damdiduuu

Monday, September 8, 2014

Alice 3 tahun 4 bulan: nak Barbie punya pasal

fasa menakutkan telah bermula!
satu hari balik dari sekolah
mommy perasan satu perkara:
Alice mula tanya "Kenapa?"
dan bila sekali dia dah tanya "Kenapa?"
dia akan tanya lagi 3 kali.
maknanya ada 4 kenapa in a row.
dengar je soalan  "Kenapa?"
kena siap² standby 4 jawapan
-______-

adakah "kenapa?" ni pengaruh rakan sebaya?
penatnya nak jawab!
yang ajaibnya
kalau kita tanya Alice kenapa banyak² kali,
dia dengan sabar jawab semua "kenapa" kita.
haish ... kena banyak sabar macam ni!
:p


mole
satu perkara yang pelik juga
satu hari bangun pagi
mommy tiba² perasan
ada taik lalat kecik baru kat tangan kanan Alice.
tahi lalat kedua.
miracle kan? :p
dah ada 2 apa lagi
kita suruh Alice "cheers!" yang kiri dengan yang kat tangan kanan
:D

tiba² timbul kat tangan kanan
2/9/2014

potty train
Alice lambat potty train sebab dia belum bersedia.
sejak boleh bercakap kita cuba potty train
tapi Alice belum mahu.
mommy asalnya konon² tak kisah
sebab pengasuh kat sekolah beritahu
yang budak² kat situ diajar pergi tandas waktu umur 3 tahun.
Pengasuh memang ada latihan dan buku rujukan untuk potty training.

nak jadikan cerita
sekolah tukar management.
pengasuh pun semua baru.
tak ada potty train!
(ni apa punya mak ni - nak harap orang lain train anak dia!) :p
mujur dah masuk 3 tahun 4 bulan
Alice dah mula tak nak pakai pampers.

waktu tidur malam atau nap siang² pakai pampers
waktu jaga tak payah pampers.
hari pertama Alice pergi sekolah tak pakai pampers
boleh pulak waktu nak turun dari rumah nak ke kereta
bila tanya "You wanna go wee wee?"
dia boleh kata "Yes."
mommy yang gabra.
mana nak pergi kedai beli susu HL lagi
(kebetulan pagi tu tak ada susu kat rumah)
nak itu ini lagi.
pada hal elok je sampai sekolah pun tak wee wee.

Alice hari² nak karipap
pada hal kat sekolah ada breakfast.
hari Jumaat saja daddy bagi duit beli karipap
sebab hari Jumaat ada jual popia black pepper sedap yang mommy suka :p
cekak yang Alice pakai tu (Alice panggil tiara cat)
pakai pergi sekolah satu hari saja
terus dipatahkan dek budak lelaki kat sekolah
-________-


satu perkara yang pelik pasal potty training ni ialah
kalau kat rumah
macam ada banyak cabaran.
tau² dah bergenang sofa/ dapur/ lantai bilik tidur.
tukar baju, tukar panties
(Alice tak bagi panggil panties tu seluar sebab pada dia seluar tu maknanya seluar panjang).
jadi tak confident nak bagi Alice pergi sekolah tak pakai pampers.

takut nanti kawan kat sekolah ejek.
takut nanti dia langsung patah semangat.

memandangkan Alice sendiri yang tak nak pakai pampers pergi sekolah
jadi mommy siap sedia:
- bekal 5 persalinan sekali gus, apa² hal boleh tukar banyak² kali
- pesan kat pengasuh yang Alice dah tak pakai pampers, pakai waktu nap saja
- pesan kat kawan² tanya bila nak pergi toilet

biasa la budak²
kalau dengan orang lain dia behaves
berbanding dengan mak bapak sendiri.
unbelievably elok je kat sekolah.
siap wash wee wee sendiri, pakai balik panties dan legging sendiri
tak macam kat rumah semua nak kena tolong.
lebih ajaib, kat sekolah ok tak ada accident pun.
anak sapa la tu!
-______-

rasanya ada 2 incentives kenapa Alice suka tak pakai pampers pergi sekolah (mommy punya teori):
1) sense of achievement
kat sekolah Alice bangga bagitahu kawan² yang dia tak pakai pampers.
siap ada seorang budak lelaki tu
boleh tanya nak tengok pulak.
cepat² mommy jerit "Hey! mana boleh tunjuk!" :p

kawan lain yang tadika semua pun kata diorang tak pakai pampers.
jadi rasanya macam satu achievement.
no more pampers, no more baby
:)

2) panties Barbie
kat warehouse sale (mana tak ingat, rasanya MyDear)
ada jual panties comel murah RM12/pack of 6 kalau tak silap.
mommy buat stok banyak²
panties Barbie yang sungguh comel
sebagai hadiah bila Alice dah tak pakai pampers.
Alhamdulillah sekarang baru Alice giddy nak pakai panties Barbie yang super cute!
:p

parents role - sabar
paling penting potty training ni kita yang nak kena sabar
sebab kalau pakai pampers
senang boleh change at scheduled interval
tapi bila dah tak pakai pampers
anak beranak kena berlari pergi toilet when nature calls.
at a drop of a hat.
tak kisah la tengah makan ke tengah apa ke.

kalau nak buat mesti betul² support.
tak boleh la bagi arahan saja tapi tak ada sokongan.
mana jadi.

parents role - jangan marah
paling penting sekali - jangan marah.
mana² kita rujuk pun akan tekankan
jangan marah bila accidents happen.
kalau marah nanti budak² hilang self confidence.
banyak contoh yang mommy dah dengar
budak² diaperless sekejap saja
sebab lepas tu frust kena marah atau malu kena ejek.
orang luar kita mungkin tak boleh control
tapi jangan la kita pulak yang jadi pembunuh semangat anak sendiri.

pada Alice memang ketara
lepas apa² accident memang cakap
"mommy tak marah, tapi wee wee toilet la. tak boleh wee wee tempat lain, dirty"
dan Alice jawab
"Sayang mommy"
:)

one funny fact - 
selalu kita tanya nak wee wee toilet?
sampaikan Alice terlupa kalau nak poo poo pun kena pergi toilet jugak!
... hai la anak!
:p


hobi terkini Alice ialah main game
dan menari.
sekali dia dah tengok dance show kat tv, ambik kau!
satu rumah dia pusing.
siap ada baling² props bagai
:p

p/s: Alice suka ambik gambar guna tab/ hp. bila nak ajar guna kamera (murah!) uh? :D
(kamera mommy (konon²) custom built - complicated sikit kalau orang lain nak pegang)
:p

0 orang ckp 'shut up u!':

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...