damdiduuu

Showing posts with label durian. Show all posts
Showing posts with label durian. Show all posts

Tuesday, November 27, 2012

durian lagi, yay!

kalau sebelum ini
mama Su dan mama Pi belanja kita musang king best²
kali ini kita nak makan durian kampung pula.
durian biasa² saja
tapi nak makan dengan banyak tamak² :D

daddy kata di SS2 mahal dan tak banyak pilihan
jadi daddy bawa kita ke Ampang.
memang selalu beli durian di sini
cuma mommy rasa macam leceh sikit
rasa jauh, lama, penat dan kena banyak sabar redah traffic jammed terutama di Cheras.
bila dah sampai sini memang banyak pilihan.
durian kampung macam² gred.
musang king RM15/kg
D24 RM6/kg.
manggis sebungkus RM8
lebih murah daripada SS2
tapi mungkin kita datang pada masa ni
manggis dah lisut sikit
dan kualiti tak sebagus atau sesegar macam kat SS2.

alhamdulillah
murah rezeki kita musim durian kali ni
:)


macam² gred durian kampung


jom buka dusun kat Pahang nak?
:g~~


mana satu pilihan kalbu?


mula² setakat tolong kopek durian
sebab orang tu buat macam slow je


kemudian dia sendiri turun padang
siap ambil parang tolong kopek durian
dan pack masuk dalam bekas polystyrene
:p


amek kau!
7 bekas polystyrene semua!
(satu bekas dah masuk dalam plastik)
RM20 sahaja


manggis sebungkus dan durian sebeban
untuk isteri tersayang
:D


punya la banyak stok durian baru sampai kat sini!


kulit durian pun banyak berbakul²!

Sunday, November 18, 2012

durian SS2 yeah! :D


awalnya kita nampak durian tepi jalan
kat Shah Alam
dan kemudian di Giant Shah Alam


untuk kualiti yang lagi bagus
kita pergi SS2
:D


tak larat nak buffet
kita baru saja makan KFC
siap tambah dengan birthday cake!
:D


manggis
sebungkus RM10
memang segar² lagi
tak macam yang selalu jual kat shopping mall semua dah lisut²


musang king standard RM15 sekilo
boleh dapat yang kureng sikit
RM13 sekilo


tajam!
ouch ouch ouch!


yang mana satu pilihan hati?


macam² ada


siap dah bukak
boleh pilih sendiri kualitinya


musang king besar punya
RM40 sebiji
puas hati!


kopek buah
isi dalam tupperware besar
tak ada charge tambahan


tak puas hati
tadi kata nak bagi manggis RM9 sebungkus
sekarang RM10 pulak!
:p


budak kecik sibuk nak tolong bawak sama


aik? tak cukup lagi?
nak usya apa lagi tu?
:)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...