damdiduuu

Showing posts with label Brinchang. Show all posts
Showing posts with label Brinchang. Show all posts

Monday, October 7, 2013

Cameron Highland: weekend getaway

selepas berbincang
kita pun buat keputusan
untuk ke Cameron Highland
pada hujung minggu ni.

selesai buat persiapan
termasuk bawa bekal ubat untuk cegah motion sickness
kita ke Cameron Highland
ikut Simpang Pulai
(sebelum ni pengalaman pahit muntah² sakit kepala ikut Tapah).
tak apa la jauh sikit ikut Simpang Pulai
janji happy
(thank you, daddy!)
:)

bertolak pagi
dalam 7.30am dah ada di tol Kota Damansara.
daddy kata 3 jam perjalanan.
memang 3 jam sampai
(awas banyak speed trap kat highway!)

subhanallah
indahnya ciptaan Tuhan!


ikut weather forecast
cuaca dijangka hujan petang
untuk Sabtu dan Ahad.
jadi kita target untuk petik strawberi
atau apa² aitiviti luar
pagi²
sebelum check in hotel.

sampai² saja kita singgah kebun teh dulu.
mommy tak minum air manis
dan minuman berkafien
daddy pun tak minum teh.
kita cuma ambil gambar saja

 Alice takut angin kuat.
sejuk pulak tu!
jadi kat ladang teh Alice tak nak dukung.
Alice nak jalan di bawah dekat degan pokok teh
terlindung dari angin
:)

dua² comel
:)

udara segar dan budak comel
what more can I ask for
:)

daddy belikan Alice hat sebab sejuk sangat.
sweater beli kat pasar malam Brinchang last time kita datang sini,
masa tu Alice baby lagi, sekarang dah kecik dah sweater tu :p
hat dalam RM7++ kalau tak salah


next stop Al Mashoor Strawberries.
sayang kat sini tak boleh petik strawberi

 layan rabbit saja la

 next stop S'Corner

 sama juga tak boleh petik strawberi kat sini.
petik cendawan je boleh
-________-

warna warni gitu!

duduk la minum kat S'Corner sekejap.
pemandangan dari alfresco cafe yang sejuk chill
:p

datang ramai² syok ni
:)

Alice bukan kira sejuk ke apa
dia tetap minta 'akim!'
-_______-

inilah namanya budak terlebih gula
lepas makan aiskrim
menyanyi riang ria suka hati :p
daddy belikan glove Alice kat sini
RM4

nak turun S'Corner amek kau
curam tu!


petik strawberi
ada beberapa farm yang boleh petik sendiri strawberi.
yang senang parking ni kita dapat dekat dengan Time Gallery.


bila balik Alice cerita
"kakak pick strawberry!"
:)

hotel
kali ini kita bermalam di
Heritage Hotel
Jalan Gereja, Tanah Rata.
booked melalui Agoda.
baca pasal harga dan review Heritage Hotel yang kita duduk kali ini.


walau pun sejuk
budak kecik tetap suka hati
:)

makan di mana?!
ada banyak nasi kandar,
mamak dan 
restoran Cina.
nak makan apa?
makan kat mana?

oh ya, mommy memang tak minum air manis.
kat rumah waktu mommy minum air suam
kadang² Alice minta juga
tapi Alice cuma minum seteguk (kemudian sendawa - air suam power tau!).
kat sini mungkin sebab cuaca sejuk
Alice lagi banyak minta nak minum air suam
berbanding ice blended strawberry yang daddy ordered.

yang potong sikit
kat sini
cepat sangat air suam tu jadi air sejuk
-________-

kids will be kids
Alice dah meragam
dah bosan makan sambil main iPad 
nak mommy bawa jalan² keliling restoran pulak.

tak ingat kenapa kita tak ke pasar malam.
mungkin cuaca tak mengizinkan
atau mungkin kita yang dah penat
dengan susah nak cari parking kat Brinchang.
yang nyata
kita dah plan nak beli barang dapur
sayur²an dan buah²an segar 
pagi² Ahad kat pasar
:)

daddy ajar anak dara dia ambik gambar tapak kasut
-__________-

tapau kek strawberi dari cafe hotel.
nyum² sedap!
ada fresh strawberry!
(habis rosak calori count mommy kat sini!
asalkan share dengan Alice
tak makan sorang² sepotong kecik kek ni 
kira boleh maaf lagi) :p
thank you, daddy!
daddy belanja apa² pun mommy suka!
:)

pagi² mari keluar pergi pasar!

baca kat sini pasal 

balik hotel untuk rehat sebelum check out.
kesian Alice dah penat
nap time dia waktu ni

pakai hat, pakai glove
cuaca sejuk sangat.
kabus tebal.
hujan renyai halus².
selepas check out
last jalan² dan beli barang segar
sebelum balik
:)

subhanallah!
kabus punya la tebal kat bawah sana
:)


macam mana la main golf tengah² kabus ni
:D

hujan agak lebat.
tak boleh bawa Alice turun main kat playground ni.
mommy pernah tengok
masa kecik² dulu ada gambar kat clock tower di Cameron Highland.
 tak tau yang ini atau kebetulan sama
:)

p/s: ada banyak je barang² yang mahal kat Cameron Highland
tapi kita beli yang murah² ikut budget
jadi semua yang ditulis kat sini semua murah je harganya
:)

Friday, October 4, 2013

Cameron Highland: pasar segar Brinchang & Kea Farm

rasanya kalau ke Cameron Highland
paling meriah
kalau membeli belah barang segar
di pasar tepi jalan.

malam Jumaat dan Sabtu
ada pasar malam di Brinchang
(sila bersedia untuk layan traffic jammed kalau nak pergi!)
selain daripada waktu tu
memang ada gerai tepi jalan di Brinchang
dan beberapa tempat di Cameron Highland.
selain barang segar
ada juga cendera hati
dan bantal strawberi
:D

di Kea Farm
kita lebih suka beli buah
dan bunga segar.

tips
nak membeli belah di sini senang sahaja
set goal (apa dalam senarai?)
plan nak pergi mana
cari parking awal²
buat perbandingan harga
tawar menawar
beli!

kalau main terjah je
tu yang tau² macam² benda merepek yang diborong
:p

pagi² lepas sarapan
terus ke Brinchang.
pagi² cuaca masih baik
dan lebih mudah nak dapat parking.

ada peminat kaktus?


petai petai petai!
:D

daddy macam biasa
pergi mana² mesti target barang masak.
thank you, daddy
:)

nampak macam sama
tapi daddy kata ada yang bungkus kecil
sebab tu kena usya betul²

waktu mula² datang dulu 
ada la kita beli strawberi awet
dan teh sebagai buah tangan.
kali ini kita jalan² saja.
tak ada budget
:p

lebih murah daripada strawberi petik sendiri
:)

nak sayur ke bunga?

baju Cameron Highland

lagi sayur segar²

kalau tak bawa sweater atau jacket
boleh cuba poncho
tapi kena pilih yang berkualiti
kalau tak nanti terbeli fabrik jenis yang cepat berbulu

 comel comel comel!
:)

selalunya kalau kita pergi pasar malam
Alice minta satay.
kali ini Alice minta satay memang tak ada jual
rupanya dia nampak marshmallow dan strawberi yang cecah coklat ni

mommy (yang kejam) :p 
tak bagi letak coklat
nanti comot.
last² Alice makan sikit je marshmallow ni
mesti Alice bayangkan marshmallow ni rasa satay ayam
:p

dah puas usya
baru daddy beli.
daddy kata tomato ceri kat sini lagi murah dari Tesco.
thank you, daddy
:)

magnet 3D ni 
kalau tengok sambil goyang²
nanti boleh pening :p
murah saja RM2


Kea Farm
banyak bunga segar,
buah²an
sayur²an
dan cendera hati kat sini.

sama juga parking memang mencabar
jadi kena plan awal²
untuk mengelakkan stress di tanah tinggi
:D

kita ke Kea Farm kali ini
selepas check out hotel
on the way nak balik
ikut jalan Simpang Pulai.
memang jammed
(thank you daddy sabar² driving)
dan dari jauh lagi daddy dah usya parking.
kalau dah dekat baru nak cari parking space
alamatnya memang kirim salam je la
:p


banyak bunga cantik²
segar ada awet pun ada.
baca pasal bunga ros segar 43 sen sekuntum yang mommy beli kat sini.

tengok² saja

cuaca hujan renyai tengah hari tu
redup saja walau tengah² hari
:)

mommy dengan daddy
sama² jenis yang tak makan sangat.
selamat strawberi merah menyala ni
:p

segarnya!

bunga yang dalam pasu ni
kalau tak salah
RM20 sepasu.
cantik tu!

macam² ada!

oh ya, hari pertama kita ada singgah satu gerai
tak ingat kat mana.
mommy beli buah limau ni
1 kg
ada 1 biji buah limau besar yang kulit hijau
3 biji yang kulit oren.
RM8
kira² sebiji limau besar yang sangat manis ni harganya RM2
(kalau beli banyak lagi murah kot)

CAP pernah complaint pasal jambu kristal.
jambu dibuang kulit
kemudian dicelup pewarna

tengok saja
apa pun tak beli.
Alice kata "monkey!"
mommy cakap "blue monkey" Alice marah pulak
:p

periuk kera berjuntai²!

pokok halau nyamuk? 

pokok cili yang sungguh mengiurkan!

jangan monyet, jangan!
kita tak boleh makan buah tu!
aku tak pedulik!
aku tak pedulik!
aku nak jugak!
:p

eh ... kat Cameron Highland ada Hard Rock Cafe?
:p
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...