damdiduuu

Showing posts with label Klinik Kesihatan Kelana Jaya. Show all posts
Showing posts with label Klinik Kesihatan Kelana Jaya. Show all posts

Monday, March 16, 2015

Antenatal 29 minggu kandungan ke-2

wow!
minggu ke-29!
daunting and exciting at the very same time.
exciting sebab tak sabar nak jumpa Leroy :)
daunting sebab tak tau mana nak dihalakan dia selepas pantang.
lagi² sejak tahun lepas dah berkobar² nak pencen day job.
nak duduk rumah jaga anak.

berdebar pasal nak lahirkan anak pun ada sikit²
tapi kalau ikut pengalaman sebelum ini
bersalin memang mencabar
tapi bila ada bantuan perubatan insyaAllah semuanya dipermudahkan
cuma yang makan masa ialah selepas tu
waktu nak sembuh semula tu yang kena banyak sabar.

eh tu paling bangsat lagi 7 minggu
advance sangat :p
we'll cross the bridge when we get there.
hari ini antenatal ke 4
minggu ke 29
rasanya tak ada apa sangat
rutin biasa.


siap kena sign 
bila nurse dah terangkan
macam mana nak kira kick count
:p


sampai klinik ambil nombor 'jururawat'
time stamp kat slip nombor tu ialah 9:28.
tak tepat sangat rasanya, tapi boleh kata awal jugak la
walau pun tak (pernah niat nak) sampai klinik pukul 8.00 pagi :p
kalau nak dibandingkan dengan antenatal ke-3 dulu
datang je kat klinik duk tonggong tak buat apa² sampai dekat 11am.
kali ni dalam 10.45am dah siap:

1) berat
60kg
fuuu naik 2kg je dari 4 minggu lepas
maknanya seminggu naik setengah kg
(kuota: seminggu naik 1kg)
maknanya boleh makan banyak² lagi :p

2) urine test
tah hapa tak faham
sama je result tiap² kali
Urin Alb: N
Urin Sugar: B

3) blood test
cucuk kat jari
hb: 12.4
fuuu setakat ni yang paling tinggi
berbanding sebelum ni 11.4, 11.8
eh ... bukan patutnya makin lama makin kurang ke?
(ada je yang dirisaukan!)

dan lepas tu bila dah jumpa nurse untuk check up
dapat result:

blood pressure
- 109/66

Nadi
- 98

Edema/Bengkak
- tak ada
memang mengandung kali ni badan rasa lagi ringan
tak macam 1st time dulu
memang terasa berat sangat.
dulu masuk kereta pun nak angkat kaki kena support guna tangan.
water retention yang ketara.
kali ni rasa badan slim sikit :p
boleh jalan laju² dan kurang sakit².


tempoh hamil
- 29/52 + 4/7
fuuu dekat nak 30 minggu!

tinggi rahim
- 30cm
fuuu naik 4cm!

kedudukan prestensi (apa benda ni?)
- rasanya belum engage (tak faham kod yang nurse tulis)

jantung
- 156
aik naik sikit dari sebelum ni yang konsisten 151/bpm
tapi masih dalam julat normal

gerak
- aktif macam biasa

count ANC
- perkara baru yang kita belajar ialah kira pergerakan kandungan
kalau ikutkan
doktor dah suruh buat sejak last check up lagi
waktu ultrasound ke-2 yang lepas
tapi macam dia tak ada sebut pun
cuma balik rumah
perasan ada doktor tulis kat buku pink: Count ANC.
hari ni baru nurse ajar macam mana nak kira

kat page 16 buku pink
ada 5.17 Carta Pergerakan Janin
senang sangat
tulis tarikh
masa mula 9am
setiap kali kandungan bergerak, tick kat kotak.
dah cukup 10 tanda tick, tulis masa pergerakan yang ke 10.
kalau dalam satu masa kandungan gerak 2-3 kali
(kadang² Leroy hiccups!)
itu kira sekali je.

ooooo patut la bila download baby kick count app kat app store
dia catat masa habis 10 count je
tak banyak apps yang buat time stamp untuk setiap kick.
ha'ah
biasa la tu
sebelum belajar malas nak catit
jadi download je apps 
senang waktu kick boleh record kat hp je
:p

lain² nasihat
- rehat yang cukup
ni tak payah tulis pun tak pe kot :p
selalu je mengelat nak buat chores bila kandungan dah besar ni
nasib baik la dapat abang yang memahami
:)

- bila bleeding terus pergi hospital

suppliment
- zincofer
macam biasa dapat 1 bulan punya supply
sebab dah tinggal 1 papan lebih saja

next appointment 
- dah kena datang setiap 2 minggu


ada sticker baru warna biru tua kat sisi buku
tu maknanya Zon C kata nurse
dan sticker pun dah tukar putih balik.
last time hijau sebab belum confirm due date.


next test/check up

1) week 31+
kena injection! =E
i'm not afraid
tapi kadang² saja nak rasa manja² :p
heleh, orang lain beranak sampai 4,5 kali elok je hidup lagi
inikah pulak setakat kena jarum sikit
(nak bagi senang hati sendiri).

2) week 36
ultrasound
untuk tengok kandungan dah engaged ke belum

bila tanya balik kat nurse
paling awal boleh bersalin 37 minggu kan?
nurse tu jawab 36 minggu pulak
maknanya on the dot of my bday
4/5/2015
takut tak? :p

moga dipermudahkan
:)

p/s: selepas bersalin
hospital kerajaan akan bagi slip
satu salinan kena bagi ke Klinik Kesihatan semula
jadi dalam masa 20 hari selepas bersalin
nurse akan datang ke rumah
tengok ibu & baby
:)

Friday, January 23, 2015

pengalaman buku pink 2015

sejak baru beli lagi, Alice dah tak sabar 
nak pakai baju ni
pergi selamat pengantin baru.
mak Alice je pakai baju pelik
:p


organ lagu pelik
11 Januari 2015
nak pergi kenduri kahwin.
pakai baju kurung 
yang memang satu tu saja selalu pakai pergi kenduri kahwin :p
tiba² rasa semacam.
kenapa baju sempit.
sempit di tempat yang pelik.

bukan pinggang, perut, peha atau pinggul yang tak boleh masuk.
tapi mid section.
atas daripada pusat.
bahagian ulu hati.
pelik kenapa organ² dalaman dah ternaik ke atas
sampaikan baju dah sendat.
sebelum tu tak cuba pun baju
dah nak pergi kenduri baru sarung.
memang baju tu satu saja yang bawa dari rumah.
pakai saja lah!

kalau orang mengandung
perut besar kat bahagian bawah pusat.
ni apa hal pulak atas pusat yang gemuk
-_____-

kalau tak gas, apa?!
sehari dua lepas tu rasa macam perut banyak gas.
bukan sakit.
bukan tak selesa.
tapi ada banyak movement.
saya ni mengandung ke?
pelik pulak. 
orang kalau mengandung mesti rasa tak selesa.
morning sickness.
mana ada pulak orang mengandung tiba² rasa bayi gerak² dalam perut.
kandungan dah besar dah 6 bulan baru rasa lutut/siku bayi terbonjol
kalau tak silap la 
ikut pengalaman mengandungkan Alice 4 tahun lalu. 

bila google,
rupanya pergerakan kandungan boleh rasa seawal 7 minggu.
lagi banyak kali mengandung
lagi awal boleh rasa.

untuk bagi clarify
tak payah teka²
senang buat saja UPT, urine pregnancy test di rumah.

14 Januari 2015
7:28:12
oh. 
tak tau nak cakap macam mana.
tahniah.
tak sangka pulak.
alhamdulillah.

memangnya aku berat juga nak cerita pasal mengandung lagi
ironinya 
kalau tak salah dalam 2 minggu lepas
baru je reminiscence 
bagitau abang
... kalau yang dulu tu ada lagi
time² sekarang ni la dia lahir
:)

bukan mengeluh.
bukan sedih.
bukan tak terima taqdir.
bukan tak bersyukur
tapi sekadar terfikir
... kalaulah!
:)

tiba² dapat pulak "berita" baru ni.
blur kejap ...

kalau hamil kali ke-2 dulu kita memang tak bersedia
kali ini,
kita lenjankan je lah. 
sedia ke tak, dah pun kita terima.
belum plan lagi 1,000,001 persiapan
(nursery? bersalin? berpantang? baju? pampers?)
tapi kita take 1 day at a time la.
pelan² kayuh.


menyambut Alice ialah salah satu major event dalam hidup kita.
memang kaw² punya planning, execution, contingency plan yang kita dah buat untuk Alice
:p


nak ke mana?!
dari segi ekonomi
jauh betul beza waktu nak menyambut anak pertama
dengan kali ini.
banyak adjustment & justification yang kita kena buat.
perkara yang kena fikir pertamanya
bersalin.
kat mana?
antenatal?
macam mana?

naturally mestilah pilihan pertama kita
sama macam dulu
bersalinkan Alice di PPUM.
bila diselidik
sekarang ada polisi baru
PPUM cuma terima kelahiran anak pertama & ke-5 SAHAJA
:-o

Alice dulu sebelum lahir lagi dah masuk U.
adik Alice kena apply UPU la kot
:p


next best thing
bukak buku pink!
belum decide lagi nak bersalin di mana
tapi kali ini kita cuba nak buat pemeriksaan antenatal di klinik kerajaan.

you're so 2,000 and late!
bila google
cuma jumpa blog entry pasal buka buku pink di Klinik Kesihatan Kelana Jaya
yang 2 atau 3 tahun yang lalu punya.
kenapa mak² Kelana Jaya tak blogging pasal antenatal check up eh?
:p

berkali² juga dalam seminggu
kita cuba telefon untuk tanya
prosedur bukak buku pink
di Klinik Kesihatan Kelana Jaya.
haram sekali pun bila dah sambung ke Klinik Ibu & Anak
yang panggilan berjawab.
habis² pun jawab "Hello? ... "
lepas tu terus talian terputus.
setiap kali pulak tu!
kalau tak engage la!

jadi untuk semua yang masih tertanya²
dirakamkan maklumat yang berikut ni
moga dapat beri manfaat
kepada yang berkenaan
:)

Bismillah ...

Entry 1: Prosedur buku pink
Entry 2: Kandungan buku pink
Entry 3: Antenatal pertama baby 2.1

prosedur buku pink - Klinik Kesihatan Kelana Jaya 2015

waktu operasi
untuk buka buku pink
sila datang 9pagi atau 1.30ptg
Isnin - Khamis.





dokumen
- myKad
kalau tak salah dokumen yang perlu diberi waktu pendaftran
ialah MyKad sahaja
tapi waktu merekod sejarah perkahwinan/mengandung/kelahiran terdahulu
ada banyak maklumat yang kita kena tau
antaranya
- tarikh pernikahan
- nombor ic, telefon, alamat pejabat suami
- tarikh akhir period & kitaran period
- sejarah kelahiran anak terdahulu (tarikh, masa, tempat, normal/bantuan/bedah, berat, jaundis, etc) 
jadi kalau ada lagi banyak dokumen
tak la tergaru² kepala nak cerita.
bawa semua dokumen yang ada 
lagi tepat lagi bagus
(terutama kalendar period!)

kos
parking
- seberang jalan klinik: sekali masuk RM3

pendaftaran, konsultasi, ujian makmal, prosedur perubatan, ubat
- percuma
(setakat yang pergi bukak buku pink ni tak ada kena bayar apa² lagi)

Masa
- kita sampai 11.15 pagi
terus nurse suruh datang 1.30petang untuk ambil nombor
bila datang petang
sempat jumpa nurse saja
buat appointment lain untuk jumpa doktor dan buat ultrasound


datang petang.
lagi 47 orang?!


Prosedur

kaunter 32
ada meja & kaunter.
nombor giliran & pertanyaan kat meja.

bagitahu nurse yang duduk kat meja
nak buat buku pink.
nurse akan tanya rumah kat mana
klinik cuma cover kawasan tertentu saja.
nurse akan beri 2 buah buku pink.
isi.
serah semula.
beri IC.


Bilik Pemeriksaan 33
Ambil bacaan berat
dan sejarah 
pernikahan
period
kelahiran terdahulu
sejarah kesihatan


Kaunter 20
Ambil bekas urine.
Tandas Makmal 22
letak sampel urine pada tingkap sebelum keluar dari tandas.

Bilik Spesimen 23
Ambil spesimen darah.
Sampel darah beri pada Kaunter 20.
Datang semula ke Bilik Spesimen 23 untuk ambil keputusan ujian HIV.
Tunggu nombor giliran dipanggil untuk jumpa jururawat

Bilik Jururawat
(kalau tak salah Bilik 24)
Cerita² sejarah, kesihatan, pemakanan, keputusan ujian
Ambil tekanan darah
Periksa payudara
Periksa perut dan ukuran
Ambil bacaan denyut jantung baby :)
Nasihat ketika mengandung
Ambil tarikh appointment akan datang.

Farmasi
Ambil ubat
:)



hemoglobin paras² nak bahaya
dapat ubat besi :D
nurse pesan makan sayur bayam.
keluar dari bilik konsultasi
Alice beritahu daddy suruh makan ayam!

Selesai urusan
lebih kurang 5.05petang.

tips:
- masa menunggu lama. bawa bekalan (untuk hilang lapar dahaga & hilang bosan) apa patut
- sabar
- boleh tanya apa² soalan/lepas ni nak buat apa kat nurse
nanti nurse akan terangkan
sebab memang tak ada panduan tulis kat mana²
apa nak buat, nak pergi mana
- ada kaunter² yang panggil nama
tak guna microphone pun
mesti selalu alert
- orang memang ramai
masa menunggu memang lama
tapi customer service insyaAllah tak ada masalah
tanya je baik²
senyum
ucap terima kasih.
ini baik untuk kandungan
:)

Thursday, January 22, 2015

Check up kanak-kanak, Klinik Kesihatan Kelana Jaya 2015

Dokumen perlu dibawa
- MyKid

waktu operasi


Prosedur


1) Kaunter 32
Ambil nombor - Doktor
Tunggu giliran



2) Bilik Pemeriksaan 33
Timbang berat
Pemeriksaan awal oleh jururawat




3) Bilik 23
Beri specimen darah
Nurse hantar sampel ke makmal


4) Bilik 26
Masuk ubat
Tunggu nombor giliran



5) Bilik 26
Jumpa doktor
Pemeriksaan
Diberi preskripsi



6) Farmasi
Ambil ubat

Kos
Parking
- private parking seberang jalan klinik: sekali masuk RM3

Pendaftaran, konsultasi, ujian, ubat
- percuma :)

pengalaman pertama
take specimen pada peringkat umur kanak².
alhamdulillah tak ada trauma
:)


Ceritanya
Klinik Kesihatan Kelana Jaya
22 Januari 2015
11.15 pagi.

(Wah lama senyap, tiba² update pasal sakit!) :p
Minggu lepas Alice demam.
Dah ambil ubat di Klinik 1 Malaysia TTDI (entry tertangguh!)
pagi ini 5am
tiba² Alice terjaga tidur
menangis².
Bila ditanya nak apa
Alice tak jawab.
Tiba² muntah.
Selepas muntah Alice jawab "Saya nak muntah" -______-

Sesudah dibersihkan muntah, baju dan badan,
tidurkan semula.
Sebelum tidur Alice mengadu bahagian dalam pipinya sakit.
Tak nampak apa² yang luar biasa pada mulut.
Ditepuk, lelap semula.

Telinga
Alice bangun lewat dari biasa.
Bila terjaga
mengadu sakit telinga.
Awalnya kita nak bawa follow up semula di Klinik 1 Malaysia juga
tapi bila dengar sakitnya macam bertambah²
maka kita bawa ke Klinik Kesihatan supaya boleh berjumpa doktor.

Kita beri Alice rehat,
sarapan ikut mood
maka agak lewat sampai ke Klinik Kesihatan Kelana Jaya
dalam 11.15pagi.

Pengalaman pertama.
Nampak beza berbanding klinik swasta - dalam satu bilik/ruang
ada lebih dari 1 meja
lebih dari 1 jururawat/doktor
lebih dari 1 pesakit
lebih daripada 1 konsultasi pada 1 masa.

Alice 3 tahun 8 bulan
Berat 13 kg (makin lama makin kurang?).
Demam.
Batuk.
Selsema.
Selera makan kurang.
Mengadu sakit telinga & bahagian dalam pipi.
Disangka demam dari 6 hari lalu
(sebenarnya yang dulu dah baik,
tapi hari ni demam semula)
maka jururawat cadangkan buat ujian darah.

Alhamdulillah jururawat yang ambil darah
(kita ajar Alice bukan ambil darah/cucuk
tapi kita beritahu dia "take specimen"
big words yang nampak macam penting je kan!) :p
ambil dengan baik.
Alice tak menangis.
Ambil sekali dah cukup.

Kemudian jururawat hantar sampel ke makmal
(patutnya kita hantar sendiri
tapi baik jururawat tu!
siapa kata jururawat kerajaan semua garang & bengis?!),
tunggu keputusan,
hantar ke doktor
dan kemudian masukkan ubat rectum panadol untuk kawal suhu.

Sampai giliran
kita berjumpa doktor.
Alhamdulillah semuanya baik.
Ujian darah normal.
Telinga baik.
Tekak merah.
Mungkin telinga sakit sebab selsema.
Doktor prescribed antibiotik,
ubat demam
dan ubat batuk + selsema.

Sampai di farmasi
soalan pertama pharmacist tanya
berapa berat Alice.
Kita agak pharmacist nak tau berat untuk bagi sukatan ubat terbaik.

Memang betul!
Pelik² sukatan ubat Alice.
Ubat batuk + selsema yang mengantuk : 3mL (giler sikit!)
Ubat demam : 7.5mL (eh ... ada 0.5?!)
Antibiotik : 7.8mL (mencabar betul nak dapat 0.8mL  - kena la pakai syringe!)

Pengalaman pertama jugak
dapat (ni baru betul² dapat, bukan beli!) antibiotik
yang kena bancuh sendiri.

Selesai urusan dalam pukul 12.30pm
alhamdulillah
:)

p/s: balik rumah Alice susah betul nak makan antibiotik.
tak sedap katanya.
ubat lagi 2 ok.
di sekolah kakak pengasuh suap ubat senang je pulak
-______-
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...