kalau tak pakai cincin.
budget ada je orang nak ngorat CikMok dia! :p

semalam boss baru balik dari Korea
dia belikan Faceshop Hand & Body Shiffon Cream Strawberry
wangi sangat bau strawberi (duh!)
tunjuk kat abang, tanya boleh letak kat perut tak?
dia kata ok :)


tapi boleh pulak si budak baby Alice nih tak gerak² lepas letak krim strawberi!
selalu masa tengok tv macam² aksi akrobatik dia buat
mentang² daddy dia layan!
tapi semalam senyap je, gerak sikit² je.
risau 1 malam!
(sebab tu bila terjaga tak boleh lelap kot, sampai lapar²)
marilah selawat syifa' ramai²
moga² semuanya disembuhkan.

alhamdulillah hari nih baby Alice punya kick count normal.
ibu² jangan malas buat carta pergerakan baby tau
(hahahaha pandai nasihat orang, pada hal seniri pon malas - baby dah senyap baru sibuk² nak buat kick count!) :p

mudah²an semuanya selamat.
lepas nih nak guna lagi tak krim tu eh?
hmmm ....

baby cakap apa?!

jom tengok baby cakap apa?


1 - baby lapar


2 - baby ngantuk


3 - baby nak burp


4 - baby sakit perut, angin!


5 - baby tak selesa


bila dah faham boleh la tolong jaga baby Alice eh? :D
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...