damdiduuu

Showing posts with label bayi mandi. Show all posts
Showing posts with label bayi mandi. Show all posts

Wednesday, December 14, 2011

perkembangan bayi: Alice 7 bulan 2 minggu

untuk yang pertama kali baru nak jadi ibu & bapa
kalau tak tahu nak baby panggil apa
mommy cadangkan
panggil la papa & mama
sebab masuk 7 bulan 2 minggu
Alice dah mula kerap ulang² sebut
'papa' dan 'mamam'
tapi paling popular 'papa'
:)

tak ada maksud pun apa yang Alice sebut tu
cuma 'papa' tu antara bunyi yang kita boleh tangkap.
ada banyak lagi bunyi baru yang dia buat
sebab sekarang tengah tumbuh gigi.
boleh nampak air liur kadang² banyak
(ada bubble² je la kat bibir, tak la meleleh² sampai dagu)
dan Alice banyak eksperimen buat bunyi²

*di nursery sebelum tu mommy tengok ada baby yang asyik ulang² sebut 'dad-da'
ingatkan Alice pun akan ikut cakap 'dad-da' juga
tapi rupanya tidak

anak boss besar.
duduk kena letak kaki kat atas!
nak suruh duduk bersandar pulak bukan senang!
Alice suka duduk ke depan
sambil mulut rasa tray atau keliling stroller!
sebab tu bila duduk di stroller kena beri toys
atau apa² yang boleh lekakan dia


ketawa
macam selalu Alice cepat ketawa bila kita buat lawak
... walau pun (selalunya!) tak kelakar :p
kadang² bila dia dah mula nak meragam
bila buat bunyi tekejut² pun dia boleh ketawa semula.
lepas tu macam biasa
bila ketawa tersedak sikit (mungkin sebab banyak air liur)
dan kemudian sedu.

watak
Alice mula tengok 'karekter' bila ada gambar.
sebelum ni dia cuma tengok corak.
terutama sekali corak atau tekstur di lantai.
paling menakjubkan rasanya bila makan di luar
Alice hairan tengok tekstur dan corak jalan tar tak sama macam lantai in door :p

sekarang Alice boleh nampak 'corak' membentuk 'watak'.
setiap gambar ada maksud
bukan semua corak abstrak saja.
jadi dah boleh mula buat dialog² dengan suara berbeza² untuk watak yang berlainan :)

wrestling dengan Tigger sampai mengantuk :)

cemburu
sebenarnya dah lama perkara ni, mungkin sejak Alice umur 6 bulan.
bila dah mula aktif, makin tak boleh duduk diam
makin banyak perkara nak belajar
makin susah nak fokus.
waktu minum susu, Alice akan minum sekejap saja
kemudian dia sibuk nak bangun tengok itu ini pergi sana sini.

nak buat macam mana?
kalau dah banyak kali panggil 'Alice, drink milk'
tapi Alice masih sibuk saja buat itu ini
kita tukar jadi 'Tigger, drink milk'!
yeah, stuffed toy Tigger.
kemudian siap buat bunyik² Tigger menyusu lagi :p

macam tu baru boleh tarik perhatian Alice.
baru dia pandang mommy.
baru dia cepat² datang.
dia akan tarik Tigger, renyuk² lebih kurang, kemudian letak tepi.
selepas tu cepat² Alice minum susu.

hahahah rasa bersalah pun ada juga
sebab kita tipu, kita beritahu dia yang Tigger minum susu.
tak betul kan.
tak patut.
cuma itu adalah salah satu trick yang berkesan.
Alice akan cepat beri perhatian.
serta yang paling best sekali
comel sangat tengok Alice jealous! :p

'Tigger drink milk' tu kira jalan terakhir la selalunya.
apa² trick pun tak boleh buat selalu²
nanti dah tak menjadi dah.
selalunya mommy akan cuba pujuk Alice dulu
dengan kata² dan belaian :)
yang paling penting mesti selalu ingatkan diri sendiri
tak boleh tinggi suara, tak boleh marah dan tak boleh pukul
sebab kita orang dewasa jauh lebih bijak daripada baby :)

liguistik
oh ya, kita tak ada gunakan nama anatomi badan pun untuk merujuk kepada apa² arahan.
cuma kata 'drink milk' Alice faham maknanya mommy will give direct feed.
'drink water' untuk minum air kosong
'drink bottle' untuk minum susu dalam botol.

waktu mandi, bila kata 'wash hair'
Alice akan anticipate, tunggu air dituang pada kepala
untuk cuci sabun pada rambut.
Alice tak nangis bila 'wash hair'
cuma dia macam panik sikit.
bila dah sapu muka dia dengan tangan biar air semua jatuh, dia tenang sikit.

Alice ni ada bad habit rasanya.
bila 'wash hair' dia suka rasa air yang lalu kat mulut dia.
hari² pun mommy kena ingatkan 'this is bath water Alice, not drinking water'
macam mana la nak bagi Alice faham ...

wrestling dengan Tigger, Alice boleh menang.
wrestling dengan daddy tak boleh menang
sebab daddy suka main tickle²!
gambar ni Alice tengah baca label pada bib yang Tigger pakai.
teliti betul Alice ni
semua dia nak belajar!
(ooh comel!)

akrobatik
makin kuat,
makin aktif,
makin banyak nak belajar
makin Alice tak boleh duduk diam!
tiap kali dukung Alice, mommy rasa macam buat aksi akrobatik
sebab Alice tolak², pusing badan dia tengok itu ini
dah apa saja cara yang dia boleh buat, dia akan buat!
kalau daddy dukung Alice ok lagi sebab daddy lebih tegap & kuat.
mommy selalu kena berhati² terutama waktu turun naik tangga
dan waktu Alice bosan.

duduk di sofa?
tak mahu dipegang.
nak tengok corak sofa.
nak tengok corak karpet.
nak duduk bawah.
duduk di walker?
boleh pusing duduk senget² sebab nak tengok semua 360 darjah pemandangan!
pergi sana sini, capai semua benda, rasa semua yang ada.
duduk di bilik?
sekejap dah ada di buju meja
tengok corak marmar warna pink
tengok soket letrik
sekejap merangkak, sekejap bergolek, sekejap baring.
waktu tidur saja yang aman! :p

waktu mandi pun
kalau sebelum ni cuma tepuk² atau
goyang² kaki sampai air tepercik sana sini,
sekarang Alice dah cuba nak berdiri dalam tub
dan capai baldi atau botol shower foam atau apa² saja benda di sekeliling.
bahaya betul sebab tub licin.
tu yang bila bath time kena cepat, tangkas dan pantas.

satu perkara yang boleh buat Alice duduk diam waktu mandi
kalau daddy ada!
muka Alice akan bersinar dan Alice akan tersenyum lebar setiap kali nampak daddy :)
bila daddy ada, Alice akan diam dan perhatikan setiap gerak-geri daddy.
semua yang daddy buat semua dia nak belajar.
dia akan duduk, fokus sambil tersenyum :)
(Alice ni memang betul sayang daddy dia kan!)

haaaa ... dah dapat benda baru nak buat apa tu?!

(not) gone
sekarang boleh nampak teether atau apa² barang yang Alice pegang
bila jatuh ke bawah, Alice akan tengok bawah dan cari.
bila baca di internet, pada tahap ni baby dah tahu konsep 'wujud'
barang yang tak nampak pun sebenarnya masih ada.
sebelum ni baby menangis sebab bila barang dah tak nampak dia ingat dah hilang terus.

dengan konsep tu juga baby suka main cak² (pikaboo)
memang Alice pun terhibur bila main cak².
tak payah tutup² mata,
cuma kadang² kalau pandangan terlindung sebalik kipas lantai, kusyen besar atau buku
Alice seronok bila kita boleh tengok dia balik
di sudut² yang berbeza pulak tu
hilang sini, timbul sana
hilang sana, timbul sini
bukan pada satu tempat saja.

malah kalau kerusi ada lubang besar pada tempat sandarnya
bila kita intai dia dari lubang besar tu pun Alice boleh ketawa!
apa² yang tak conventional semua boleh buat Alice terhibur!

setiap kali dengar baby ketawa dan lihat muka yang bercahaya kegembiraan
tak dapat digambarkan nikmat tu dengan kata²!
:)

dah besar
daddy ada kata yang Alice sekarang semangat
dulu dukung ringan saja.
daddy suka Alice montel berisi macam ni, katanya.
sejak masuk 7 bulan, daddy belikan Alice Drypers saiz L dah :p
mommy skeptical juga.
tak besar sangat ke nanti?
bila pakai, memang lega.
berbanding saiz M - bahagian kaki boleh jadi agak sempit.
malah Huggies Pull Up Pants saiz M yang beli dulu pun masih ada baki tak guna.
macam tak selesa saja bila Alice pakai sekarang.

alhamdulillah setakat ni Alice selamat dan sihat.
sejuk hati bila tengok telatah dia hari².
buah hati daddy & mommy.
moga kita semua sentiasa senang, gembira dan selamat.
sentiasa diberkati
dan dikurnia rahmat
serta rezeki yang melimpah ruah
amin
:)

muka Alice tiba² light up masa ni
sebab nampak daddy datang.
sweet sangat :)

Friday, September 23, 2011

Panduan membeli barangan bayi: kelengkapan mandi

sejujurnya memang ambil masa yang lama untuk mommy sendiri selesa mandikan Alice.
daddy lain - tangan dia besar & kuat
tak ada masalah pegang baby sebelah tangan dan mandikan Alice guna sebelah tangan saja.
untuk mommy, semua kena berhati².

masa awal² dulu memang Alice menangis setiap kali mandi
terutama bila air kena muka/ hidung.
cepat dia panik.
lama² bila dah pandai pujuk dan dah mahir sikit, Alice makin seronok mandi :)

mommy suka bath tub ni yang daddy belikan untuk guna di rumah Seremban :)


bath tub

hahaha macam kelakar, tapi kalau boleh biar bath tub tak ada gambar apa² kat dalamnya.
Alice sekarang tiap² kali mandi sibuk nak tengok dan pegang gambar bear yang ada dalam bath tub tu.
tengok sampai bongkok² badan.
nak sabunkan leher pun dia tak nak angkat muka :p

drainage hole pun tak penting sebenarnya.
malah kita takut kalau asyik buka tutup, nanti lama² penutup tak ngam jadi bocor tub tu.
selalu untuk buang air kita terbalikkan saja tub, tak buka penutup lubang pun.

terpulang kepada macam mana cara mandikan bayi rasanya
tapi mommy suka bath tub yang berat
jadi bila nak cuci kaki - boleh dudukkan Alice kat hujung tub, kemudian siram bahagian kaki.
kalau tub yang ringan sangat nanti bergerak² atau terangkat kalau baby duduk kat 1 hujung.

mommy tak kisah susah nak angkat kalau tub berat
sebab kemas² simpan tub selalu daddy yang uruskan :D

bath tub sling
tak tau perlu ke tidak sebab kita memang tak beli sling ni.
kenapa tak beli?
ntah.
perlu ke?
:p

mandian bayi
kita guna Johnson & Johnson top to toe, senang
boleh lumur 1 badan dengan rambut sekali :p
yakin brand ni tak pedihkan mata
mungkin satu hari nanti nak cuba yang lain pula
ada cadangan? :)

kain bedung
kain bedung ni guna untuk keringkan badan bayi.
kenapa bukan towel?
lagi senang rasanya kalau guna kain bedung
sebab kain bedung lembut
kemudian dia (pada masa yang lain) boleh buat bedung juga.
tak beli towel rasanya sebab kita ada towel kecil
tapi guna lama² jadi kasar.
daddy sendiri tak bagi guna towel tu lagi untuk Alice.
kain bedung lagi sesuai.

oh ya, sebenarnya kita bedung Alice sampai usianya 2 minggu saja :p
kemudian Alice kena ruam
jadi untuk kurangkan panas, kita tak bedung.
juga sebab kita yang jaga Alice, koboi saja - tak ada orang tua²
kita main ikut suka kita saja :D

sampai masuk nursery, Alice berbedung semula
di nursery saja lah.
lebih tenang, lebih mudah tidur.
cumanya, tiap² kali mommy datang feed Alice waktu lunch
mommy buka bedung, bagi dia main, duduk, berdiri, mengeliat, meniarap, senam, peluk, kiss banyak² :)
kesian pula kalau berbedung saja dari pagi sampai petang
sebab kita tau di rumah pun Alice aktif :)

gambar Alice berbedung masa baru lahir - rambut pun belum cukur lagi :)


changing mat
untuk alas selepas mandi semasa nak siap² pakai baju :)

itu saja rasanya yang penting tentang barang mandian.

rutin pagi Alice:
- bagun tidur
- bagi masa sikit, borak² biar Alice suka hati
- tanggal baju & pampers
- mandi
- lepas mandi letak Alice atas changing mat yang berlapik kain bedung
- keringkan badan guna kain bedung
- sapu bedak
- pakai baju separuh
- sapu minyak Yuyi kat perut
- (pakai baju separuh sebab tak mau Alice sentuh minyak kat perut kemudian tangan masuk mulut!)
- pakai lampin
- pakai baju
- sapu minyak Yuyi pada betis & tapak kaki
- pakai stoken
- selalunya daddy sikatkan rambut, main sama Alice sementara mommy bersiap
- feed & main
- ke nursery

sekarang macam mana?
dah mandi?
:D
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...