damdiduuu

Showing posts with label KL Bird Park. Show all posts
Showing posts with label KL Bird Park. Show all posts

Friday, March 1, 2013

KL Bird Park ... lagi!

KL Bird Park
Address: Jalan Cenderawashi, Tasik Perdana, Kuala Lumpur.
Phone: 03-2272-1010
Admission:
Adult with MyKad: RM25
Kids 3-12 years old with MyKid: RM12


kita pernah pergi KL Bird Park masa muda² bercinta.
kemudian bawa Alice yang baru umur 4 bulan
dan sekarang sekali lagi waktu Alice nak masuk umur 2 tahun.

ok seronok la datang sini.
banyak spesis
banyak informasi
boleh jalan jauh² berpeluh² sihat


masuk² saja dah ada burung lepas bebas
makan jagung
:D


kirip kanan kirip
segerombolan askar cari makanan!
:D


comel tak? biru tu!
usik sikit boleh?


koi koi koi


beri makan burung.
RM2 sahaja


Alice paling ingat kejadian ni :D
balik rumah Alice cerita
banyak burung datang makan kat tangan daddy.
burung pergi belakang mommy
burung tengok beg.
yang paling penting sekali
burung ambik hat Alice
sampai terjatuh hat kat lantai.
mana la Alice tak takut!


burung yang besar² kena duduk dalam sangkar.
tajam tu kuku dia.
yang sederhana pun daddy kata sakit
bila kuku burung cengkam tangan.


Alice malu² lagi dengan burung


peacock cantik?
Alice tak heran
:p


air terjun.
Alice tak suka bunyi air bising²


mana² pergi pun
paling layan ialah main kat play ground
:p


ada black swan!
cantiknya!
mana pasangan dia?


ambik gambar dengan bunga.
Alice sendiri yang tentukan mana nak berdiri
dan macam mana gaya


dah 3 kali kita datang sini
skrip bird show masih juga sama.
cuma burung saja yang bertukar.


Alice memang dominan.
kalau orang masuk dalam kawasan dia
mesti dia tolak!


pak we Arab tak kisah pun
ambik je gambar sama²
:p

tq daddy bawa kita jalan² kenal burung kat Bird Park
:)

Thursday, February 28, 2013

bird feeding, KL Bird Park


bukan main banyak burung berebut nak makanan!


mari panjat!


burung ni besar.
dia patuk kalau burung kecik² datang nak makan!


fuuu ... dari bahu turun ke tangan!
:p


dah dia berdua je habiskan semua sekali!


Alice takut burung banyak² datang nak makan.


sudah habis.
pergi basuh pinggan
:D

bag inspection

KL Bird Park.
tengh syok² tengok daddy feeds parrot
tak semena²
datang seekor burung ni
check beg Alice yang mommy bawak pulak
:D





Sunday, October 2, 2011

tengok pucung

*recap
hari Ahad mommy ingat nak rehat saja.
cuma semalam daddy kata nak pergi pasar.
mommy tanya dah daddy semalam, 'nak makan chicken chop boleh?'
sambil senyum² :p
daddy dah belikan ayam semalam :)
(jangan jealous daddy pandai masak chicken chop yang super marvelous!) :D
hari ni nak beli lauk untuk hari lain lah agaknya.

pagi² lagi daddy bersemangat
'masuk bird park RM20 saja, Alice free' katanya.
uh?!
hahaha
suka hati lah
mommy layankan saja.
daddy memang suka pergi zoo dan tempat binatang².
mommy tau daddy memang nak bawa Alice ke tempat² macam tu.
--------------------------------


salah satu kegemaran daddy ialah pergi zoo
yeah, tak tipu.
daddy suka pergi zoo.
mungkin sebab pengalaman manis
masa daddy muda², dengan rakan² sebaya, daddy pergi zoo
Zoo Singapura

yang manisnya, daddy dan kawan² dapat pengalaman berharga.
dapat ikut petugas² zoo
pusing satu zoo
bagi makan kat semua binatang² buas yang dipelihara di zoo.
macam² binatang dia bagi makan :)

rasanya sejak tu daddy suka pergi zoo.
mana² negeri pun, mesti daddy teringin nak pergi zoo :)

mommy model keropok udang :p


Alice tengok Coco


Alice suka burung ni,
sampai licin Alice boleh makan.
Menjilat jari!


huwa ... daddy nak awetkan Alice pulak ke?!


burung bersepah².
Alice penat, dah tidur


jagan kasik baby dekat² dengan burung hidup macam ni.
ni burung awet tau!


burung hantu ni tidur, orang ambil gambar dia tidur saja.
tapi bila Alice datang, dia buka mata.
daddy kata burung buka mata sebab anak burung datang :D


burung unta bersihkan paruh kat pagar.
daddy tanya 'patuk² pagar tu best ke?!'


wah pelik!
dalam hutan ada burung warna merah oren menyala!


merak bangga :D


sementara nak tunggu bird show, main gelongsor dulu! :D


wheeee daddy yang seronok lebih!


awal lagi - tunggu bird show kat atrium


wheee burung terbang masuk gelung


aiceh! kereta burung rosak!
nasib baik kereta kita tak rosak, selamat sampai rumah :)

yang untung sekarang tentu la Alice
kecik² lagi daddy nak bawa dia tengok haiwan liar dan eksotik dekat².
mommy suka juga
walau pun kalau pergi tempat² macam tu kena jalan jauh²
dan makanan semua mahal².
tapi mommy suka sebab daddy bawa :)
daddy belanja
kita boleh spend time sama²
dapat hirup udara segar
jalan² keluar peluh
dapat borak² sayang² ketawa² sama daddy :)

thank you, sayang :*

p/s: pucung ialah sejenis burung :D
burung apa?
burung apa?
burung apa?
burung apa?
burung apa? ...
:p
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...