damdiduuu

Tuesday, June 18, 2013

tips penjagaan gigi bayi/kanak²

Alice sekarang umur 2 tahun 2 bulan.
dah lama mommy berhasrat
nak bawa Alice berjumpa dentist.
punca utama - Alice tak bagi kita beruskan gigi dia.
dia nak berus sendiri
jadi tak bersih sangat.

masalah terbesar
stranger anxiety.
tengok je nurse mesti dia dah tak senang duduk.
macam mana nak suruh dia duduk baik²
buka mulut
bagi dentist check gigi?

torture chamber
takut tak?!


haven sent
mengambil kesempatan
apabila berjumpa dengan dentist kali ini
mommy ajukan soalan
kepada dentist yang bertuah tu.

tips yang boleh dikongsikan:

1) guna sapu tangan
balut jari telunjuk kita
dengan sapu tangan.
letak ubat gigi sikit.
bersihkan gigi anak.
berus gigi terlalu besar
dan budak² tak suka bendasing masuk dalam mulut
melainkan makanan, minuman, jari dia sendiri dan botol susu.

2) bersihkan gigi depan SAHAJA
pelik kan?
tapi itu la nasihat dentist.
bila kanak² dah biasa
baru bersihkan bahagian dalam.

3) tengok! tengok! tengok!

i) bila kita berus gigi
bagi anak tengok.
budak² selalu suka meniru

ii) bila kita dapatkan dental treatment
bawa anak sekali
bagi dia tengok.
bila lama² dah biasa
anak akan nak giliran dia pulak
duduk di kerusi boleh laras yang canggih tu.
dentist akan periksa sahaja
tak akan buat apa² major
sebagai intro.

4) jangan tunggu sakit.
bawa anak untuk pemeriksaan gigi berkala
jangan tunggu sampai sakit
baru jumpa doktor gigi.
nanti anak akan kaitkan kesakitan dengan dentist.

selamat berjaya!

p/s: dentist turut sarankan
- beli berus gigi elektronik untuk anak
- orang dewasa (terutama yang pakai permanent retainer!)
mesti buat scaling setiap 6 bulan.

0 orang ckp 'shut up u!':

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...